Refleksi individu (Syarifuddin)
LAPORAN REFLEKSI INTEGEN 2019
Laporan ini disediakan adalah untuk memaklumkan refleksi sebelum, semasa dan
selepas berkenaan subjek Jalinan Masyarakat iaitu Program Integrasi Generasi 2019
(INTEGEN 2019). Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
dengan kerjasama Persatuan Usiamas Malaysia. INTEGEN 2019 telah berlangsung di Pusat
Aktiviti Warga Emas, Sepang pada 27 dan 28 April 2019 serta di Lorong Haji Taib pada 4
hari yang berlainan iaitu 22 Mac, 29 Mac, dan 5 April 2019.
Refleksi saya pada sebelum saya melibatkan diri dalam program ini saya berasa
bahawa program ini akan memberi saya pengalaman yang saya tidak perolehi sebelum ini.
Hal ini kerana sebelum ini saya memegang jawatan sebagai ketua unit multimedia. Saya tidak
pernah memegang jawatan yang berkaitan dengan pengurusan teknologi media seperti
membuat blog, mengurus media sosial yang khusus untuk program serta membuat video. Ini
semua adalah perkara baru untuk saya. Pada permulaannnya saya merasakan saya tidak layak
untuk memegang jawatan ini kerana ilmu IT saya amatlah cetek, tetapi dengan usaha,
sokongan yang diberikan oleh rakan dan ahli kumpulan saya, saya mengambil mandat dengan
penuh keberanian yang diberikan oleh pengarah. Ketika itu, saya mengganggap bahawa
pengarah Integen 2019, iaitu saudara Ahmad Zairun B. Sulaiman mempercayai saya dengan
tugasan ini. Tambahan pula, ahli unit yang diketuai oleh saya merupakan rakan-rakan yang
telah saya kenali lebih kurang setahun lebih. Setiap dari mereka mempunyai kemahiran untuk
menjadi seorang unit multimedia. Ketika program Food Festival berlangsung, Jabatan
Pentadbiran dan Keadilan Sosial telah mengambil kesempatan ini untuk mengumpul dana
bagi menjayakan Program Integrasi Generasi 2019. Kami menjual makanan dan minuman,
hasilnya kami mendapat keuntungan terhadap jualan tersebut. Dalam masa yang sama, saya
dapat meningkatkan kemahiran mengurus masa dengan lebih baik kerana Food Festival dan
waktu saya mempunyai kuliah berlaku pada masa yang sama. Saya mematuhi jadual yang
telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi ketika itu untuk menjaga gerai.
Ketika Program Integrasi Generasi berlangsung pada 27 April 2019, saya merasa
berdebar kerana takut jika arahan saya terhadap ahli unit tidak begitu fleksibel terhadap
aktiviti dilakukan. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah aktiviti “Home Helps”. Empat
kumpulan telah dibahagikan oleh pengarah dan setiap ahli kumpulan mempunyai satu ahli
dari unit multimedia. Saya telah menasihatkan mereka tidak hanya memegang kamera sahaja,
bahkan menolong mengemas rumah sekali. Ketika kami telah sampai ke rumah yang telah
dirancang, rumahnya sungguh kesian untuk dilihat. Hal ini kerana rumah itu penuh berhabuk
dan agak kotor. Ini bukan kerana penghuniya malas untuk membersihkan, tetapi kerana
ketidakupayaan mereka kerana kedua-dua penghuni itu merupakan orang kurang upaya.
Apabila saya merasakan selesai mengambil beberapa gambar, saya membantu mereka
membersihkan rumah. Ketika itu, saya teringat akan ibu bapa saya yang berada di rumah dan
merindui mereka. Saya mempelajari bahawa saya perlu sentiasa bersyukur dengan kehidupan
kerana ada manusia yang mengalami nasib lebih teruk dari saya. Setelah selesai mengemas,
kami semua bergambar dan warga emas tersebut mengucapkan terima kasih ke atas khidmat
kami.
Selesai aktiviti pertama iaitu “Home Helps”, kami meneruskan aktiviti seterusnya
iaitu membuat lawatan rumah ke rumah. Pelbagai nasihat yang saya dapat daripada warga
emas ketika itu antaranya belajar rajin-rajin, tidak lupa kepada jasa ibu-bapa dan sentiasa
dekatkan diri dengan tuhan. Nasihat-nasihat ini saya simpan kerana kata-kata ini berguna
untuk saya menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Tambahan
pula, saya merasa amat puas semasa memberi bantuan kerana senyuman yang diukir oleh
warga emas tersebut. Ketika itu, saya belajar bahawa yang memberi lebih baik daripada
menerima. Kesenangan yang dialami sekarang tidak mustahil akan hilang pada masa depan.
Oleh sebab itu, saya mempelajari bahawa saya perlu sentiasa menolong orang yang dalam
kesusahan supaya ada orang lain yang membantu saya pada masa saya dalam kesusahan
nanti. Pada malam kebudayaan, pelbagai persembahan yang telah dipersembahkan iaitu joget
lambak, lakonan semula dan pentomen. Seperti biasa, saya sebagai ketua unit multimedia
menjalankan tanggungjawab saya untuk memastikan setiap persembahan dirakam dengan
bantuan ahli unit multimedia. Di sini, saya meningkatkan kemahiran kepimpinan saya untuk
menganilisis keadaan dan membuat keputusan yang bijak. Saya juga terlibat dalam
persembahan joget lambak, dengan itu saya memastikan bahawa ada ahli yang ditugaskan
untuk merakam persembahan tersebut.
Keesokan harinya, ia merupakan hari terakhir untuk Program Integrasi Generasi 2019.
Banyak aktiviti yang disediakan oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial bagi mereka
yang menghadiri di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Antara aktiviti yang dijalankan
ialah gegar lidi, musang berjanggut dan rantaian berkasih. Aksi-aksi lucu yang ditampilkan
oleh pak cik dan mak cik ketika itu banyak dapat dirakam oleh ahli multimedia. Walaupun
suasana di situ agak kecoh, tetapi ianya dapat dikawal oleh unit protokol dengan baik. Di sini,
saya belajar bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Selang beberapa minit, majlis
penutup diadakan. Majlis penutup disempurnai dengan ucapan daripada ADUN Tanjung
Sepat, YB Tuan Haji Borhan Bin Aman Shah dan wakil pensyarah Jabatan Pentadbiran dan
Keadilan Sosial, Dr. Zaiton Bt. Azman. Pada 22 Mac, 29 Mac, dan 5 April 2019, saya dan
beberapa rakan lain membuat kerja sosial iaitu mengajar anak-anak di Lorong Haji Taib
berkaitan kerohanian. Kebanyakan dari mereka tahu serba sedikit tentang agama akan tetapi
kami mengajar mereka semua tentang asas-asas agama. Mereka sungguh aktif dalam
menjawab soalan dan berlari sana sini. Di sini, saya belajar untuk sentiaa bersabar dalam
membuat sesuatu perkara kerana marah hanya lah mengundang masalah. Kami juga memberi
bantuan makanan dan minuman kepada gelendangan pada malam itu.
Selepas berakhirnya program, saya merasakan Program Integrasi Generasi 2019
banyak memberi impak kepada saya. Pastinya, saya akan merindui kenangan yang saya lalui
bersama rakan seperjuangan saya. Dugaan yang saya hadapi adakalanya berat, adakalanya
mudah, akan tetapi saya berjaya lalui dengan usaha dan pengorbanan. Saya juga dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran insaniah yang lain untuk menjadi
manusia yang lebih sempurna. Saya boleh mengatakan bahawa unit multimedia telah
melakukan tugas dengan baik walaupun menghadapi pelbagai kesulitan. Saya mempelajari
bahawa semangat kerjasama adalah amat penting dalam sesuatu kerja. Jika membuat
keputusan tanpa mendapat persetujuan dari yang lain, ia akan menimbulkan ketidakpuasan
yang pasti akan menggugat kesempurnaan kerja.
Akhir sekali, tanpa sokongan dan semangat daripada rakan seperjuangan dan
penasihat program, Dr. Zaiton Bt. Azman, saya tidak akan berjaya sampai ke tahap ini. Saya
berharap kemahiran yang saya pelajari ketika program ini berlangsung akan berguna pada
masa depan dan alam pekerjaan nanti. Saya ingin berterima kasih kepada Dr. Zaiton kerana
telah membimbing kami, mahasiswa Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial untuk
menjayakan program ini.
(TENGKU SYARIFUDDIN MUDRIK SHARIFADDEEN B. TENGKU SHARIMAN SHARIFADDEEN)
Unit Multimedia
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment