Pengenalan Integen 2019 (Jalinan Masyarakat)

                Projek INTEGEN 2019 merupakan projek pelajar Tahap Awal Jabatan Pentadbiran dan
Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya bagi memenuhi
kursus wajib universiti iaitu kursus Jalinan Masyarakat (Social Engagement). INTEGEN
merupakan gabungan perkataan antara integrasi dan generasi yang membawa maksud
yang luas dalam konteks memberi khidmat kepada masyarakat bermula dari golongan
kanak-kanak sehinggalah kepada golongan yang lebih tua iaitu warga emas. Oleh hal
yang demikian, program Jalinan Masyarakat (INTEGEN 2019) ini memfokuskan kepada
tiga golongan klien iaitu warga emas, kanak-kanak, dan golongan gelandangan. Klien
yang difokuskan itu secara tidak langsung memperlihatkan klien yang bermula dari kanakkanak
itu sendiri sehinggalah kepada golongan yang lebih tua. Pengintegrasian antara
generasi klien yang difokuskan ini amatlah penting dalam proses menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju dan mapan terutama dari aspek sosial.


               Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara langsung
mahupun tidak langsung dari segi mendidik anak-anak sehingga menjadi seorang insan
yang berguna kepada negara. Bukan itu sahaja, mereka juga seharusnya dihormati dan
sentiasa dihargai kerana telah banyak menyumbang terhadap bangsa dan negara Dalam
pada itu, kanak-kanak pula merupakan insan yang seharusnya diberi perhatian kerana
mereka merupakan salah satu aset dalam negara kita dari segi modal insan yang bakal
menentukan masa hadapan negara kita. Seterusnya, golongan gelandangan merupaan
insan yang kurang bernasib baik dan kita seharusnya mempunyai rasa kemanusiaan
terhadap golongan yang malang ini. Oleh hal yang demikian, melalui program ini
mahasiswa akan berusaha untuk memberikan khidmat kemasyarakatan kepada tiga
golongan ini dengan cara mengambil langkah yang efektif dengan memberikan layanan,
pengetahuan dan kemahiran serta serta pengurusan yang baik agar program ini dapat
memberi kesan positif yang mendalam terhadap golongan ini dalam tempoh jangka masa panjang.





              Dalam pada itu, kerjasama daripada pihak Universiti Malaya dan Persatuan
Kebajikan UsiaMas Malaysia dalam menjayakan program ini amatlah bermakna kepada
diri mahasiswa sendiri. Hal ini demikian kerana Persatuan Kebajikan UsiaMas Malaysia
mempunyai ramai sukarelawan yang dapat membantu kami dalam usaha untuk samasama
menjayakan program ini. Bukan itu sahaja, pengalaman yang dimiliki oleh mereka
juga akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam diri mahasiswa untuk terus belajar dan
mengasah kemahiran dalam konteks memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya kepada golongan warga emas. Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta matlamat utama program ini dalam memberi khidmat kepada masyarakat dapat dicapai

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)