Refleksi individu (Hamimi)
Bismillahirrahmanirrahim. Tiada kata seindah kalam Alhamdulillah bagi
menggambarkan betapa syukurnya saya kerana telahpun berjaya menjalankan Program
Jalinan Masyarakat sesi 2018/2019 di bawah payung Integrasi Generasi ataupun InteGen 19’
seperti yang kami rancangkan. Setinggi-tinggi penghargaan saya utuskan buat penyelaras
kursus ini iaitu Dr. Zaiton Binti Azman yang tidak lokek berkongsi ilmu dan memberi nasihat
sepanjang proses menjayakan program ini. Saya telah diberi amanah sebagai Timbalan
Pengarah untuk program ini dan sejujurnya amanah ini dirasakan amat berat untuk saya
laksanakan. Namun begitu, berkat tunjuk ajar dan dorongan insan di sekeliling saya, saya
berasa saya telah berjaya menggendong amanah ini dengan baik.
Sebelum program ini berlangsung, kami telah memulakan gerak kerja semenjak
semester pertama, kami telah mula merangka pelbagai strategi selain menyenaraikan lokasi-
lokasi yang sesuai untuk kami jalankan program ini malah terdapat juga pelbagai prosedur
yang perlu kami lalui, misalnya dengan menyiapkan kertas kerja, bersua muka dengan pihak
yang akan kami bekerjasama, melakukan lawatan ke tapak program atau site visit dan
pelbagai lagi. Setelah mendapat saranan dan sokongan daripada semua, kami telahpun
membuat keputusan untuk menyahut cabaran dengan menjalankan aktiviti bersama kanak-
kanak gelandangan di Chow Kit dan bersama warga emas di Sepang, Selangor. Beberapa
mesyuarat telah diadakan dengan pihak yang kami kolaborasi iaitu Persatuan Kebajikan
UsiaMas Malaysia, melalui kolaborasi ini, secara tidak langsung, saya belajar mengenai
bagaimana untuk berunding dan mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-
dua pihak. Sejujurnya, terdapat beberapa konflik yang wujud semasa proses menjayakan
program ini, konflik daripada aspek dana yang tidak mencukupi pada asalnya, kerjasama dan
beberapa konflik lain. Namun begitu, saya yakin konflik yang berlaku merupakan satu elemen
penting yang membolehkan kami semua belajar mengenai toleransi, sikap keterbukaan, saling
memahami dan saling menyokong antara satu sama lain. Tidak keterlaluan untuk saya katakan
bahawa konflik yang berlaku menjadikan kami lebih baik daripada yang sebelumnya. Konflik
yang berlaku antara kami diselesaikan dengan menjalankan perjumpaan di mana masing-
masing meluahkan segala yang terpendam dan bersama-sama menyelesaikan konflik yang
ada.
Semasa program berlangsung, saya dapat melihat fleksibiliti yang terdapat dalam diri
setiap rakan-rakan saya. Kami berjaya mengadaptasi dengan perubahan-perubahan atau
kejadian luar jangka yang berlaku. Misalnya, semasa aktiviti di Chow Kit, kami agak terkejut
pada asalnya kerana jangkaan kami mengenai lokasi meleset sama sekali. Kami
menjangkakan akan melakukan aktiviti di dalam dewan atau bangunan, tetapi semasa waktu
kejadian, lokasi yang disediakan adalah di simpang jalan. Perkara seperti ini mengajar saya
untuk sentiasa bersikap fleksibel dan segera menyesuaikan diri dengan keadaan luar jangka.
Malah, ketika di Sepang, terdapat beberapa perubahan yang berlaku, namun begitu, saya
dapat melihat bahawa setiap perubahan yang berlaku dapat kami adaptasi dengan baik.
Selepas program berlangsung, dapat saya rumuskan bahawa setiap individu yang
terlibat dalam program ini memainkan peranan yang sangat penting dan setiap seorang
daripada kami memiliki keunikan yang tersendiri. Meskipun kepenatan, tetapi kebahagiaan
dan kepuasan yang kami peroleh merupakan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-
kata. Komitmen yang diberikan oleh setiap orang dalam menjalankan setiap amanah
merupakan kunci penting kepada kejayaan program ini.
Pada pandangan saya, aktiviti Jalinan Masyarakat merupakan sebuah aktiviti atau
program yang telah memberi saya pelbagai pengajaran serta ilmu pengetahuan yang berguna.
Program ini memberi saya satu perspektif yang baharu mengenai setiap apa yang berlaku di
sekeliling saya. Malah, saya merasakan hubungan antara rakan sekelas semakin erat dan
persefahaman antara kami juga semakin baik. Saya belajar mengenai bagaimana untuk
memahami keadaan atau kesulitan yang dialami oleh insan di sekeliling selain membuka mata
saya untuk menilai kehidupan daripada sudut yang berbeza. Sebagai seorang yang menggalas
jawatan penting dalam program ini, saya dapati kemahiran saya untuk mengarah, berunding,
bertoleransi dan kemahiran kebolehsuaian semakin meningkat. Saya juga belajar bahawa saya
perlu menjadi seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa bersikap positif selain tidak
memandang sesuatu cabaran itu sebagai titik penamat sesuatu perkara. Malah, program ini
turut mengajar saya untuk cakna dengan setiap perkara yang berlaku dan sentiasa berupaya
untuk memikirkan solusi dengan segera. Sebagai contoh, semasa hari kejadian, terdapat
beberapa perkara luar jangka yang berlaku dan hal ini memerlukan saya untuk sentiasa
bersedia dan sentiasa mempunyai maklumat yang diperlukan apabila dirujuk oleh rakan-
rakan.
Aktiviti yang paling bermakna pada saya adalah semasa kami menjalankan Khidmat
Bantu di Rumah (Homehelps), slot ini menyedarkan saya betapa pentingnya untuk kita
menjaga kebajikan warga emas dan menghargai mereka. Kesusahan yang mereka alami
membuatkan saya berasa sedih dan sebak kerana tidak berupaya untuk melakukan lebih bagi
membantu warga emas tersebut. Program ini turut memberi kesedaran kepada saya bahawa
dalam menjalankan program, nilai kerjasama, empati dan sikap saling memahami antara satu
sama lain adalah elemen yang sangat penting. Melalui program ini juga, saya semakin
berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kerana melihat orang
lain gembira dan memperoleh manfaat merupakan sesuatu yang sangat membahagiakan bagi
saya. Saya akhiri penulisan ini dengan dua rangkap pantun yang saya rangkapkan sendiri,
Jalan berlimpas mengusung tembaga,
Mencari rumbai di hutan Kali,
Warga emas ‘harta’ berharga,
Usah diabai kelak sesali.
Beras ditanak di negeri Betawi,
Daun keladi dilayur kelak,
Anak-anak harapan pertiwi.
Diasuh berbudi lengkap berakhlak.
(HAMIMI AMIRAH BINTI ZULKIFLI)
Majlis Tertinggi
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment