Refleksi individu (Halimatun)
A) PROGRAM LORONG HAJI TAIB 1 , CHOWKIT
SEBELUM PELAKSANAAN
Pada pandangan saya,sebelum aktiviti di Lorong Haji Taib itu dilaksanakan ahli
kumpulan saya iaitu kumpulan 3 memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan aktiviti
tersebut.Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya Nurhalimatun,Nurul Farehah ,Rivaldo
Juing,Mohd Fawzan,Tengku Syariffudin,Yesi Riong,Muhammad Faris dan juga Nurul
Fitrah.Kami kumpulan tiga telah bersama-sama mengerah idea bagi memastikan program yang
dijalankan itu memberi impak positif kepada kanak-kanak disana.Mohd Fawzan telah
mewujudkan satu kumpulan di aplikasi whatsapp bagi memudahkan kami semua untuk
berhubung serta berbincang terlebih dahulu tentang aktivit yang ingin dijalankan disana bersama
kanak-kanak tersebut.Di dalam aplikasi tersebut kami telah bertukar pendapat dan buah fikiran
tentang program-program yang hendak dilaksanakan disana.Yesi telah memberikan idea
berkaitan dengan aktivit kraftangan seperti penanda buku yang akan dihiaskan oleh kanak-kanak
tersebut.Mohd Fawzan dan Tengku Syarifudin pula memberikan idea mengenai slot doa-doa
ringkas kepada kanak-kanak tersebut.Manakala,saya,Nurul dan Fitrah memberikan idea
mengenai kotak bertuah.
Rivaldo dan Faris pula telah memberikan idea mengenai penceritaan tentang cerita-cerita
teladan kepada kanak-kanak tersebut.Bagi pengetahuan semua,kumpulan 3 merupakan kumpulan
yang harus menitik beratkan aspek kerohanian dan keagamaan kepada diri kanak-kanak
tersebut.Oleh itu,semua aktiviti yang dilaksanakan oleh kumpulan 3 haruslah mempunyai unsur-
unsur kerohanian dan keagamaan.Kami kumpulan 3 turut mengadakan perjumpaan secara
bersemuka di pondok berdekatan Dataran Sastera sebelum aktiviti itu dilaksanakan.Kami telah
berjumpa secara bersemuka bagi memastikan segala perancangan dan aktiviti yang sudah
dinyatakan di dalam aplikasi whatsapp mendapat penjelasan daripada semua ahli di dalam
kumpulan 3.Mohd Fawzan selaku ketua telah membuat senarai semak aktiviti dan saya pula
mencatat barang dan juga apa bagaimana aktiviti itu hendak dijalankan.Pada keesokkan
harinya,saya dan Yesi telah bersama-sama pergi ke Eco Shop Petaling Jaya menaiki kereta bagi
membeli segala peralatan serta cenderamata yang akan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
SEMASA PELAKSANAAN
Refleksi yang dapat saya rangkumkan disini semasa aktiviti dijalankan di Lorong Haji
Taib tersebut adalah berjalan dengan teratur walaupun tidak berjalan dengan begitu lancar seperti
yang diharapkan.Kami kumpulan 3 telah berpecah kepada 4 orang iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan
bagi menaiki kenderaan grab pada pukul 4 petang kerana program akan dilaksanakan pada pukul
6 petang.Kami semua telah menaiki grab ke Lorong Haji Taib 1 pada pukul 5 petang.Perjalanan
pada ketika itu tidak terlalu sesak tetapi agak perlahan kerana kenderaan mula banyak
bergerak.Apabila tiba di Lorong Haji Taib tersebut hujan lebat mulai turun dan petir sambar
menyambar.Oleh itu,tempat yang sepatutnya kami melakukan aktiviti tersebut basah dan
berlecek kerana tempat tersebut hanyalah berada di kaki lima Lorong tersebut.Kanak-kanak
tersebut telah pun dibasahi dengan hujan malah adanya redah hujan semata-mata untuk bermain
bersama rakannya di tepi-tepi kaki lima tersebut.Saya,Fitrah dan ahli kumpulan lelaki yang lain
kecuali Rivaldo dan Yesi telah pergi ke Buku Jalanan bagi menunaikan tanggungjawab kami
sebagai muslim untuk solat asar sebelum memulakan aktiviti tersebut.Setelah selesai solat hujan
masih lagi lebat dan cuaca tidak mengizinkan kami untuk melakukan aktiviti di kaki lima
tersebut.
Maka,kami naik ke tempat Buku Jalanan untuk memulakan aktiviti tersebut.Kanak-kanak
tersebut juga telah diarahkan untuk naik ke tempat Buku Jalanan bagi memudahkan kami
melakukan aktiviti disana.Buku Jalanan merupakan tempat bagi kanak-kanak tersebut membaca
buku,menunaikan solat dan juga tempat untuk ibu kanak-kanak tersebut belajar mengaji.Idea ini
adalah saranan Dr.Nora bagi membantu ibu kanak-kanak tersebut untuk fokus semasa kelas
mengaji dan kami akan melakukan aktiviti bersama kanak-kanak tersebut.Dr.Nora juga telah
memperuntukkan sejumlah wang bernilai RM 50.00 bagi kami membeli segala peralatan dan
barangan serta cenderamata untuk diberikan kepada kanak-kanak disitu.Pada mulanya,Fawzan
selaku ketua telah memperkenalkan ahli kumpulan 3 kepada kanak-kanak tersebut dan terdapat
salah satu daripada kanak-kanak tersebut memanggil saya “hantu” dek kerana nama panggilan
saya Atun.
Setelah selesai Fawzan memperkenalkan ahli kumpulan 3,Fawzan dan Arif memulakan
aktiviti kami yang pertama iaitu bacaan doa-doa ringkas.Fawzan telah mengajar kanak-kanak
tersebut untuk membaca al fatihah,surah 3 Qul dan doa makan kepada kanak-kanak
tersebut.Ketika aktiviti pertama ini dijalankan ahli kumpulan yang lain akan berada di tepi dan
sisi kanak-kanak tersebut untuk memerhati dan mengawal keadaan serta turut mengajar kanak-
kanak tersebut.Saya memegang plastik yang berisi dengan gul-gula,lollipop,coklat dan juga
makanan ringan untuk diberikan kepada kanak-kanak yang dapat membaca surah al-fatihah,
surah 3 Qul dan doa makan yang telah diajarkan oleh Fawzan.Namun begitu,keadaan menjadi
begitu hura hara kerana kanak-kanak tersebit bertindak agresif dan tidak kesemuanya mengikut
seperti yang telah Fawzan ajarkan.Keadaan juga menjadi kelam kabut kerana pada ketika itu
kami tidak diberikan alat bantuan pembesar suara untuk mengajar kanak-kanak tersebut.Oleh
itu,suasana jadi riuh rendah dengan suara kanak-kanak dan Fawzan ditrambah pula bunyi hujan
yang kuat.
Arif meneruskan sesi pertama dengan mengajar kanak-kanak tersebut bacaan doa-doa
ringkas seperti doa tidur.Semaa sesi bersama Arif berjalan keadaan bertambah agak riuh kerana
kanak-kanak tadi sudah mula menangis dan ada daripada mereka yang memukul rakan-rakan
mereka yang lain sehingga keadaan jadi kucar-kacir.Terdapat juga kanak-kanak yang berkejar
kejaran di dalam tempat Buku Jalanan tersebut dan menganggu konsentrasi serta focus Arif
untuk mengajar mereka semua.Dengan ketiadaan alat bantuan pembesar suara sememangnya
suaru perkara yang memberikan kesan kepada kami semua terutama Arif dalam mengendalikan
kanak-kanak tersebut untuk duduk diam mendengar apa yang diajarkan oleh Arif.Namun,saya
menggunakan alternatif dengan memberikan gula-gula kepada kanak-kanak yang diam dan
berjaya menjawab serta mengulang kembali apa yang telah diajarkan oleh Arif.Dengan alternatif
sebegini keadaan tersebut berjaya dikawal walaupun masih terdapat juga kanak-kanak yang
enggan bersama-sama kami serta mengasingkan diri sendirian di bucu meja yang lain.
Setelah selesai slot pertama yang dikendalikan oleh Fawzan dan Arif,Aldo dan Yesi
meneruskan dengan slot kedua iaitu bercerita kisah-kisah teladan dengan cara menunjukkan
perbuatannya sekali.Slot ini dikendalikan bersama Aldo dan juga Yesi.Aldo mempunyai bakat
dan kemahiran dalam bercerita semenjak kecil lagi.Maka,dia mengambil tanggungjawab ini
untuk menyerlahkan bakatnya.Sangkaan dan juga tanggapan bahawa kanak-kanak tersebut tidak
tahu membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah meleset.Hal ini kerana apabila
Aldo menyuruh kanak-kanak tersebut untuk membaca buku cerita yang dipegang oleh Aldo
ternyata mereka mampu untuk membaca buku tersebut dengan fasih dan lancar walaupun masih
terdapat juga segelintir yang masih lagi merangkak membaca buku tersebut.Sesi Aldo dan juga
Yesi ini berjalan dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama kira-kira dalam 30 minit sahaja.Hal
ini kerana khuatir yang kanak-kanak tersebut akan menjadi bosan dan hilang tumpuan terhadap
kumpulan kami.
Seterusnya,aktiviti diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu permainan kotak bertuah dan
juga kraftangan menghias penanda buku yang dikendalikan oleh saya,Yesi,Fitrah dan
Annis.Semasa kotak bertuah tersebut dijalankan kanak-kanak berasa teruja terhadap permainan
tersebut dan melonjak keriangan kerana seronok untuk bermain permainan kotak bertuah
itu.Kotak bertuah adalah permainan dimana terdapat pelbagai persoalan yang diletakkan di
dalam kotak yang berukuran segi empat sama lalu akan diberikan kepada kanak-kanak tersebut
untuk diberikan kepada rakan-rakannya yang lain dan apabila lagu diberhentikan kanak-kanak
tersebut harus membuka kotak tersebut dan menjawab salah satu daripada persoalan yang
terdapat dalam kotak tersebut.Saya telah memasang lagu Didi and Friend bagi menarik minat
kanak-kanak tersebut terhadap permainan itu.Namun kekangan dan halangan tiada alat bantuan
pembesar suara telah menyebakan keadaan menjadi agak kucar kacir kerana lagu Didi and
Friend tersebut tidak dapat didengari dengan kuat dan jelas walhal suaranya telah dinaik kepada
tahap maksimum.
SELEPAS PELAKSANAAN
Selepas aktiviti di Lorong Haji Taib kami telah diamanahkan untuk melakukan
pembentangan kumpulan dihadapan Dr Nora dan rakan kelas yang lain.Pembentangan
tersebut telah dilakukan pada 30 April 2019 pada pukul 9.00 pagi.Saya bersama ahli
kumpulan tiga yang lain telah bersama-sama membentangkan refleksi kami sepanjang
program bersama kanak-kanak tersebut dilaksanakan.Kami semua amat bergembira dan
bersyukur kerana dapat menjayakan program ini.Kami berterima kasih kepada pensyarah
kerana memberikan peluang dan ruang kepada kami bagi melaksanakan aktiviti sebegini
yang selama ini tidak pernah terlintas difikiran untuk mendekati golongan
sebegini.Konklusinya,program ini sebenarnya membuka minda dan mengubah persepsi
kami terhadap golongan sebegini sesuai dengan pepatah Inggeris yang mengatakan
bahawa “don’t judge a book by it’s cover”.Program ini juga meningkatkan lagi
kemahiran interpersonal yang kami pelajari di dalam kuliah.Kemahiran interpersonal
yang dapat dipraktikkan dalam program ini adalah kemahiran komunikasi seperti
kemahiran berunding,kemahiran melayan,kemahiran memujuk dan kemahiran berucap di
khalayak ramai.Disamping itu,keyakinan diri mahasiswa juga dapat ditingkatkan dalam
berucap di khalayak ramai serta keyakinan dalam mengendalikan kanak-kanak tersebut.
B) PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI PUSAT AKTIVITI
WARGA EMAS (PAWE) YANG TERLETAK DI
SEPANG,SELANGOR.
SEBELUM PELAKSANAAN
Program Jalinan Masyarakat telah mengadakan program tersebut di Pusat Aktiviti Warga
Emas (PAWE) yang terletak di Sepang,Selangor.Program Jalinan Masyarakat ini juga adalah
anjuran Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial dengan kerjasama Persatuan Kebajikan
Usiamas.Program ini menyasarkan golongan warga emas di Sepang,Selangor dan agar kami
menyantuni warga emas di sana.Program Jalinan Masyarakat ini juga mendedahkan mahasiswa
kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan.Matlamat dan objektif
program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan
konsep sukarelawan dan hubungan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan
umur.Selain itu,objektif program ini juga adalah bagi mempromosikan warga emas sebagai
sebuah asset negara dan memupuk nilai menghormati warga emas menerusi program ini di
dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.
Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu (27.04.2019 ) dan
Ahad (28.04.2019).Pemilihan lokasi di Sepang adalah cadangan daripada Puan Norhayati yang
merupakan Penyelaras Negeri Selangor.Setelah beberapa kali perbincangan dan mesyuarat telah
dijalankan akhirnya pihak Universiti Malaya dan pihak Kebajikan Usiamas mencapai kata
sepakat dengan memilih Sepang sebagai lokasi bagi kami menjalankan program ini.Pelbagai
perbincangan dan perbahasan telah dilakukan bagi mencapai kata sepakat tersebut dan majlis
tertinggi serta ketua unit bagi Program Jalinan Masyarakat telah melalui proses berunding yang
agak lama dan rumit bersama pihak Usiamas.Pada mulanya program ini dijalankan perbincangan
turut dijalankan bersama rakan sekelas yang telah diadakan pada hari khamis dan semua rakan
sekelas hadir bagi memberikan idea dan pendapat tentang perkara tersebut.Ketua unit
bertanggungjawab dalam memastikan ahli-ahli mereka melaksanakan tanggungjawab yang telah
diberikan dengan sepenuh komitmen agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur
seperti yang telah dirancang.
SEMASA PERLAKSANAAN
Pada hari pertama,kami telah berkumpul di hadapan kolej kediaman ketiga bagi
menunggu kehadiran dua buah van dan sebuah kereta menjemput kami.Mustaqim merupakan
ketua unit logistik yang bertanggungjawab dalam memastikan segala peralatan,barang dan juga
hamper cukup dan berada dalam keadaan yang baik.Fitrah dan Annis juga merupakan ahli di
dalam unit logistic yang telah membantu Mustaqim bagi melakukan pemeriksaan barangan dan
peralatan yang perlu dibawa ke Sepang,Selangor.Pada jam 6.30 pagi apabila van telah sampai
kami semua bersama-sama mengangkat barangan tersebut untuk dimasukkan ke dalam
van.Keadaan menjadi sedikit kelam kabut ketika ini kerana hamper yang sepatutnya ada 15 kini
hanya ada 14 sahaja.Maka,unit-unit yang lain turut membantu bagi mencari hamper yang ke 15
tersebut yang rupa-rupanya ada pada Yesi Rionng.Namun,perkara ini dapat diatasi dengan penuh
kesabaran dan berhemah serta tidak menimbulkan pelbagai konflik yang lain.Apabila telah
selesai perkara tersebut kami bertolak dari Universiti Malaya ke PAWE pada pukul 6.45 pagi
kerana masa perjalanan untuk ke sana mengambil masa kira-kira dua jam jika tidak terlibat
dengan kesesakan lalu lintas.Kami telah selamat sampai di Sepang,Selangor kira-kira jam 9 pagi
dan disana kami disambut dengan meriah oleh sukarelawan yang turut menyertai program
ini.Kami telah dihidangkan jamuan makanan sarapan pagi bagi mengalas perut sebelum
memulakan aktiviti khidmat bantu di rumah atau kita panggil sebagai Homehelps.
Setelah selesai makan, kami mulakan aktiviti kami dengan membahagikan kumpulan
kepada tiga yang turut dianggotai oleh sukarelawan-sukarelawan.Kami bergerak ke rumah-
rumah yang dipilih untuk melakukan program homehelps ini dengan menaiki kenderaan-
kenderaan yang disediakan oleh sukarelawan tersebut.Slot pertama yang kami lakukan adalah
aktiviti Homehelps iaitu aktiviti bergotong-royong membersihkann kawasan perumahan di
beberapa rumah.Misalnya kumpulan 1 telah membersihkan rumah Encik Fadil yang merupakan
warga emas hanya tinggal berdua bersama anaknya bernama Hajar yang merupakan Orang
Kelainan Upaya (OKU).Di rumah tersebut kami telah menyapu sampah,membersihkan sawang
serta mengemop lantai dan membersihkan kawasan dapur rumah tersebut bagi meringankan
beban encik tersebut.Apatah lagi musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi.Sudah pasti
ianya memberikan suatu kenangan terindah buat encik Fadil dengan apa yang telah kami
lakukan.
Kami telah memberikan sedikit buah tangan serta bersama-sama membersihkan rumah
penduduk kampung yang telah kami ziarahi di sana. Semua ahli kumpulan telah memberikan
kerjasama yang baik dan kebersihan rumah jugak dapat ditingkatkan.Selepas slot itu telah
selesai, kami makan tengahari dan pergi ke homestay untuk berehat. Pada pukul 12 tengahari
kami berehat sebentar bagi menjamu selera tengahari di restoran yang berdekatan.Disitu kami
merehatkan diri dan melegakan tekak yang kering.Kami berasa amat gembira kerana dapat
membantu insan-insan yang memerlukan.Sememangnya perkara ini amat menhayat hati dan
perasaan kami dalam membayangkan jika ibu bapa kami berada di tempat mereka sangupkah
kami membiarkan mereka begitu sahaja.Pada waktu petang, aktiviti diteruskan dengan slot
beramah mesra dan sesi perkongsian bersama warga emas Pada slot ini, kami menziarahi tiga
buah rumah warga emas untuk melakukan sesi beramah mesra.Bagi kumpulan 1 rumah yang
pertama adalah rumah beramah mesra bersama warga emas berbangsa asli yang tinggal bersama
cucunya serta tidak mempunyai kudrat manakala rumah kedua pula kami menziarahi warga emas
berbangsa asli juga yang mempunyai penyakit kanser payudara.Rumah yang ketiga adalah rumah
seorang warga emas yang hanya menetap di pondok kecil dan beralaskan papan ssahaj untuk
tidur,makan,minum dan sebagainya.Semasa menziarahi rumah-rumah tersebut kami telah
memberikan sedikit beras,dua air kotak susu kurma,dan hamper yang berisi makanan ruji harian
kepada warga emas tersebut.Di dalam slot ini kami dapat mengetahui tentang permasalahan yang
dihadapi dalam kalangan warga emas. Mereka juga berasa sangat gembira apabila kami
menghulurkan sedikit buah tangan kepada mereka.
Pada waktu malam, aktiviti diteruskan dengan slot malam kebudayaan. Kami
dibahagikan kepada empat kumpulan dan disertai oleh beberapa sukarelawan dan warga emas.
Kami telah melakukan pelbagai jenis persembahan bagi memeriahkan program seperti pantomin,
joget lambak, puisi dan lakonan semula.Saya merupakan individu yang berada di dalam
kumpulan yang harus melakukan persembahan lakonan semula.Ahli kumpulan kami yang lain
telah melakukan adaptasi lakonan daripada drama yang hangat di setiap corong-corong
televisyan iaitu drama Nur.Di dalam lakonan semula tersebut saya memegang watak sebagai
Ustaz Adam,Syafiqah memegang watak sebagai Juita,Annis memegang watak sebagai
Nur,Ahmad memegang watak sebagai Jiran Nur,manakala warga emas dan sukarelawan masing-
masing memegang watak Ustaz Hamadi,Jojo dan juga Jalaludin Hassan.Lakonan tersebut
dilakukan dengan keadaan yang spontan dan tanpa melihat skrip.Akhirnya kami berjaya
membawa watak-watak masing-masing.
Semua sukarelawan dan warga emas dilihat sangat gembira. Kami juga melakukan
aktiviti barbeque sebagai makan malam kami.Unit kebajikan yang terdiri daripada Yesi,Nurul
dan Aldo memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan kami semua terjaga.Pada
maalam tersebut unit kebajikan memainkan peranan yang penting dalam meamstikan kami
semua mendapat makanan yang mencukupi.Unit kebajikan turut memanggang ayam,ikan dan
juga sosej bagi semua hadirin yang hadir pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi majlis.Unit
kebajikan juga dibantu oleh hali-ahli yang lain kerana berat sama dijinjing,berat sama
dipukul.Sinonim dengan pepatah melayu tersebut kami juga telah bergilir-gilir untuk
memangang makanan ytadi bagi memberi laluan kepada ahli yang lain menikmati jamuan yang
disediakan serta menikmati nyanyian karaoke yang turut dinyanyikan oleh pelajar-pelajar
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.Pada hari kedua iaitu hari terakhir, aktiviti dimulakan
dengan slot senamrobik bersama warga emas dan sukarelawan. emudianya diteruskan dengan
aktiviti permainan berkumpulan. Beberapa kumpulan telah dibahagikan yang mempunyai
beberapa orang pelajar sendiri, warga emas dan sukarelawan. Antara permainan yang telah
dijalakan adalah seperti musang berjanggut, neneku rupawan datukku tampan, gegar lidi dan
rantaian kasih. Permainan ini telah mendapat banyak sambutan. Daripada permainan ini,
terdapat banyak nilai yang diperoleh oleh semua yang sertai, Antaranya ialah semangat
berpasukan dan saling bekerjasama untuk menyelesaikan permainan.
Aktiviti yang terakhir sekali adalah majlis penutupan bagi program jalinan masyarakat.
Dalam majlis ini, slot forum bagi berdiskusi tentang pandangan kepada warga emas.Program
forum tersebut telah dihadiri oleh panel jemputan daripada perstuan belia-belia Malaysia
(MAYC), panel wakil daripada Universiti Malaya,panel jemputan iaitu Puan Hajah Bt Simin
yangmerupakan ibu kepada pemenang Tilawah Al-Quran peringkat antarabnagsa dan pemenang
Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa serta klien warga emas.Di dalam forum tersebut husna
memainkan peranan sebagai moderator untuk bertanyakan soalan kepada panel-panel yang hadir
di dalam forum tersebut.Tujuan forum dilaksanakan adalah bagi mendengar persepsi dan
pandangan pelbagai pihak terhadap golongan warga emas dan harapan yang sebenarnya warga
emas iaitu klien kepada kami semua sebagai pelajar,belia dan komuniti setempat dalam menjaga
kebajikan warga emas yang tinggal bersendirian tanpa panggilan daripada anak-anak.Mereka
diminta untuk membuat perkongsian mengenai warga emas dan slot terakhir adalah majlis
penyampaian hadiah kepada para pemenang yang Berjaya mendapat tempat dalam slot
permainan.
SELEPAS PERLAKSANAAN
Selepas semua aktvviti dan slot telah selesa dijalankan,kami semua telah disajikan
dengan hidangan menu nasi ambang iaitu menu orang jawa ketika menjalankan sesuatu
majlis.perkara ini juga merupakan anatara salah satu tradisi dan amalan orang jawa di
Sepang,Selangor.Nasi ambang tersebut telah dihidangkan dengan pelbagai campuran makanan
seperti ayam goreng,serunding,mee goreng dan juga ikan kering.Cara pemakanan nasi ambang
yang unik disitu adalah mereka memakan makanan tersebut dengan menggunakan dulang untuk
makan secara beramai-ramai dan berkongsi lebih kurang dalam 5 ke 6 orang bagi menghabiskan
nasi ambang tersebut.Mahasiswa yang lain amat teruja kerana dapat makan berkongsi dalam
suatu dulang bersama sukarelawan.Sudah terang lagi bersuluh perkara ini akan mengertakan lagi
silaturahim dan ukhwah antara mahasiswa dan sukarelawan.Apabila selesai dengan sesi
makanan,kami telah bersama-sama mengemas segala peralatan dan barangan serta sampah sarap
yang ada supaya tempat tersebut bersih dan kemas.Kami juga telah mengadakan sesi bergambar
sebagai kenang-kenangan antara kami dengan warga emas serta sukarelawan.Apabila sesi
bergambar telah selesai kami telah kembali pulang ke Homestay Banguris menaiki kenderaan
pacuan empat roda yang dibawa oleh sukrelawan tersebut bagi menghantar kami.Setibanya di
homestay tersebut kami semua telah diberi masa untuk berehat dan menenangkan fikiran.Bagi
yang islam mereka semua telah menunaikan solat Zuhur.Kami juga telah mengemas segala
perlatan peribadi untuk persediaan pulang ke Universiti Malaya.Kami bertolak balik menaiki van
pada pukul 4.30 petang dan selamat sampai di Universiti Malaya pada jam 6.30
petang.Perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja.
REFLEKSI INDIVIDU
Program Jalinan masyarakat merupakan program yang begitu bermakna dalam hidup
saya.Hal ini kerana saya dpaat mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran serta dapat
mengaplikasikannya sepanjang program ini berlangsung.Misalnya,saya dapat meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi saya untuk berucap di khalayak ramai apabila saya merupakan panel
daripada Universiti Malaya.Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap di
khalayak ramai amat membantu dalam meningkatkan kemahiran saya disamping ianya turut
meningkatkan keyakinan saya untuk berucap di khalayak ramai.Pada pandangan peribadi saya
bukan semuanya manis-manis belaka apabila kita melaksanakan sesuatu program
tersebut.Terdapt juga pelbagai rintangan,halangan serta perbalahan dalam menjayakan sesuatu
program itu sendiri.Jika kita lihat dari sudut yang berbeza program ini mempunyai pelbagai
halangannya dengan perubahan tempat yang kerap kali berlaku menganggu proses untuk
meminta tajaan kerana kekerapan menukar tempat tersebut.Proses berunding bersama pihak
Usiamas juga turut memakan masa yang lama kerana sistem birokasi yang diamalkan oleh
mereka menyulitkan lagi keadaan mahasiswa-mahasiswa dalam menjayakan program ini.Pihak
Usiamas yang kerap kali menukar program dam agenda mereka sedikit sebanyak memberi kesan
yang begitu besar kepada kami kerana ianya sering bertukar-tukar.
Melalui program jalinan masyarakat, banyak yang telah saya peroleh dalam menjalankan
aktiviti dengan warga emas.Pada pandangan saya,realiti kehidupan masyarakat ada pelbagai
lapisan masyarakat, ada yang senang dan ada yang susah. Pengalam paling menyedihkan yang
masih mekar dalam ingatan saya apabila, seorang penghuni warga emas telah teinggal
bersendirian di sebuah rumah using yang terbiar. Dia tidak mahu tinggal di rumah adik-
beradiknya kerana dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dalam keadaanya yang uzur dan dan
tidak mampu untuk melakukan pekerjaan yang berat seperti mengemas rumah ianya merupakan
perkara yang amat menyentuh hati nurani saya dalam memikirkan kedua ibu bapa saya suatu hari
nanti.Program ini memberikan kesedaran serta kesan yang mendalam kepada saya. Secara
keseluruhannya saya amat menyukai pengalaman yang saya alami selama manjalankan program
ini kerana ini kali pertama saya berinteraksi dengan golongan yang lebih berumur dan lanjut
usianya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan ketika berinteraksi dengan orang lebih lanjut
usianya kerana mereka ini hati mudah terguris.
Implikasi pengalaman yang dapat dirumuskan terhadap diri saya ialah, saya dapat
mempelajari untuk berinteraksi dan cara untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua dan juga
bekerja secara berkumpulan.Saya dapat memepelajari bagaimana cara untuk menyantuni warga
emas dan dapat meningkatkan hubungan sosial saya selepas ini.Punca yang boleh mewujudkan
komuniti orang-orang tua yang tinggal sendirian kadangkala bermula apabila anak-anak mereka
terlalu sibuk mengurus kerjaya masing-masing.Komitmen kepada kerja dan keluarga perlu
dibahagikan namun sebahagian besar individu-individu yang mengahadapi situasi begini tidak
mampu memberi komitmen yang sebaiknya kepada keluarga mereka. Pengajaran yang boleh
saya dapati juga dari hasil pengalaman sepanjang mengikuti program ini, saya haruslah berfikir
lebih jauh sebelum menceburi sesuatu bidang pekerjaan di masa akan datang. Hal ini demikian
kerana, komitmen saya sebagai seorang anak tidak seharusnya saya abaikan. Jika bagi saya,
pengalaman dilalui oleh setiap penghuni warga emas ingin sekali saya ketahui tetapi kekangan
masa dan beberapa faktor lain menyebabkan niat saya untuk bertanya lebih lanjut itu hanya
disimpan dan tidak mampu diluahkan.
Pengalaman yang dapat saya kongsikan kepada orang lain jenis aktiviti yang sesuai
dilakukan bersama golongan lebih tua dan cara berinteraksi dan berbual dengan mereka tidak
seperti kita berbual dengan orang biasa. Ini kerana sebahagian dari mereka mempunyai kecatatan
akal dan lupa. Bentuk sumbangan yang boleh disalurkan kepada mereka bukan sahaja dalam
bentuk kewangan, pakaian, dan keperluan harian malah kasih sayang yang ikhlas mampu
memberi aura positif kepada inidividu yang kita cuba dekati ini. Impak positif program ini
dijalankan dapat menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling kita agar tidak mengabaikan
orang yang lebih tua dan memberi fokus kepada orang muda. Kerana tanpa orang yang lebih tua
siapalah kita pada hari ini.Pengalaman dan bakti mereka serta pengorbanan yang mereka lalui
telah memberi tempat kepada siapa kita di hari ini.Dalam kalangan mahasiswa juga harus
memupuk nilai-nilai positif dan menjauhi nilai-nilai negatif yang hanya akan merosakkan
hubungan antara mahasiswa yang lain.Mahasiswa juga sewajarnya menggunakan platform dan
medium yang betul dalam menyuarakan pandangan dan pendapat mereka dan bukannya
melakukan perkara tersebut dengan hal yang tidak sewajarnya.
Aspek kemahiran insaniah yang dapat diperoleh dari program ini ialah kemahiran
berkomunikasi. Seperti saya huraikan sebelum ini, program ini banyak membantu saya dan juga
mahasiswa lain untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan golongan yang lebih lanjut
usianya. Tambahan pula, melalui program ini juga, telah mengajar saya cara membuat
perbincangan dengan pihak yang terlibat dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang turut terlibat
menjayakan program ini. Selain itu, kemahiran dari segi pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah juga termasuk sepanjang program ini berlangsung. Pada masa ini, setiap
mahasiswa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan setiap slot dalam masa
yang diperuntukan kepada kami. Dalam keadaan ini juga mengajar kami erti kemahiran kerja
secara berpasukan. Ketua haruslah mengeluarkan arahan yang jelas supaya tindakan lanjut dapat
dilaksanakan oleh anak-anak buahnya.
(NURHALIMATUN BINTI BUARI)
Unit Tajaan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment