Refleksi individu (Siti Husna)
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada kesemua pensyarah terutama
Dr Zaiton binti Azman dan rakan-rakan yang banyak memberi sumbangan dari sudut sokongan
mental dan fizikal untuk saya kekal bertahan dalam menjayakan subjek jalinan masyarakat di
bawah program INTEGEN’19 (Integrasi Generasi 2019). Oleh itu saya akan merumuskan
dapatan yang saya telah lalui sepanjang program kepada dapatan sebelum program, selepas
program dan setelah program dijalankan.
Sebelum program
Bagi menjayakan 32 jam program bersama masyarakat bukanlah suatu yang mudah terutama dari
segi persiapan. Saya menyedari bahawa persiapan dari sudut kewangan, perancangan aktiviti dan
penyelarasan protokol amat penting sebelum program ini dijalankan bagi memastikan kelancaran
suatu program. Oleh itu selaku biro dana dan tajaan, saya telah menghadapi pelbagai cabaran
dalam mengatasi karenah birokrasi bermula di peringkat jabatan, fakulti, universiti, sehinggalah
di peringkat luar universiti. Namun cabaran-cabaran tersebut mematangkan saya dan saya
mampu bertindak lebih professional dalam bergerak mencari dana. Dari segi persiapan
berkumpulan pula, latihan yang berterusan seperti latihan awal perlaksanaan aktiviti
memudahkan saya memahami gerak kerja yang sebenar sepanjang program dijalankan. Latihan
ini juga sebagai gambaran awal kepada saya untuk merangka strategi baru bagi mengatasi
konflik sekiranya ada kesulitan dan perkara yang tidak diingini berlaku ketika program
dijalankan. Sebagai contoh interaksi bersama kanak-kanak di Chow Kit mempunyai banyak
strategi sekiranya terdapat masalah tempat perlaksanaan aktiviti seperti hujan iaitu dengan cara
melakukannya di dalam surau. Begitu juga dengan program bersama warga emas di Sepang.
Meskipun tempat telah ditetapkan, kami tetap fleksibel dalam menerima sebarang perubahan
sebagai salah satu strategi yang baharu. Oleh itu saya percaya persiapan dan latihan awal amat
penting untuk mengelakkan berlakunya pertindihan peranan yang mendatangkan konflik yang
besar.
Semasa program
Semasa program dijalankan, kemahiran untuk bersosial dan beradaptasi dengan suasana dan
persekitaran yang baharu adalah perkara yang paling utama sebaik sahaja menjejakkan kaki di
kawasan program dijalankan. Hal ini kerana, untuk menggerakkan suatu program agar berjalan
lancar memerlukan interaksi yang berkesan antara penganjur dan peserta program. Sebagai
contoh, cara komunikasi yang berbeza perlu disesuaikan mengikut keadaan, peringkat umur dan
latar belakang peserta agar setiap informasi yang disalurkan mampu diterima secara optimum.
Selain itu, arahan darpada ketua (pengarah program, majlis tertinggi, ketua unit) juga ada perkara
yang paling penting untuk memastikan setiap orang menjalankan fungsi masing-masing agar
bebanan tugas mampu dikongsi bersama untuk mengelakkan ketidakpuasan hati setiap ahli
jawatankuasa pelaksana program. Sebagai contoh, keberkesanan taklimat ringkas setiap kali
bermulanya suatu aktiviti di dalam program membolehkan aktiviti dijalankan secara teratur
kerana setiap anggota akan melaksanakan tugas tertentu serta mengikut masa yang ditetapkan.
Meskipun ada aktiviti yang tidak mengikut apa yang telah dipersetujui di dalam tentatif program,
namun setiap ahli jawatankuasa pelaksana amat komited untuk menjadi seorang yang fleksibel
dan peka untuk memperbaiki setiap kelompangan yang berlaku. Oleh itu secara keseluruhannya,
bermula daripada awal program sehinggalah ke hari yang terakhir, setiap aktiviti yang dijalankan
berjalan dengan lancar kerana komitmen yang sehabis baik diberikan.
Selepas program
Setelah selesai program jalinan masyarakat yang dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu bersama kanak-
kanak gelandangan di Chow Kit dan warga emas di sepang, selaku salah seorang ahli
jawatankuasa program, saya amat bersyukur kerana hubungan antara ahli lain dilihat semakin
rapat dan intim serta persefahaman lebih mudah dibentuk. Saya percaya bahawa setiap orang
telah meraih pelbagai kemahiran baru terutama kemahiran interpersonal termasuklah kemahiran
komunikasi, lebih berkeyakinan, berani dan bertindak lebih profesional. Bagi saya sendiri, ketika
menghadapi situasi yang menekan terutama ketika ada antara program yang diubah 10 minit
sebelum ianya berlangsung menjadikan saya lebih yakin dan berani kehadapan. Sebagai contoh,
aktiviti ceramah ringkas yang diubah menjadi forum memerlukan saya menjadi moderator
bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan, namun dengan adanya sokongan serta
kepercayaan sahabat iaitu ahli jawatankuasa lainnya, menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk
menggalas tanggungjawab yang diberikan. Komen positif juga diterima daripada pensyarah yang
mengajar kami bahawa kami lebih berketampilan setelah berjaya menguruskan program jalinan
masyarakat. Oleh itu kemahiran-kemahiran yang dipelajari pastinya tidak akan dipersiakan dan
akan digunakan sebaiknya.
(SITI HUSNA BINTI JEFFRY)
Unit Tajaan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment