Refleksi individu (Hafizah)
REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM JALINAN MASYARAKAT
SEBELUM
Program jalinan masyarakat untuk Pelajar Tahun 1 jabatan Pentadbiran Sosial adalah
merupakan kursus Universiti yang wajib dilaksanakan bagi semua pelajar. Bagi persediaan
sebelum, mesyuarat antara pelajar diadakan untuk memilik lokasi dan klien yang
dikehendaki. Setelah itu, perbincangan dilakukan bersama pensyarah penasihat iaitu Dr.
Zaiton. Pada mulanya, kami ingin melakukan Program Jalinan Masyarakat ini bersama
murid-murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih tetapi terdapat pelajar jabatan lain yang
memilih lokasi yang sama. Setelah beberapa kali berbincang, kami memilih untuk melakukan
program bersama warga emas dengan kerjasama Persatuan Usiamas Malaysia. Untuk
mencukupkan jam kredit, aktiviti tambahan juga dilaksanakan di Chow Kit iaitu
mengedarkan sumbangan makanan kepada gelandangan di sana. Aktiviti tersebut
dilaksanakan sebelum program bersama warga emas di Sepang.
Setelah itu, biro-biro dibentuk agar dapat memudahkan lagi urusan. Saya sendiri memilih
untuk menyertai Biro Program. Pada mulanya agak sukar untuk menetapkan aktiviti dan
pengisian yang ingin dilakukan kerana tidak mendapat kata putus dari Pihak Usiamas. Oleh
itu, perancangan aktiviti, masa, bahan yang diperlukan, hadiah dan pelbagai lagi perkara agak
sukar ditentukan dan perancangan dibuat bagi saya adalah pada saat-saat akhir dan tergesa-
gesa. Walau apapun, kami berusaha sehabis baik untuk menyelesaikan semua perkara dengan
bantuan semua orang. Program Jalinan Masyarakat pada kali ini berlangsung di Kampung
Pelek dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Sepang, Selangor. Bagi ahli Biro Program
sendiri, kami membahagikan tugas untuk setiap aktiviti. Cara permainan setiap aktiviti
dijelaskan kepada semua pelajar dan “person-in-charge” dilantik bagi setiap slot dan aktiviti.
Kami juga perlu mencari hadiah dan membalutnya untuk dibawa kesana. Dengan bantuan
semua orang, perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah.
Bagi mencukupkan dana, pelajar jabatan juga telah menyertai Hari Jualan FSSS yang
dianjurkan oleh fakulti. Melalui jualan tersebut, saya dapat mempelajari cara untuk
menguruskan masa, berkomunikasi dengan baik dan pelbagai lagi kemahiran yang amat
penting buat Program Jalinan Masyarakat yang sebenar.
SEMASA
Semasa program berlangsung, bagi aktiviti di Chow Kit, satu pengalaman baharu yang
saya alami kerana tidak pernah merasa untuk berjumpa dengan gelandangan di Chow Kit dan
memberikan sumbangan. Pada mulanya saya agak takut kerana perlu masuk ke lorong-lorong
gelap dan berjumpa manusia dari pelbagai golongan seperti gelandangan, penagih dadah dan
pelayan-pelayan lelaki (pelacur) tetapi sukarelawan yang mengetuai banyak memberi tunjuk
ajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan mereka.
Bagi program di Sepang bersama warga emas pula, program yang berlangsung selama
dua hari dan satu malam itu bermula pada awal pagi Jumaat. Setelah sampai dan bersarapan
di sana, program diteruskan dengan Home Helps iaitu pelajar dan sukarelawan dipecahkan
kepada beberapa kumpulan dan sebuah rumah ditugaskan kepada setiap kumpulan untuk
dibersihkan dan dua buah rumah bagi memberi sedikit sumbangan barangan. Pada waktu
petang pula aktiviti melawat 4 buah rumah lagi bagi berkongsi cerita dan memberikan
sumbangan makanan kepada mereka. Pada malam hari, “barbeque” diadakan bersama
sukarelawan dan warga emas dengan aktiviti malam kebudayaan iaitu joget lambak,
pantonim, deklamasi sajak dan lakonan sketsa. Aktiviti pada malam itu lebih kepada santai
dan seronok. Sejurus habis aktiviti, perjumpaan diadakan bagi perbincangan kali terakhir
untuk aktiviti hari esok dan raptai majlis penutup.
Pada keesokan hari, bermula awal pagi lagi, pendaftaran diadakan buat warga emas dan
sukarelawan. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh wakil pelajar
Universiti Malaya dan wakil daripada Persatuan Usiamas. Selepas itu, sarapan diberikan dan
pameran dan pemeriksaan kesihatan berlangsung. Slot aktiviti permainan seperti Gegar Lidi,
Musang Berjanggut, Datukku Tampan, Nenekku Rupawan dan Untaian Kasih diadakan yang
diketuai oleh wakil ahli biro program bagi setiap aktiviti. Forum yang terdiri daripada wakil
belia, wakil klien, wakil pelajar dan wakil PAWE mengambil tempat sejurus sahaja aktiviti
permainan terakhir berlangsung. Habis sahaja sesi forum, majlis penutup pun bermula. Saya
sendiri menguruskan bahagian hadiah pada majlis penutup tersebut.
Apa yang dapat disimpulkan, sewaktu aktiviti berlangsung bagi kedua-dua hari, saya
belajar untuk sentiasa tenang walaupun penat dan menggunakan cara komunikasi yang
berkesan dengan klien mahupun rakan-rakan. Banyak yang saya belajar dalam waktu ini
kerana ada kalanya perubahan terpaksa dibuat pada saat-saat terakhir dan saya perlu fleksibel
dan pantas berfikir untuk menyesaikan sesuatu isu atau masalah yang timbul sewaktu aktiviti
berlangsung.
SELEPAS
Selepas program berlangsung, tempat yang digunakan perlu dikemaskan kembali dan
segala peralatan yang digunakan perlu dicatit dan dikumpul semula. Kebanyakan pelajar
sudah penat selepas program berlangsung dan perlu segera mengemas barang-barang untuk
bergerak kembali ke university. Ucapan terima kasih terhadap semua pihak tidak dilupakan
kerana telah banyak membantu, berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan program ini.
Walaupun penat, tetapi banyak pengajaran dan kemahiran yang dapat dipelaari dan diasah
melalui program ini. Apa yang saya dapat lihat, kebanyakkan dari kami lebih berani untuk
berkomunikasi dan tidak lagi malu. Selain itu, hubungan antara pelajar juga menjadi lebih
erat dan dapat mengenali karakter rakan-rakan dengan lebih rapat lagi. Saya amat berterima
kasih kepada semua yang terlibat iaitu Dr. Zaiton, jawatankuasa Majlis Tertinggi dan semua
rakan-rakan yang menjayakan program ini. Terima kasih.
(NUR HAFIZAH BINTI MAT YUSUF)
Unit Aturcara dan Protokol
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment