Refleksi individu (Zulaika)

Assalamualaikum nama saya ialah Nur Zulaika binti Zuriyata, no matrik AIJ180014.
Saya adalah merupakan pelajar tahun satu Pentadbiran sosial dan Keadilan sosial. Tujuan
saya menulis refleksi ini adalah untuk memberi pendapat saya tentang apa yang saya dapat
melalui program jalinan masyarakat yang telah diadakan di Chow Kit dan di Sepang
Selangor. Tujuan kami mengadakan aktiviti jalinan masyarakat ini adalah untuk
melengkapkan jumlah jam kredit kami. Kami telah ditugaskan untuk keluar dari Universiti
Malaya dan mengadakan aktiviti bersama dengan komuniti masyarakat. Justeru itu, Chow Kit
dan Sepang Selangor telah menjadi pilihan destinasi kami untuk menjalankan aktiviti yang
bersifat kemasyarakatan di sana. Walaupun pada awalnya agak suka untuk kami memilih
tempat untuk mengadakan aktiviti ini akibat daripada masalah pertindahan dengan fakulti lain
namun masalah tersebut berjaya kami atasi.

Saya mulakan dengan aktiviti khidmat masyarakat kami di Chow Kit terlebih dahulu.
Golongan sasar kami di Chow kit adalah golongan yang terdiri daripada kanak-kanak, orang
tua,penagih dadah, dan golongan gelandangan. Sebelum pergi ke sana kami telah ditugaskan
untuk membahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 9 orang dalam
satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan dengan tajuk tugasan masing-masing. Saya dan
kumpulan saya daripada kumpulan kedua telah mendapat tajuk nilai murni. Kami perlu
melakukan aktiviti dengan kanak-kanak di sana dengan berkonsepkan nilai murni. Pada
tarikh 22 haribulan 3 hari jumaat kumpulan satu terlebih dahulu pergi ke sana untuk
melakukan program Bersama komuniti disitu. Manakala pada hari jumaat seterusnya giliran
kumpulan saya pula yang pergi ke sana. Kami telah bertolak ke sana dari UM pada pukul 4.30 petang kerana mengikut tentatif pukul 5 kami seharusnya sudah sedia untuk melakukan aktiviti bersama kanak-kanak di sana. Kami sekumpulan ke sana dengan menaiki grab. Kami tiba di sana pada pukul 5 petang.

Namun begitu aktiviti kami terpaksa dimulakan dengan lambat disebabkan kami perlu
menunggu sukarelawan di sana untuk memanggil kanak-kanak di Chow Kit untuk
berkumpul. Tepat pukul 5.15 kami mula melakukan aktiviti bersama kanak-kanak di sana.
Sukarelawan di sana mula membentangkan tikar di depan sebuah kedai makan. Keadaan di
sana sangat sungguh merisaukan kami kerana tempat yang akan kami lakukan aktiviti adalah
betul-betul di tepi jalan raya yang penuh dengan kereta dan motor lalu Lalang. Perkara yang
merisaukan kami adalah keselamatan kanak-kanak di sana. Ada dalam kalangan mereka yang
degil dan tidak mahu dengar cakap dan berlari- lari Bersama dengan kawan mereka. Hal ini
menyebabkan susah jugaklah untuk kami melakukan aktiviti pada awalnya. Namun begitu
dengan kemahiran komunikasi yang telah kami pelajari telah berjaya kami praktikan bersama
kanak-kanak di situ.

Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah ice breaking. Setiap
peserta perlu memperkenalkan diri mereka masing-masing. Dimulakan dengan kami terlebih
dahulu dan diikuti oleh kanak-kanak tersebut. Tujuan kami melakukan ice breaking adalah
untuk mengelakkan perasaan malu dalam diri kanak-kanak tersebut begitu juga dengan ahli
kumpulan kami. Selasai ice breaking diteruskan pula dengan aktiviti seterusnya iaitu
menyanyi lagu “menyanyi lagu sahabat selamanya“ secara beramai-ramai. Nilai murni yang
Berjaya kami terapkan dalam diri kanak-kanak di Chow kit adalah nilai kasih sayang iaitu
saying menyayangi antara kalangan mereka. Aktiviti itu berjalan selama 15 minit sahaja dan
diteruskan pula dengan aktiviti melukis berdasarkan empat topik yang diberi. Kanak-kanak di
situ dikehendaki untuk melukis empat topik iaitu makanan kegemaran, haiwan kesayangan,
buah kesukaan dan bunga yang digemari. Selesai kami sebagai fasilitator akan memanggil
nama sorang-sorang kanak-kanak untuk tampil ke hadapan untuk menjelaskan kepada kawan
mereka apa dan kenapa mereka memilih untuk melukis gambar tersebut. Dari situ saya dan
rakan-rakan yang lain dapat lihat bahawa , sikap berani untuk berucap di khalayak ramai ada
dalam diri setiap kanak-kanak di situ. Selain itu, diteruskan pula dengan aktiviti permainan
cikgu kata. Mahasiswa UM akan memberi arahan seperti “cikgu kata pegang hidung” dan
anggota-anggota lain. Sesiapa yang gagal mengikut arahan akan dipanggil ke hadapan dan
melakukan denda yang dicadangkan oleh peserta lain. Aktiviti tersebut berjaya menguji
kepekaan setiap peserta terhadap arahan yang diberi. Selesai aktiviti itu, kami mula
mengagihkan sedikit buah tangan kepada kanak-kanak disitu.

Pada sebelah malam pula kami telah menyatuni gelandangan di situ dengan memberi
makanan kepada mereka. Hasil daripada aktiviti tersebut banyak input yang saya perolehi.
Antara input yang saya dapat adalah kita janganlah cepat menilai dan membuat andaian
sendiri tentang individu yang tinggal di tepi-tepi jalan itu. Hal ini kerana ada sebab dan
mengapa mereka boleh jadi seperti itu. Oleh itu, kita mestilah cuba dahulu dekat dengan
mereka dan cuba lahirkan perasaan empati dalam diri. Dengan cari begitu baru kita dapat rasa
apa yang mereka rasa.

Habis sahaja program di Chow Kit diteruskan pula dengan program di Sepang,
Selangor. Program disana telah berlangsung selama 2 hari. Saya telah diamanahkan untuk
menjadi ketua bagi unit atur cara & protokol. Sebelum pergi ke sana saya dan empat rakan
yang lain di bawah biro yang sama telah berbincang apa aktiviti yang sesuai untuk kami
laksanakan semasa berada di sana. Aktiviti yang dirancang haruslah bersesuaian dengan
warga emas. Program ini juga telah bekerjasama dengan pihak USIAMAS dan PAWE. Pada
awalnya, banyak jugaklah aktiviti yang kami rancang untuk lakukan Bersama warga emas di
sana namun telah ditolak dan diubah oleh pihak USIAMAS sendiri. Namun begitu, setelah
banyak kali mengadakan mesyuarat akhirnya kata sepakat telah dicapai. Antara aktiviti yang
telah diadakan ialah senamrobik, malam kebudayaan, BBQ, gegar lidi, musang berjanggut,
Nenekku rupawan, tampannya datukku, khidmat bantu dirumah dan lawatan sharing session
bersama warga emas di sana.

Pada hari pertama misalnya, aktiviti lawatan ke rumah mengalami masalah sedikit.
Masalah yang dihadapi ialah ada klien yang tiada di rumah, masalah pengangkutan dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan banyak masa telah dibuang sebegitu sahaja. Pada sebelah
malam pula, aktiviti malam kebudayaan dan BBQ telah berjalan dengan lancer sekali.
Sukarelawan dan mahasiswa UM telah menunjukkan komitmen dengan turut serta dala setiap
aktivitit yang dijalankan. Hubungan yang erat juga telah dicapai dalam kalangan sukarelawan
dan pelajar UM begitu juga dalam kalangan pelajar UM sendiri. Kami semua bekerjasama
dalam membakar ayam. Perkara sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami.
Pada malam itu juga, selesai malam kebudayaan, aktiviti karaoke juga dilaksanakan. Ramai
pelajar dan sukarelawan menunjukkan bakat nyanyian mereka tanpa segan silu. Aktiviti ini
menaikkan lagi suasana kemeriahan pada malam itu.

Pada hari kedua pula iaitu hari terakhir kami di sepang, semua aktiviti yang dirancang
telah berjalan lancer. Walaupu semasa aktiviti senamrobik terpaksa disingkatkan waktunya
disebabkan oleh kelewatan PA system. Namun begitu aktiviti masih berjalan mengikut masa
yang ditetapkan. Selepas selesai semua aktiviti diteruskan pula dengan ucapan wakil daripada
UM Dr Zaiton , YB Sepang dan wakil daripada USIAMAS. Sesi penyampaian hadiah pula
diteruskan. Apabila selesai kami semua telah dijamu dengan makanan yang dipanggil nasi
ambek. Makanan tersebut disediakan dalam satu dulang dan makan beramai-ramai. Selesai
mengemas kami semua pulang ke homestay dan mengemas barang untuk pulang ke UM.

Kesimpulannya, hasil daripada aktiviti JM ini telah banyak mengajar kami khususnya
saya sendiri bahawa amalan bekerjasama antara satu sama lain sangat penting. Hal ini kerana
jika nilai tersebut tidak diterapkan dalam diri masing-masing aktiviti sebegini tidak akan
berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat sedikit koflik dan masalah antara
pelajar dan pihak disana namun perkara sebegitu dianggap perkara yang biasa berlaku apabila
melakukan sesuatu program. Hal ini kerana setiap individu mempunyai pendapat dan cara
pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Saya berharap akan ada lagi aktiviti sebegini
pada masa akan yang akan banyak lagi melibatkan masyarakat tidak kira tua, muda, agama
dan sebagainya. Jika tiada program sebegini kita khususnya pelajar tidak akan mampu nilai
tahap diri kita dalam menguruskan sebuah program yang besar. Sekian sahaja refleksi
daripada saya sepanjang aktiviti jalinan masyarakat berlangsung.


(NUR ZULAIKA BINTI ZURIYATA)
Unit Aturcara dan Protokol
Jabatan Penadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)