Refleksi individu (Fawzan)

Sebelum Program

Asalamualaikum dan selamat sejahtera, pertama sekali saya Muhammad
Fawzan Bin Ahmad Faris telah dilantik untuk menjadi salah seorang ahli di
dalam unit tajaan dan hubungan luar. Pada mulanya saya berasa tidak yakin
kerana ini merupakan pengalaman kali pertama untuk bekerja di dalam unit ini.
Ketua unit saya iaitu saudari Halimatun banyak memberi cadangan dan juga
idea untuk mendapatkan sumbangan bagi program INTEGEN 19 di samping
rakan-rakan di dalam unit yang turut membantu berfikir untuk mendapatkan
solusi yang baik. Antara kumpulan sasar yang kami di dalam unit tajaan
sasarkan pada mulanya adalah syarikat-syarikat besar dan juga usahawan. Oleh
itu, perkara pertama yang kami perlu lakukan adalah untuk menyediakan kertas
kerja untuk dihantar kepada syarikat dan juga individu berkaitan. Penyediaan
kertas kerja tajaan juga dibantu oleh majlis tertinggi bagi memastikan tiada
maklumat yang tidak tepat. Apabila proses penyediaan kertas kerja siap maka
kami selaku ahli unit tajaan menghantar email kepada syarikat-syarikat dan
individu yang telah kami sasarkan. Setiap ahli di dalam unit tajaan haruslah
sekurang-kurangnya menghantar dua email kepada syarikat dan melakukan
‘follow up’. Syarikat yang saya sasarkan iaitu Ramly Burger Sdn.Bhd dan juga
Felda cooperation. Kami juga ada melakukan kutipan sumbangan ikhlas
daripada masyarakat untuk program ini. Walaupun sumbangan yang diperoleh
bukan di dalam kuantiti yang banyak tetapi dapat dilihat bahawa masyarakat
juga prihatin terhadap kerja-kerja yang melibatkan komuniti. Untuk syarikat
yang besar kebanyakkannya memberi maklumbalas bahawa mereka menerima
email dan tidak berminat untuk memberikan tajaan. Seterusnya, kami juga
terlibat di dalam Fass Food Festival di mana festival tersebut khas kepada
pelajar di setiap jabatan untuk memperoleh dana tambahan dalam projek Jalinan
Masyarakat. Selain itu, sewaktu perkampungan iaitu tiga hari sebelum
INTEGEN19 bermula tugas unit tajaan adalah lebih kepada membantu unit-unit
yang lain. Sebagai contoh, saya membantu unit program dan kebajikan dalam
proses penyediaan hamper. Semasa perkampungan saya berasa amat seronok
dan teruja walaupun penat dek kerana kepadatan jadual kelas di siang hari.
Kerjasama di antara rakan juga dapat dilihat dengan jelas walaupun terdapat
sedikit konflik yang berlaku tetapi secara keseluruhan masih berjalan mengikut
seperti apa yang dirancangkan.

Semasa Program

Pada hari pertama program, kami semua berkumpul pada jam 6.30 pagi di
hadapan kolej kediaman ketiga dan van yang pertama bergerak ke destinasi
adalah pada jam 6.45 pagi. Setelah tiba kami berkumpul di restoran yang
ditetapkan oleh pihak usiamas. Setelah selesai bersarapan kami diberikan
taklimat oleh Pihak Usiamas dan kami digabungkan bersama sukarelawan yang
hadir. Program dimulakan dengan slot pertama iaitu home helps. Kami telah
dibahagikan kepada tiga kumpulan dan saya di dalam kumpulan dua dan juga
merupakan PIC di dalam kumpulan tersebut. Tugasan saya adalah dalam
memastikan alatan membersihkan rumah seperti penyapu, penyodok dan
cenderahati untuk diberikan kepada tuan rumah mencukupi. Semasa home helps
dapat dilihat bahawa sukarelawan usiamas banyak memberi tunjuk ajar kepada
kami untuk melakukan kerja-kerja dan seterusnya setiap orang mempunyai
tugas yang perlu dibuat. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membersihkan
tingkap rumah, menyapu lantai, mengemas rak, membersihkan halaman rumah,
mencuci tandas dan mengemas dapur. Walaupun penat tetapi saya berasa lega
kerana dapat menolong serba sedikit dalam membersihkan keadaan rumah yang
telah lama tidak dikemas. Setelah selesai dalam aktiviti home helps kami
meneruskan program ke slot seterusnya iaitu home visit dimana kami tidak
mengemas rumah mereka tetapi menyantuni mereka dan bertanya khabar.
Banyak cerita-cerita yang dikongsikan oleh mereka dan boleh menjadikan
pengajaran yang berguna kepada diri saya sendiri pada masa akan datang. Kami
semua berehat untuk makan tengahari dan check in homestay sebelum
meneruskan lagi home helps di waktu petang. Setelah selesai slot home visit
pada waktu petang saya dan kumpulan telah dibawa oleh sukarelawan yang juga
merupakan penduduk di Sg. Pelek untuk meronda kampong dan berkesempatan
untuk singgah di pasar malam disana. Di situ kami dapat berkenalan dengan
lebih lanjut dengan sukarelawan yang membawa kami. Setelah selesai kami
balik semula ke homestay untuk persiapan diri. Pada waktu malam slot
diteruskan lagi dengan malam kebudayaan dan juga bbq. Untuk malam
kebudayaan kami dibahagikan kepada empat kumpulam iaitu pentonim, lakon
semula,manefestasi puisi dan joget lambak. Pada malam itu, dapat dilihat
bahawa pelajar, sukarelawan dan juga warga emas menikmati persembahan
yang dipersembahkan sewaktu malam itu. Setelah malam kebudayaan selesai
kami semua bersama-sama membersihkan semula kawasan homestay seperti
asal dan selepas itu, kami semua terlibat dengan rehearsal untuk majlis
penutupan pada esok hari.

