Refleksi individu (Faris)
FASA SEBELUM
Hai dan assalamualaikum semua. Terlebih dahulu, ingin saya
ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zaiton selaku pensyarah
bimbingan Jalinan Masyarakat (JM) Jabatan Pentadbiran dan Keadilan
Sosial (DSAJ) Universiti Malaya Semester 2 sesi 2018/2019 yang banyak
memberi tunjuk ajar pada kami, pelajar tahun pertama jabatan
mengenai perkara dan aktiviti yang perlu dilakukan untuk program
Jalinan Masyarakat ni. Saya selaku ahli biasa Biro Multimedia dan
Publisiti diketuai Tengku Arif bersama dua lagi sahabat seperjuangan,
Piqah dan Izzah. Kami kena buat design baju, poster, banner, tag ID, post
media sosial. Memang banyak perkara yang hasrus diselesaikan namun semangat
kerjasama satu pasukan meringankan beban tersebut. Sebelum JM,
fakulti adakan hari jualan makanan kepada semua jabatan bagi
menyokong serba sedikit program tersebut selama 2 hari. Kami ada
menjual air, makanan ringan, kentang dan marshmallow disalut dengan
coklat. Saya bertungkus-lumus menjual makanan tersebut sampai ke
luar. Alhamdulillah, kami memperoleh modal sebanyak RM100 dan
mengaut keuntungan yang membanggakan berkat usaha kami. Para
senior juga banyak membantu kami dalam jualan tersebut, bahkan
mereka menyerahkan akaun JM DSAJ Instagram dahulu kepada kami
untuk meneruskan legasi INTEGEN. Tidak lupa juga pada staf jabatan
yang turut menyumbang untuk menjayakan lagi jualan kami terutama
sekali Encik Moq yang sudi mempromosikan kek coklatnya.
Sebelum tibanya hari JM, kami berlatih untuk Persembahan
Kebudayaan dan senaman Zumba yang diketuai Aldo. Kami dibahagikan
kepada beberapa kumpulan yang menfokuskan kepada puisi, tarian, dan
lakonan. Kami juga menghias hadiah-hadiah yang berupa makanan
minuman untuk peserta-peserta program di sana. Kami pun tak sabar-
sabar nak habiskan JM ni.
FASA SEMASA
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Kami bertolak di
hadapan Kolej Kediaman Ketiga pada pukul 6 pagi menaiki dua buah van
yang menampung seramai 25 orang pelajar iaitu 6 laki dan 19
perempuan beserta dua orang pemandu. Perjalanan kami mengambil
lebih kurang 2 jam lamanya. Saya pun menjalankan tugas sebagai ahli
Multech dengan mengambil gambar serta video semasa perjalanan dan
semasa program dijalankan menggunakan telefon pintar dan GoPro milik
ketua biro saya. Sepanjang perjalanan, saya terpegun melihat keunikan
kampung2 di sana akan kekreatifan penduduk kampung menghiasi
persekitaran rumah mereka.
Rumah pertama yang dituju ialah sebuah keluarga mak yang
sudah uzur tua bersama dua anaknya yang sudah berusia 40-50-an.
Nenek itu hanya mampu untuk berbaring sahaja. Sebanyak 4 buah
rumah telah kami kunjungi dan kebanyakannya semua nenek itu tinggal
bersendirian di rumah namun dekat dengan saudara atau ahli
keluarganya. Setiap rumah, kami hulurkan bantuan yang telah kami
sediakan untuk yang memerlukan. Mereka sangat-sangat mengalu-
alukan kedatangan dan kepulangan kami sehingga membenarkan kami
mengambil pokok bunga dan daun untuk kegunaan masakan. Sepanjang
itu, hubungan kami dengan peserta persatuan tersebut mulai rapat.
Selepas itu, mereka membawa kami ke pasar malam. Dapatlah kami
mengisi perut sebelum menunggu menjelang malam.
Di sebelah malam pula, kami meraikan Malam Kebudayaan
bersama peserta dengan penuh gembira lebih-lebih lagi masa karaoke.
Kami juga memanggang barbeque ayam, ikan, dan sosej sambil saling
berganti bersama peserta. Keesokan harinya, kami pun melakukan
aktiviti di PAWE bersama peserta dan penduduk kampung di sana.
FASA SELEPAS
Selepas program, kami berasa amat lega kerana telah
menghabiskan JM dengan jayanya. Kami harap dapat menyertai lagi
aktiviti sebegini lagi di masa yang akan datang bersama jabatan.
Meskipun terdapat beberapa kesalahan teknikal, kami amat berpuas hati
kerana telah melakukan sehabis baik unuk program. Saya juga ingin
mengucapkan terima aksih kepada semua Majlis Tertinggi dan Ketua
Biro yang banyak menyempurnakan aktiviti sepanjang JM ini. Tidak lupa
juga pada Dr Zaiton yang sudi hadir pada majlis penutup JM jabatan
walaupun sibuk menguruskan hal lain.
(MUHAMMAD FARIS FARAHI BIN ZAINUDIN)
Unit Multimedia
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment