Refleksi individu (Annis)

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI BUKU JALANAN CHOW KIT

Pada 5 April 2019 yang lalu, saya dari Kumpulan 3 dalam subjek Kemahiran Interpersonal
bersama rakan-rakan serta Dr. Noralina mengadakan program kerohanian di Buku Jalan
Chow Kit bersama kanak-kanak gelandangan. Program tersebut dimulakan pada pukul 5
petang hingga 7 petang. Kami sebanyak sembilan orang ahli iaitu Fawzan, Arif, Faris, Aldo,
Halimatun, Fitrah, Annis, Yesi dan Nurul menguruskan program tersebut selama dua jam.
Kami bergerak dari kolej masing-masing pada pukul 4 petang untuk mengelakkan kesesakan
lalu lintas dengan menaiki kereta yang ditempah melalui aplikasi “Grab”. Kami tiba di
destinasi iaitu Buku Jalanan Chow Kit pada pukul 4.45 petang. Setibanya di sana, kami terus
menunaikan solat asar sebelum memulakan program. Terdapat banyak slot dalam program yang kami jalankan. Antaranya adalah slot mengajar doa-doa rinkang kepada kanak-kanak, slot penyampaian cerita, slot mengajar asas-asas solat dan slot fun games. Slot pertama iaitu mengajar doa-doa ringkas kepada kanak-kanak, menyampaikan di dalam bentuk nyanyian supaya kanak-kanak berasa seronok
mendengar doa-doa yang diajar. Selain itu, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
membacakan doa ringkas tersebut apabila sesi mengajar tamat. Tujuannya untuk memberi
pengetahuan kepada kanak-kanak tentang doa-doa ringkas seperti doa makan, tidur dan lain-
lain. Selain itu, mendedahkan kanak-kanak kepada asas pengetahuan dalam kerohanian di
dalam agama islam.

Slot yang kedua adalah penyampaian cerita dalam penerapan nilai-nilai murni dan
tingkahlaku mulia. Tujuannya untuk memberi kanak-kanak pengetahuan kepada cara
bertingkahlaku yang sopan dan beradab. Selain itu, untuk menghasilkan kanak-kanak yang
mempunyai nilai murni di dalam diri apabila berada di dalam kelompok masyarakat. Cara
perlaksanaan adalah kami memberi cerita-cerita yang menarik dan menyelitkan unsur-unsur
murni di dalam penyampaiannya. Selain itu, kami juga perlu menunjukkan tingkahlaku yang
baik ketika bercerita untuk menggalakkan kanak-kanak dapat mengikuti perbuatan tersebut.

Slot yang ketiga adalah mengajar asas-asas solat kepada kanak-kanak. Tujuan untuk
memberi pengetahuan asas solat kepada kanak-kanak untuk menunaikan solat. Selain itu,
mendidik kanak-kanak untuk melakukan solat yang sah. Cara perlaksanaan adalah kami
sebagai penyampai perlu menunjukkan cara-cara solat kepada kanak-kanak di dalam bentuk
praktikal. Selain itu, kami akan memanggil sebahagian kanak-kanak untuk melihat mereka
melakukan praktikal solat.

Slot yang keempat merupakan slot terakhir iaitu fun games. Kami membuat fun
games seperti kotak bertuah dan kraftangan. Cara bermain kotak bertuah adalah dengan
memerlukan sebuah kotak yang berisikan soalan-soalan menarik dan akan dimainkan ketika
lagu dipasang. Apabila lagu diberhentikan, sesiapa yang memegang kotak tersebut akan
mencabut satu soalan dan mereka harus melakukan atau menjawab soalan tersebut untuk
menerima hadiah. Tujuan kotak bertuah ini adalah satu permainan yang bersesuaian ketika
dilakukan di waktu lapang dan akan mewujudkan suasana yang gembira untuk kanak-kanak.
Di dalam kotak tersebut mengandungi soalan-soalan yang membuatkan kanak-kanak berfikir
dan juga melibatkan keberanian di dalam diri mereka. Manakala kraftangan by yourself pula
bahan-bahan utama disediakan oleh kami sendiri bagi mengelakkan kanak-kanak bermain
dengan gunting. Kreativiti kanak-kanak akan tertumpu kepada menyusun dan mencantum
bahan-bahan yang diberikan kepada mereka. Tujuannya untuk mengeluarkan kemahiran
kreativiti kanak-kanak itu sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang berharga untuk diri
mereka sendiri.

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Unit ini bertanggungjawab terhadap peralatan teknikal termasuk menyediakan dan
mengendalikan kemudahan teknikal dan peralatan yang diperlukan dalam majlis. Unit inu
juga bertindak sebagai penyelaras segala hal yang berkaitan teknikal untuk memastikan
kelancaran majlis berlangsung. Unit ini bertanggungjawab untuk menyediakan segala muzik-
muzik semasa majlis berlangsung sama ada muzik iringan, muzik sebelum majlis bermula
mahupun selepas bermula.Tugas-tugas yang dilakukan sebelum program adalah menolong unit program membeli barang-barang di pasaraya berdekatan beberapa hari sebelum program berlangsung.
Selain itu, mencari dana bersama unit tajaan di Kawasan perumahan terdekat seperti di
belakang LRT universiti dua bulan awal sebelum program berlangsung. Seterusnya,
bertanggungjawab untuk mencari lagu bagi sesi karoeke dan muzik semasa majlis
berlangsung sama ada muzik iringan, muzik sebelum majlis bermula dan selepas bermula. Di
samping itu, membantu unit program membalut hadiah dan cenderamata serta membuat
latihan senamrobik di cube kolej kediaman ketiga. Akhir sekali, acara raptai dilakukan agar
tidak mempunyai masalah teknikal semasa program berlangsung serta menguruskan hal
pengangkutan, terutama tempahan van untuk kemudahan mengangkut barang serta pelajar.
Semasa program berlangsung pada 28 April, sebelum majlis bermula perlu
mengendalikan PA sistem untuk memastikan kelancaran sebelum program berlangsung.
Selain itu, memastikan barang-barang yang dipegang oleh unit logistik untuk di bawa ke
tempat kejadian mencukupi. Selain itu, memastikan lagu-lagu penting seperti Negaraku,
Negeri Selangor dan Universiti Malaya dimain dengan lancar. Akhir sekali, selepas majlis
penutup mengemas barang-barang yang digunakan sepanjang majlis berlangsung contohnya
menyimpan kerusi, membersihkan kawasan persekitaran dan lain-lain lagi.
Selepas program dilangsungkan pada petang itu, mengemas barang-barang yang perlu
dibawa pulang semula. Selain itu, memastikan van sampai ke tempat penginapan (homestay)
tepat pada waktunya. Seterusnya, memastikan barang-barang di tempat penginapan tidak
ditinggalkan dan memastikan bilangan pelajar mencukupi sebelum pulang.


(ANNIS ARISYA BINTI ROSMANDI)
Unit Logistik dan Teknikal
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)