Pada hari kedua program, saya dilantik sebagai floor manager bersama dua
orang rakan lagi iaitu Zulaikha dan juga Anisah. Tugasan saya adalah untuk
memastikan program pada hari itu berjalan dengan lancar. Seawal jam 7.30 pagi
kami semua telah sampai sampai di Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE). Setiap
ahli dilihat melakukan kerja yang diberikan mengikut perancangan. Aktiviti
pada hari tersebut bermula sedikit lewat kerana menunggu penyertaan daripada
warga emas. Aktiviti pagi itu dimulakan dengan senaman pagi dan seterusnya
pemeriksaan kesihatan. Aktiviti diteruskan dengan slot games iaitu untaian
kasih, gegar lidi, musang berjanggut dan akhir sekali ‘nenekku rupawan
tampanya datukku’. Sepanjang aktiviti games dijalankan dapat dilihat bahawa
warga-warga emas yang menyertai games tersebut mereka sangat kompetitif
dan juga berseronok. Person in charge(PIC) yang menjaga setiap games dapat
menyampaikan maklumat dengan baik serta membuat penilaian yang telus dan
adil. Setelah slot games tamat, semua warga emas serta sukarelawan diikuti oleh
pelajar diminta untuk mendengar ted talk yang membincangkan tentang warga
emas. Pengisian di dalam ted talk adalah berguna kepada semua lapisan
masyarakat.Dalam pada itu, terdapat juga pelajar dan sukarelawan yang
ditugaskan dalam penyediaan tempat untuk makan tengahari. Setelah slot ted
talk tamat, program diteruskan dengan upacara majlis penutupan yang
dirasmikan oleh YB Tuan Haji Borhan Bin Alam Shah. Majlis penutupan
berjalan dengan baik walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku
sewaktu tayangan video montage. Sesi berakhir dengan acara pengambilan
gambar oleh unit multimedia dan makan tengahari.

Selepas Program

Kami semua balik ke homestay untuk mengemas barang dan pulang ke
Universiti Malaya pada pukul 4 petang. Setelah sampai di UM kami pulang
semula ke kolej kediaman masing-masing.Terdapat banyak kenangan pahit
manis yang telah tercipta sepanjang INTEGEN19 ini berlangsung dan saya
sendiri dapat merasakan program-program seperti ini amatlah membantu dalam
pembentukan nilai insaniah di dalam diri remaja terutamanya sekali. Usaha
sama dengan pihak Usiamas Malaysia adalah satu pengalaman yang berharga
dimana tidak semua orang mendapat peluang untuk mengadakan aktiviti
khususnya bersama warga emas. Saya juga dapat belajar bagaimana untuk
menyelesaikan masalah dengan cepat apabila sesuatu perkara yang dirancang
tidak mengikut apa yang diharapkan. Oleh itu, saya mengharapkan dengan
berlangsungnya INTEGEN19 ini maka hubungan antara kami pelajar
Pentadbiran dan Keadilan Sosial sesi 2018/2019 akan menjadi lebih erat. Sekian
terima kasih.


(MUHAMMAD FAWZAN BIN AHMAD FARIS)
Unit Tajaan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)