Refleksi individu (Izzah)
Fasa perancangan (sebelum program)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kerana
terlibat sama dalam menjayakan program jalinan masyarakat pada tahun ini. Untuk
pengetahuan semua, program ini merupakan subjek khusus yang wajib diambil oleh setiap
pelajar dengan tujuan mendekatkan pelajar dengan masyarakat sekaligus mendedahkan
pelajar dengn realiti kehidupan.
Sehubungan dengan itu, untuk menjayakan program ini, ahli jawatan kuasa telah
dilantik. Saya telah diamanahkan untuk menjadi salah seorang ahli bagi unit publisiti dan
multimedia. Pada mulanya, saya berasa amat gementar kerana saya kurang kemahiran dan
pengalaman untuk menjalankan tugas. Namun, berkat usaha untuk mempelajari ilmu baru,
hari demi hari, saya semakin mahir menyunting gambar, membuat video dan menggunakan
photoshop. Hasilnya, kami berjaya membuat tag id bagi setiap ahli, poster, mereka banner
dan baju sempena program tersebut.
Selepas beberapa perjumpaan dan pelbagai usul serta masalah telah diutarakan,
kami telah membuat keputusan untuk menjayakan program ke Sungai Pelek, Selangor
dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Setelah semua persedian telah
dilakukan, pada 27 dan 28 April 2019, progam Jalinan Masyarakat 2019 telah pun dijayakan.
Fasa semasa
Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 27 sehingga 28 April 2019.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan baik hasil sambutan yang memberansangkan dari
masyarakat setempat serta kerjasama yang baik dari para penganjur. Saya berasa sangat
berpuas hati apabila dapat membantu dan mengenali penduduk kampung disitu melalui slot
lawatan & sesi perkongsian bersamapenduduk. Mereka sangat ramah dan menerima kunjungan kami dengan sikap yang sangat terbuka.
Namun, dalam pada saya mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan, saya juga
perlu mejalankan tugas sebagai ahli unit publisiti dan multimedia dimana kami perlu
mengambil gambar serta merekod segala aktiviti yang telah dilakukan. Kami perlu peka dan
cakna akan persekitaran agar tidak terlepas pandang perkara-perkara yang penting kerana
gambar dan video yang diambil adalah penting sebagai bukti aktiviti dijalankan.
Fasa selepas
Melalui program ini, daripada pengalaman dan iktibar yang diambil, saya dapat
meningkatkan kemahiran diri serta moral yang ada dalam diri saya. Dalam hal ini, saya
menperoleh ilmu baru untuk mengendalikan sesebuah program dan pengalaman yang
diperoleh telah meningkatkan rasa syukur dalam diri. Program ini terbukti dapat membuka
mata saya tentang dunia luar dan mengajar saya cara bergaul dengan masyarakat berbagai
umur. Kerjasama dan sikap tolak ansur juga amat penting dalam kerja berpasukan.
(NURUL IZZAH BINTI AZNAN)
Unit Multimedia
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment