INTEGEN 2019 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

            Pada pagi yang hening bertarikh 28/4/2019 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), aktiviti pertama ialah senamrobik bertujuan menyegarkan badan.







          Kemudian, wakil dari Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial bersama beberapa warga emas terlibat dalam aktiviti ini iaitu Musang Berjanggut. Cara bermainnya ialah dengan mengasingkan bahan dan mengumpulnya pada jenis yang betul.







           Kemudian, aktiviti gegar lidi. Cara bermainnya ialah mengasingkan lidi satu per satu tanpa menggerakkan lidi yang lain.





          Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah "Rantaian Kasih". Cara bermainnya ialah dengan menyambung klip kertas sehingga sepanjang yang boleh.







           Aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu aktiviti "NENEKKU RUPAWAN, TAMPANNYA DATUKKU". Wakil dari Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial bersama beberapa warga emas terlibat dalam aktiviti ini.. Cara bermainnya ialah dengan menghias diri dengan bantuan ahli kumpulan.








            Dengan kehadiran KOSPEN daerah  dalam Pogram INTEGEN 19, mereka memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma ketika itu.





             Setelah selesai aktiviti fisikal, slot diteruskan dengan forum Inter-Generasi. Barisan panle terdiri daripada orang-orang yang hebat.






       Usai sudah forum, maka tidak lengkap lah program tanpa majlis penutup. Majlis penutup disempurnai dengan ucapan daripada ADUN Tanjung Sepat, YB. Tuan Haji Borhan Bin Aman Shah dan wakil pensyarah Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Dr. Zaiton Bt. Azman.





                  Pelbagai memori yang telah disimpan oleh kami. Moga program ini dapat memberi impak yang besar kepada masyarakat.


Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)