Refleksi individu (Fitrah)
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI BUKU JALANAN CHOW KIT
SEBELUM PERLAKSANAAN
Tugasan bagi Program Jalinan Masyarakat yang telah saya dan rakan sekelas pilih dan
laksanakan adalah mendekati dan mengeratkan hubungan dengan kanak-kanak gelandangan
di Buku Jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan pada hari
Khamis pada tarikh 5/4/2019. Kami memilih tempat ini bagi menjalankan program jalinan
masyarakat kerana merasakan tanggungjawab yang harus kami berikan untuk berkongsi ilmu
dengan kanak-kanak di sana dan ingin mendekati mereka dengan lebih dekat. Alhamdulillah
program yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan mengikut
jadual. Kumpulan kami telah melakukan
Pada mulanya perbincangan bersama rakan sekelas telah diadakan pada pertengahan
semester yang lalu untuk membincangkan kos-kos yang terlibat, pembahagian tugas serta
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Sebelum aktiviti di Lorong Haji Taib itu dilaksanakan
ahli kumpulan saya iaitu kumpulan 3 memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan
aktiviti tersebut. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri iaitu Nurul Fitrah,
Nurhalimatun, Nurul Farehah , Rivaldo Juing, Mohd Fawzan, Tengku Syariffudin,Yesi
Riong, dan Muhammad Faris. Kami kumpulan tiga telah bersama-sama mengerah idea bagi
memastikan program yang dijalankan itu memberi impak positif kepada kanak-kanak disana.
Mohd Fawzan telah mewujudkan satu kumpulan di aplikasi whatsapp bagi memudahkan
kami semua untuk berhubung serta berbincang terlebih dahulu tentang aktiviti yang ingin
dijalankan disana bersama kanak-kanak tersebut. Di dalam aplikasi tersebut kami telah
bertukar pendapat dan buah fikiran tentang program-program yang hendak dilaksanakan
disana. Yesi telah memberikan idea berkaitan dengan aktivit kraftangan seperti penanda
buku yang akan dihiaskan oleh kanak-kanak tersebut. Mohd Fawzan dan Tengku Syarifudin
pula memberikan idea mengenai slot doa-doa ringkas kepada kanak-kanak tersebut.
Manakala saya, Nurul Fitrah dan NurHalimatun memberikan idea mengenai kotak bertuah.
Rivaldo dan Faris pula telah memberikan idea mengenai penceritaan tentang cerita-cerita
teladan kepada kanak-kanak tersebut. Bagi pengetahuan semua, kumpulan 3 merupakan
kumpulan yang harus menitik beratkan aspek kerohanian dan keagamaan kepada diri kanak-
kanak tersebut. Oleh itu, semua aktiviti yang dilaksanakan oleh kumpulan 3 haruslah
mempunyai unsur-unsur kerohanian dan keagamaan. Kami kumpulan 3 turut mengadakan
perjumpaan secara bersemuka di pondok berdekatan Dataran Sastera sebelum aktiviti itu
dilaksanakan. Kami telah berjumpa secara bersemuka bagi memastikan segala perancangan
dan aktiviti yang sudah dinyatakan di dalam aplikasi whatsapp mendapat penjelasan daripada
semua ahli di dalam kumpulan 3. Mohd Fawzan selaku ketua telah membuat senarai semak
aktiviti dan saya pula mencatat barang dan juga apa bagaimana aktiviti itu hendak dijalankan.
Pada keesokkan harinya, saya dan Yesi telah bersama-sama pergi ke Eco Shop Petaling Jaya
menaiki kereta bagi membeli segala peralatan serta cenderamata yang akan diberikan kepada
kanak-kanak tersebut.
