Posts

Showing posts from May, 2019

Refleksi individu (Halimatun)

A) PROGRAM LORONG HAJI TAIB 1 , CHOWKIT SEBELUM PELAKSANAAN Pada pandangan saya,sebelum aktiviti di Lorong Haji Taib itu dilaksanakan ahli kumpulan saya iaitu kumpulan 3 memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan aktiviti tersebut.Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya Nurhalimatun,Nurul Farehah ,Rivaldo Juing,Mohd Fawzan,Tengku Syariffudin,Yesi Riong,Muhammad Faris dan juga Nurul Fitrah.Kami kumpulan tiga telah bersama-sama mengerah idea bagi memastikan program yang dijalankan itu memberi impak positif kepada kanak-kanak disana.Mohd Fawzan telah mewujudkan satu kumpulan di aplikasi whatsapp bagi memudahkan kami semua untuk berhubung serta berbincang terlebih dahulu tentang aktivit yang ingin dijalankan disana bersama kanak-kanak tersebut.Di dalam aplikasi tersebut kami telah bertukar pendapat dan buah fikiran tentang program-program yang hendak dilaksanakan disana.Yesi telah memberikan idea berkaitan dengan aktivit kraftangan seperti penanda buku yang akan dihiaskan o...

Refleksi individu (Izzah)

Fasa perancangan (sebelum program) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kerana terlibat sama dalam menjayakan program jalinan masyarakat pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan subjek khusus yang wajib diambil oleh setiap pelajar dengan tujuan mendekatkan pelajar dengan masyarakat sekaligus mendedahkan pelajar dengn realiti kehidupan. Sehubungan dengan itu, untuk menjayakan program ini, ahli jawatan kuasa telah dilantik. Saya telah diamanahkan untuk menjadi salah seorang ahli bagi unit publisiti dan multimedia. Pada mulanya, saya berasa amat gementar kerana saya kurang kemahiran dan pengalaman untuk menjalankan tugas. Namun, berkat usaha untuk mempelajari ilmu baru, hari demi hari, saya semakin mahir menyunting gambar, membuat video dan menggunakan photoshop. Hasilnya, kami berjaya membuat tag id bagi setiap ahli, poster, mereka banner dan baju sempena program tersebut. Selepas beberapa perjumpaan dan pelbagai usul...

Refleksi individu (Siti Husna)

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada kesemua pensyarah terutama Dr Zaiton binti Azman dan rakan-rakan yang banyak memberi sumbangan dari sudut sokongan mental dan fizikal untuk saya kekal bertahan dalam menjayakan subjek jalinan masyarakat di bawah program INTEGEN’19 (Integrasi Generasi 2019). Oleh itu saya akan merumuskan dapatan yang saya telah lalui sepanjang program kepada dapatan sebelum program, selepas program dan setelah program dijalankan. Sebelum program Bagi menjayakan 32 jam program bersama masyarakat bukanlah suatu yang mudah terutama dari segi persiapan. Saya menyedari bahawa persiapan dari sudut kewangan, perancangan aktiviti dan penyelarasan protokol amat penting sebelum program ini dijalankan bagi memastikan kelancaran suatu program. Oleh itu selaku biro dana dan tajaan, saya telah menghadapi pelbagai cabaran dalam mengatasi karenah birokrasi bermula di peringkat jabatan, fakulti, universiti, sehinggalah di peringkat luar univers...

Refleksi individu (Hafizah)

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM JALINAN MASYARAKAT SEBELUM Program jalinan masyarakat untuk Pelajar Tahun 1 jabatan Pentadbiran Sosial adalah merupakan kursus Universiti yang wajib dilaksanakan bagi semua pelajar. Bagi persediaan sebelum, mesyuarat antara pelajar diadakan untuk memilik lokasi dan klien yang dikehendaki. Setelah itu, perbincangan dilakukan bersama pensyarah penasihat iaitu Dr. Zaiton. Pada mulanya, kami ingin melakukan Program Jalinan Masyarakat ini bersama murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih tetapi terdapat pelajar jabatan lain yang memilih lokasi yang sama. Setelah beberapa kali berbincang, kami memilih untuk melakukan program bersama warga emas dengan kerjasama Persatuan Usiamas Malaysia. Untuk mencukupkan jam kredit, aktiviti tambahan juga dilaksanakan di Chow Kit iaitu mengedarkan sumbangan makanan kepada gelandangan di sana. Aktiviti tersebut dilaksanakan sebelum program bersama warga emas di Sepang. Setelah itu, biro-biro dibentuk agar dapat ...

Refleksi individu (Fitrah)

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI BUKU JALANAN CHOW KIT SEBELUM PERLAKSANAAN Tugasan bagi Program Jalinan Masyarakat yang telah saya dan rakan sekelas pilih dan laksanakan adalah mendekati dan mengeratkan hubungan dengan kanak-kanak gelandangan di Buku Jalanan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini telah dijalankan pada hari Khamis pada tarikh 5/4/2019. Kami memilih tempat ini bagi menjalankan program jalinan masyarakat kerana merasakan tanggungjawab yang harus kami berikan untuk berkongsi ilmu dengan kanak-kanak di sana dan ingin mendekati mereka dengan lebih dekat. Alhamdulillah program yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan mengikut jadual. Kumpulan kami telah melakukan Pada mulanya perbincangan bersama rakan sekelas telah diadakan pada pertengahan semester yang lalu untuk membincangkan kos-kos yang terlibat, pembahagian tugas serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Sebelum aktiviti di Lorong Haji Taib itu dilaksanakan ahli kum...

Refleksi individu (Farahiennaz)

Pada 27 dan 28 April 2019, telah berlangsungnya program Jalinan Kemasyarakatan bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sepang, Selangor oleh pelajar pelajar Tahun Pertama, Jabatan Pentadbiran Sosial dan Keadilan. Saya sebagai biro unit Protokol dan Aturcara, bersyukur ke hadrat Ilahi setiap aktiviti dan program telahpun berjalan dengan lancar dan dapat dikawal oleh setiap seorang daripada kami semua. Apa yang saya dapat rumuskan adalah sebelum, semasa dan selepas program Jalinan Masyarakat ini berlangsung. Seminggu sebelum program kami berlangsung, kami sebulat suara dan berpakat untuk mengadakan perkampungan, dan mesyuarat untuk setiap unit, yang terdiri daripada majlis tertinggi, unit protokol dan aturcara, unit kebajikan, unit tajaan, unit logistik dan teknikal, serta unit multimedia dan teknologi. Saya melihat kesepakatan dalam setiap perbincangan dan penyelesaian masalah bagi setiap unit pada segala mesyuarat dan perkampungan. Sikap toleransi dan saling membant...

Refleksi individu (Fawzan)

Sebelum Program Asalamualaikum dan selamat sejahtera, pertama sekali saya Muhammad Fawzan Bin Ahmad Faris telah dilantik untuk menjadi salah seorang ahli di dalam unit tajaan dan hubungan luar. Pada mulanya saya berasa tidak yakin kerana ini merupakan pengalaman kali pertama untuk bekerja di dalam unit ini. Ketua unit saya iaitu saudari Halimatun banyak memberi cadangan dan juga idea untuk mendapatkan sumbangan bagi program INTEGEN 19 di samping rakan-rakan di dalam unit yang turut membantu berfikir untuk mendapatkan solusi yang baik. Antara kumpulan sasar yang kami di dalam unit tajaan sasarkan pada mulanya adalah syarikat-syarikat besar dan juga usahawan. Oleh itu, perkara pertama yang kami perlu lakukan adalah untuk menyediakan kertas kerja untuk dihantar kepada syarikat dan juga individu berkaitan. Penyediaan kertas kerja tajaan juga dibantu oleh majlis tertinggi bagi memastikan tiada maklumat yang tidak tepat. Apabila proses penyediaan kertas kerja siap maka kami se...

Refleksi individu (Faris)

FASA SEBELUM Hai dan assalamualaikum semua. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zaiton selaku pensyarah bimbingan Jalinan Masyarakat (JM) Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial (DSAJ) Universiti Malaya Semester 2 sesi 2018/2019 yang banyak memberi tunjuk ajar pada kami, pelajar tahun pertama jabatan mengenai perkara dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk program Jalinan Masyarakat ni. Saya selaku ahli biasa Biro Multimedia dan Publisiti diketuai Tengku Arif bersama dua lagi sahabat seperjuangan, Piqah dan Izzah. Kami kena buat design baju, poster, banner, tag ID, post media sosial. Memang banyak perkara yang hasrus diselesaikan namun semangat kerjasama satu pasukan meringankan beban tersebut. Sebelum JM, fakulti adakan hari jualan makanan kepada semua jabatan bagi menyokong serba sedikit program tersebut selama 2 hari. Kami ada menjual air, makanan ringan, kentang dan marshmallow disalut dengan coklat. Saya bertungkus-lumus menjual makana...

Refleksi individu (Syarifuddin)

LAPORAN REFLEKSI INTEGEN 2019 Laporan ini disediakan adalah untuk memaklumkan refleksi sebelum, semasa dan selepas berkenaan subjek Jalinan Masyarakat iaitu Program Integrasi Generasi 2019 (INTEGEN 2019). Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial dengan kerjasama Persatuan Usiamas Malaysia. INTEGEN 2019 telah berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sepang pada 27 dan 28 April 2019 serta di Lorong Haji Taib pada 4 hari yang berlainan iaitu 22 Mac, 29 Mac, dan 5 April 2019. Refleksi saya pada sebelum saya melibatkan diri dalam program ini saya berasa bahawa program ini akan memberi saya pengalaman yang saya tidak perolehi sebelum ini. Hal ini kerana sebelum ini saya memegang jawatan sebagai ketua unit multimedia. Saya tidak pernah memegang jawatan yang berkaitan dengan pengurusan teknologi media seperti membuat blog, mengurus media sosial yang khusus untuk program serta membuat video. Ini semua adalah perkara baru untuk saya. Pada permulaannnya sa...

Refleksi individu (Annis)

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI BUKU JALANAN CHOW KIT Pada 5 April 2019 yang lalu, saya dari Kumpulan 3 dalam subjek Kemahiran Interpersonal bersama rakan-rakan serta Dr. Noralina mengadakan program kerohanian di Buku Jalan Chow Kit bersama kanak-kanak gelandangan. Program tersebut dimulakan pada pukul 5 petang hingga 7 petang. Kami sebanyak sembilan orang ahli iaitu Fawzan, Arif, Faris, Aldo, Halimatun, Fitrah, Annis, Yesi dan Nurul menguruskan program tersebut selama dua jam. Kami bergerak dari kolej masing-masing pada pukul 4 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan menaiki kereta yang ditempah melalui aplikasi “Grab”. Kami tiba di destinasi iaitu Buku Jalanan Chow Kit pada pukul 4.45 petang. Setibanya di sana, kami terus menunaikan solat asar sebelum memulakan program. Terdapat banyak slot dalam program yang kami jalankan. Antaranya adalah slot mengajar doa-doa rinkang kepada kanak-kanak, slot penyampaian cerita, slot mengajar asas-asas solat dan slot fun games...