INTEGEN 2019 di Lorong Haji Taib
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
dengan kerjasama Persatuan Usiamas Malaysia. INTEGEN 2019 telah berlangsung di
Pusat Aktiviti Warga Emas, Sepang pada 27 dan 28 April 2019 serta di Lorong
Haji Taib pada 3 hari yang berlainan iaitu 22 Mac, 29 Mac, dan 5 April 2019. Pelbagai aktiviti yang telah disediakan untuk klien-klien yang terlibat.
Di Lorong Haji Taib, klien merupakan kanak-kanak gelendangan. Kanak-kanak ini telah dibesarkan di persekitaraan yang tidak sesuai untuk mereka. Kedatangan Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial membuat aktiviti bersama mereka membuatkan mereka merasa dihargai. Jabatan ini menekankan pelbagai topik untuk diserapkan kepada klien mereka seperti kebersihan, kerohanian, dan pelbagai lagi nilai murni. Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti bersama mereka.
Kanak-kanak kecil ini telah memberi respon yang baik dengan aktiviti yang dilakukan oleh jabatan. Walaupun agak haru biru, tetapi mereka seronok melakukan aktiviti. Stlh habis brsama kanak-kanak tersebut, kami meneruskan aktivti kami iaitu memberi bantuan makanan kepada gelendangan. Ia merupakan pengalaman baru kepada kami untuk merasai suasana persekitaraan sebegitu.
Berikut adalah gambar-gambar kami ketika aktiviti tersebut berlangsung.

Comments
Post a Comment