SEMASA PERLAKSANAAN
Refleksi yang dapat saya rangkumkan disini semasa aktiviti dijalankan di Lorong Haji Taib
tersebut adalah aktiviti berjalan dengan teratur walaupun tidak berjalan dengan begitu lancar
seperti yang diharapkan. Kami kumpulan 3 telah berpecah kepada 4 orang iaitu 4 lelaki dan
4 perempuan bagi menaiki kenderaan grab. Kami bertolak pada pukul 4 petang kerana
program bermula pada pukul 6 petang. Kami semua telah menaiki grab ke Lorong Haji Taib
1 pada pukul 5 petang. Perjalanan pada ketika itu tidak terlalu sesak tetapi agak perlahan
kerana kenderaan mula banyak bergerak. Apabila tiba di Lorong Haji Taib tersebut, cuaca di
sana tidak berapa baik kerana hujan lebat mulai turun. Oleh itu, tempat yang sepatutnya kami
melakukan aktiviti tersebut basah dan berlecek kerana tempat tersebut hanyalah berada di
kaki lima Lorong tersebut. Kanak-kanak tersebut telah pun dibasahi dengan hujan malah
adanya redah hujan semata-mata untuk bermain bersama rakannya di tepi-tepi kaki lima
tersebut. Hujan lebat tidak mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti di kaki lima tersebut.
Maka, tanpa melengahkan masa kami naik ke buku Jalanan bagi memulakan aktiviti. Buku
Jalanan merupakan tempat bagi kanak-kanak tersebut membaca buku, menunaikan solat dan
juga tempat untuk ibu kanak-kanak tersebut belajar mengaji. Tujuan perlaksanaan program
ini adalah bagi membantu ibu kanak-kanak tersebut untuk fokus semasa kelas mengaji dan
kami akan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak tersebut.
Pada permulaan aktiviti, Fawzan memperkenalkan kesemua ahli kumpulan 3. Fawzan dan
Arif memulakan aktiviti kami yang pertama iaitu slot bacaan doa-doa ringkas. Fawzan telah
mengajar kanak-kanak tersebut membaca surah al fatihah, doa tidur dan doa makan kepada
kanak-kanak tersebut. Ahli kumpulan yang lain pula akan membantu memerhati dan
mengawal keadaan serta turut mengajar kanak-kanak tersebut. Lama-kelamaan keadaan
menjadi amat kelam kabut kerana pada ketika itu kami tidak diberikan alat bantuan pembesar
suara untuk mengajar kanak-kanak tersebut.Oleh itu,suasana jadi riuh rendah dengan suara
kanak-kanak dan Fawzan ditambah pula bunyi hujan yang kuat. Jadi, bagi mengawal situasi
tersebut, kami memberikan gula-gula kepada kanak-kanak yang mendengar arahan sahaja.
Dengan itu, kanak-kanak yang tidak berdiam diri tadi, menjadi mendengar kata.
Semasa sesi bersama Arif dan Fauzan, aktiviti berjalan dalam keadaan bertambah agak riuh
kerana kanak-kanak tadi sudah mula menangis dan ada daripada mereka yang memukul
rakan-rakan mereka yang lain sehingga keadaan jadi kucar-kacir. Terdapat juga kanak-kanak
yang berkejar kejaran di dalam tempat Buku Jalanan tersebut dan menganggu konsentrasi
serta focus Arif untuk mengajar mereka semua. Dengan ketiadaan alat bantuan pembesar
suara sememangnya suatu perkara yang memberikan kesan kepada kami semua terutama Arif
dalam mengendalikan kanak-kanak tersebut untuk duduk diam mendengar apa yang diajarkan
oleh Arif. Namun, saya menggunakan alternatif dengan memberikan gula-gula kepada
kanak-kanak yang diam dan berjaya menjawab serta mengulang kembali apa yang telah
diajarkan oleh Arif. Dengan alternatif sebegini keadaan tersebut berjaya dikawal walaupun
masih terdapat juga kanak-kanak yang enggan bersama-sama kami serta mengasingkan diri
sendirian di bucu meja yang lain.
Setelah selesai slot pertama yang dikendalikan oleh Fawzan dan Arif,Aldo dan Yesi
meneruskan dengan slot kedua iaitu bercerita kisah-kisah teladan dengan cara menunjukkan
perbuatannya sekali.Slot ini dikendalikan bersama Aldo dan juga Yesi.Aldo mempunyai
bakat dan kemahiran dalam bercerita semenjak kecil lagi.Maka,dia mengambil
tanggungjawab ini untuk menyerlahkan bakatnya.Sangkaan dan juga tanggapan bahawa
kanak-kanak tersebut tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah
meleset.Hal ini kerana apabila Aldo menyuruh kanak-kanak tersebut untuk membaca buku
cerita yang dipegang oleh Aldo ternyata mereka mampu untuk membaca buku tersebut
dengan fasih dan lancar walaupun masih terdapat juga segelintir yang masih lagi merangkak
membaca buku tersebut.Sesi Aldo dan juga Yesi ini berjalan dalam tempoh masa yang tidak
terlalu lama kira-kira dalam 30 minit sahaja.Hal ini kerana khuatir yang kanak-kanak tersebut
akan menjadi bosan dan hilang tumpuan terhadap kumpulan kami.
Seterusnya, aktiviti diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu permainan kotak bertuah dan
juga kraftangan menghias penanda buku yang dikendalikan oleh saya, NurHalimatun, Yesi,
dan Annis. Semasa kotak bertuah tersebut dijalankan kanak-kanak berasa teruja terhadap
permainan tersebut dan melonjak keriangan kerana seronok untuk bermain permainan kotak
bertuah itu. Kotak bertuah adalah permainan dimana terdapat pelbagai persoalan yang
diletakkan di dalam kotak yang berukuran segi empat sama lalu akan diberikan kepada
kanak-kanak tersebut untuk diberikan kepada rakan-rakannya yang lain dan apabila lagu
diberhentikan kanak-kanak tersebut harus membuka kotak tersebut dan menjawab salah satu
daripada persoalan yang terdapat dalam kotak tersebut. Saya telah memasang lagu Didi and
Friend bagi menarik minat kanak-kanak tersebut terhadap permainan itu. Namun kekangan
dan halangan tiada alat bantuan pembesar suara telah menyebakan keadaan menjadi agak
kucar kacir kerana lagu Didi and Friend tersebut tidak dapat didengari dengan kuat dan jelas
walhal suaranya telah dinaik kepada tahap maksimum.
Pada sebelah malam pula, kami teruskan aktiviti dengan membantu sukarelawan
mengagihkan barang-barang kepada gelandangan. Kami selesai mengagihkan kesemua
barang-barang tersebut kepada gelandangan dalam pukul 11.30 malam.
SELEPAS PERLAKSANAAN
Selepas semua aktviti dan slot telah selesai, kami semua bekerjasama mengemas semua
barang-barang yang telah kami gunakan untuk membantu pelancaraan aktiviti dan selepas itu
bergerak balik ke homestay untuk mengemas barang-barang. Kami bertolak balik menaiki
grab pada pukul 12 malam dan selamat sampai di Universiti Malaya pada jam 12.30 petang.
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS
SEBELUM PELAKSANAAN
Tugasan bagi Proram Jalinan Masyarakat yang telah saya dan rakan sekelas pilih adalah
mendekati dan mengeratkan hubungan dengan warga-warga emas di Pusat Aktiviti Warga
Emas (PAWE) yang terletak di Sepang, Selangor. Program ini telah dijalankan pada hari
Sabtu dan Ahad iaitu 27.04.2019 dan 28.04.2019. Kami memilih tempat ini bagi
menjalankan program jalinan masyarakat kerana merasakan tanggungjawab yang harus kami
berikan untuk berbakti kepada warga emas dan ingin mendekati mereka dengan lebih dekat.
Alhamdulillah program yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar seperti yang
dirancangkan mengikut jadual.

aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
SEMASA PERLAKSANAAN
Pada hari pertama, seawal jam 6.30 pagi kami telah bertolak dari Universiti Malaya untuk
ke PAWE kerana perjalanan untuk ke sana agak lama. Kami telah menaiki 3 buah van dan
selamat sampai di sana dalam pukul 9 Pagi. Kami telah disambut oleh sukarelawan PAWE
dan mengambil sarapan pagi. Setelah selesai makan, kami mulakan aktiviti kami dengan
membahagikan kumpulan kepada tiga termasuk dengan sukarelawan PAWE. Slot pertama
yang kami lakukan adalah aktiviti Homehelps iaitu aktiviti bergotong-royong di beberapa
rumah. Kami telah memberikan sedikit buah tangan serta bersama-sama membersihkan
rumah penduduk kampung yang telah kami ziarahi di sana. Semua ahli kumpulan telah
memberikan kerjasama yang baik dan kebersihan rumah jugak dapat ditingkatkan.
Selepas slot itu telah selesai, kami makan tengahari dan pergi ke homestay untuk berehat.
Pada waktu petang, diteruskan dengan aktiviti slot beramah mesra dengan warga emas Pada
slot ini, kami melakukan ziarah ke beberapa rumah warga emas dan menanyakan khabar serta
berbual dengan mereka. Dalam slot ini, kami dapat tahu tentang masalah yang dihadapi
dalam kalangan warga emas. Mereka juga berasa sangat gembira apabila kami
menghulurkan sedikit buah tangan kepada mereka.
Pada waktu malam, aktiviti diteruskan dengan slot malam kebudayaan. Kami dibahagikan
kepada empat kumpulan dan disertai oleh beberapa sukarelawan dan warga emas. Kami telah
melakukan pelbagai jenis persembahan bagi memeriahkan program seperti pantomin, joget
lambak, puisi dan lakonan semula. Semua sukarelawan dan warga emas dilihat sangat
gembira. Kami juga melakukan aktiviti barbeque sebagai makan malam kami. Semua ahli
bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing.
Pada hari kedua iaitu hari terakhir, aktiviti dimulakan dengan slot senamrobik bersama
warga emas dan sukarelawan. Kemudianya diteruskan dengan aktiviti permainan
berkumpulan. Beberapa kumpulan telah dibahagikan yang mempunyai beberapa orang
pelajar sendiri, warga emas dan sikarelawan. Antara permainan yang telah dijalakan adalah
seperti musang berjanggut, neneku rupawan datukku tampan, gegar lidi dan rantaian kasih.
Permainan ini telah mendapat banyak sambutan. Daripada permainan ini, terdapat banyak
nilai yang diperoleh oleh semua yang sertai, Antaranya ialah semangat berpasukan dan
saling bekerjasama untuk menyelesaikan permainan.
Aktiviti yang terakhir sekali adalah majlis penutupan bagi program jalinan masyarakat.
Dalam majlis ini, slot tactalk telah dijalankan yang diwakili oleh seorang pelajar Universiti
Malaya, wakil daripada warga emas, wakil belia remaja dan wakil sukarelawan. Mereka
diminta untuk membuat perkongsian mengenai warga emas dan dlot terakhir adalah majlis
penyampaian hadiah kepada para pemenang yang Berjaya mendapat tempat dalam slot
permainan.
SELEPAS PERLAKSANAAN
Selepas semua aktvviti dan slot telah selesai, kami semua bekerjasama mengemas semua

bergerak balik ke homestay untuk mengemas barang-barang peribadi. Kami bertolak balik
menaiki van pada pukul 4.30 petang dan selamat sampai di Universiti Malaya pada jam 6.30
petang.
REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT
Melalui program jalinan masyarakat, banyak yang telah saya peroleh dalam menjalankan
aktiviti dengan warga emas dan kanak-kanak. Bagi pendapat saya, realiti kehidupan
masyarakat ada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang senang dan ada yang susah.
Pengalaman paling menyedihkan yang masih mekar dalam ingatan saya apabila, seorang
penghuni warga emas telah tinggal bersendirian di sebuah rumah using yang terbiar. Dia
tidak mahu tinggal di rumah adik-beradiknya kerana dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Dalam keadaanya yang uzur dan berkerusi roda serta sudah lama tidak mandi amat meruntun
jiwa saya. Secara keseluruhannya saya amat menyukai pengalaman yang saya alami selama
manjalankan program ini kerana ini kali pertama saya berinteraksi dengan golongan yang
lebih berumur dan lanjut usianya serta bersama kanak-kanak. Banyak perkara yang perlu
dititikberatkan ketika berinteraksi dengan orang lebih lanjut usianya kerana hati mereka ini
mudah terguris. Begitu juga dalam berinteraksi dengan kanak-kanak. Kita perlu mempunyai
banyak kemahiran dalam berinteraksi dengan mereka. Interaksi antara dua generasi ini
adalah sangat berbeza. Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan secara kesuluruhan diterima
baik oleh warga emas di kawasan itu dan juga sukarelawan yang terlibat menjaga mereka.
Impak pengalaman yang dapat dirumuskan terhadap diri saya ialah, dapat belajar cara
bergaul dengan golongan yang lebih tua serta kanak-kanak dan juga bekerja secara
berkumpulan walaupun kebanyakkan mahasiswa yang terlibat termasuk saya lokek ilmu dan
pengalaman dalam aktiviti berkomuniti seperti ini. Punca yang boleh wujudnya komuniti
orang-orang tua yang tinggal sendirian kadangkala bermula apabila anak-anak mereka terlalu
sibuk mengurus kerjaya masing-masing. Komitmen kepada kerja dan keluarga perlu
dibahagikan namun sebahagian besar individu-individu yang mengahadapi situasi begini
tidak mampu memberi komitmen yang sebaiknya kepada keluarga mereka. Pengajaran yang
boleh saya dapati juga dari hasil pengalaman sepanjang mengikuti program ini, saya haruslah
berfikir lebih jauh sebelum menceburi sesuatu bidang pekerjaan di masa akan datang. Hal ini
demikian kerana, komitmen saya sebagai seorang anak tidak seharusnya saya abaikan. Jika
bagi saya, pengalaman dilalui oleh setiap penghuni warga emas ingin sekali saya ketahui
tetapi kekangan masa dan beberapa faktor lain menyebabkan niat saya untuk bertanya lebih
lanjut itu hanya disimpan dan tidak mampu diluahkan. Hasil dari pengalaman ini, dapat saya
kongsikan kepada orang lain jenis aktiviti yang sesuai dilakukan bersama golongan lebih tua
serta kanak-kanak dan cara berinteraksi dan berbual dengan mereka tidak seperti kita berbual
dengan orang biasa. Ini kerana sebahagian warga emas daripada mereka mempunyai
kecatatan akal dan lupa. Begitu juga kanak-kanak yang sangat aktif serta sukar untuk
mendapatkan kerjasama daripada mereka. Bentuk sumbangan yang boleh disalurkan kepada
mereka bukan sahaja dalam bentuk kewangan, pakaian, dan keperluan harian malah kasih
sayang yang ikhlas mampu memberi aura positif kepada inidividu yang kita cuba dekati ini.
Impak positif program ini dijalankan dapat menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling kita
agar tidak mengabaikan orang yang lebih tua dan memberi fokus kepada orang muda.
Kerana tanpa orang yang lebih tua siapalah kita pada hari ini. Pengalaman dan bakti mereka
serta pengorbanan yang mereka lalui telah memberi tempat kepada siapa kita di hari ini.
Tidak lupa juga kepada kanak-kanak yang sangat memerlukan sokongan dan panduan dalam
proses tumbesaran ini.
Aspek kemahiran insaniah yang dapat diperoleh dari program ini ialah kemahiran
berkomunikasi. Seperti saya huraikan sebelum ini, program ini banyak membantu saya dan
juga mahasiswa lain untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan yang lebih lanjut
usianya serta kanak-kanak. Tambahan pula, melalui program ini juga, telah mengajar saya
cara membuat perbincangan dengan pihak yang terlibat dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang
turut terlibat menjayakan program ini. Selain itu, kemahiran dari segi pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah juga termasuk sepanjang program ini berlangsung. Pada
masa ini, setiap mahasiswa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan setiap
slot dalam masa yang diperuntukan kepada kami. Dalam keadaan ini juga mengajar kami erti
kemahiran kerja secara berpasukan. Ketua haruslah mengeluarkan arahan yang jelas supaya
tindakan lanjut dapat dilaksanakan oleh anak-anak buahnya.
(NURUL FITRAH BINTI MOHD FADLI)
Unit Logistik dan Teknikal
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment