Refleksi individu (Anisah)

LAPORAN REFLEKSI

Laporan refleksi ini adalah berkenaan dengan refleksi sebelum, semasa dan selepas
program Jalinan Masyarakat: InteGen 2019 diadakan. Program ini telah berlangsung di Pusat
Aktivti Warga Emas, Sepang dan di Kawasan Hulu Chu Choh, Sepang dengan kerjasama
bersama pihak Pusat Kebajikan Usiamas Malaysia pada 27 dan 28 April 2019 serta bersama
kanak-kanak Chow Kit yang diadakan di Lorong Haji Taib 1 pada 22 Mac, 29 Mac dan 5
April 2019.

Refleksi saya pada sebelum program ini dijalankan ialah program ini dapat memberi
saya satu pengalaman yang baru dalam mengendalikan tugasan terutamanya tugasan yang
berkaitan dengan kertas kerja, sijil dan surat menyurat. Hal ini kerana, saya memegang
jawatan sebagai penolong setiausaha di dalam program ini merupakan satu pengalaman yang
pertama saya. Terdapat banyak pengetahuan mengenai tugasan sebenar sebagai penolong
setiuasaha yang telah dapat saya perolehi daripada sokongan rakan-rakan saya, pengarah,
serta daripada Dr. Zaiton. Selain daripada melakukan tugasan-tugasan tersebut, saya juga
telah mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam mengorganisasikan setiap jawatan yang
ada dalam organisasi ini agar setiap unit menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Saya
juga telah mendapat pengalaman dan meningkatkan kemahiran insaniah saya ketika
berhubung dengan orang luar dengan baik ketika kami semua terlibat dalam program yang
dianjurkan oleh Fakulti Sastera dan Sains sosial iaitu Food Festival di Fsss yang bertujuan
untuk membantu mendapatkan dana tambahan untuk program Jalinan Masyarakat bagi semua
pelajar tahun 1. Ketika program Food festival ini berlangsung, saya telah memperlajari
kemahiran komunikasi yang baik ketika mempromosikan makanan kami kepada pelanggan
serta saya juga mendapat pengetahuan dalam menguruskan pembahagian waktu untuk pelajar
tahap awal pentadbiran sosial dan keadilan.

Semasa program dijalankan telah memberikan saya pengetahuan yang baru dalam
memahami makna kehidupan yang sebenar. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman saya
ketika dalam program home helps bersama-sama dengan sukarelawan UsiaMas ini telah
mengajar saya untuk bersyukur dengan apa sahaja yang saya ada pada sekeliling saya serta
untuk menanyangi ibu bapa. Saya juga telah mendapat nasihat daripada sukarelawan ketika
program dijalankan iaitu “walaupun kami sudah berjaya, kasih ibu dan ayah jangan
dilupakan” .Itu adalah salah satu pesanan daripada seorang sukarelawan kepada saya dan
rakan-rakan saya yang bakal diingati serta dipatuhi. Selain itu, bukan sahaja melalui program
home helps malah saya juga memperolehi kesedaran sosial mengenai golongan kanak-kanak
dan golongan gelandangan di kawasan chow kit yang telah kami adakan pada 22 Mac, 29
Mac dan 5 April 2019. Melalui pengalaman ini, saya telah mendapat kesedaran mengenai
nasib golongan gelandangan dan kanak-kanak ini yang patut kita memberi perhatian yang
lebih kerana mereka adalah golongan yang perlu diberi bantuan agar dapat membantu mereka
dalam memenuhi keperluan mereka seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian.
Sebagai seorang insan yang sempurna, haruslah kita memberi kasih sayang dan perhatian
yang lebih kepada mereka agar mereka tidak berasa tersisih daripada orang lain.
Selain itu, saya juga dapat memperolehi pengetahuan daripada seorang sukarelawan
ketika dalam program home helps dari segi cara beliau mengendalikan kerja sosial itu sendiri
serta pengalaman beliau dalam bidang sukarelawan. Beliau telah mengatakan bahawa beliau
melibatkan diri dengan bidang sukarelawan ini adalah untuk menghubung dengan dunia luar
dari skop kerja pejabat serta untuk membantu orang-orang yang berkeperluan. Hal ini juga
telah mengajar bahawa untuk menjadi orang sukarelawan hendaklah mempunyai fizikal dan
mental yang kuat ketika berhadapan dengan klien. Di samping itu, saya juga dapat
pengalaman untuk berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang ramai. Hal ini telah
membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi saya secara tidak langsung saya
juga dapat memperolehi pengetahuan mengenai kerja sosial. Saya juga dapat berpeluang
untuk mengenali Datuk Rohaini ketika beliau mentanda tangani sijil-sijil untuk sukarelawan
dan pelajar pentadbiran sosial dan keadilan. Datuk Rohaini merupakan orang yang baik dan
sangat merendah diri dan saya gembira ketika berjumpa dengannya. Walaupun ada sedikit
perasaan malu dan segan ketika berinteraksi dengannya akan tetapi Datuk Rohaini melayan
saya dengan sangat baik sehingga saya kurang perasaan malu dan segan. Saya juga
berpeluang mendapat pengalaman dan pengetahuan sebagai pengurus lantai (floor manager)
semasa hari kedua program mengenai cara untuk memastikan segala peralatan dan pekara
yang berkaitan dengan aturcara seperti kedudukan meja pendaftaran yang sesuai untuk
ditempatkan ketika dalam program tersebut.

Seterusnya, selepas program ini dijalankan, saya telah memperolehi satu pengalaman
dan pengetahuan yang baru seperti berinteraksi dengan orang ramai, memperolehi
pengetahuan mengenai erti kehidupan yang sebenar, mengenai kerjasama dalam berpasukan
ketika dalam menjayakan program ini dan pengetahuan mengenai tugasan yang sebenar. Saya
juga berasa amat bersyukur kerana program ini telah berlangsung dengan jayanya bersama-
sama dengan kerjasama yang kuat diantara rakan-rakan saya yang terlibat dalam program ini.
Walaupun berasa penat, akan tetapi saya bakal merindui segala memori bersama dengan
rakan-rakan saya serta saya akan merindui pengalaman bekerja bersama sukarelawan.
Akhir sekali, saya amatlah berharap agar saya dapat menggunakan pengetahuan saya
yang telah diperolehi melalui program ini pada masa alam pekerjaan saya nanti. Saya juga
ingin berterima kasih kepada Dr.Zaiton kerana sentiasa memberi tunjuk ajar, membimbing
serta memberi sokongan terhadap program ini serta kepada rakan-rakan saya kerana memberi
sokongan dan kerjasama yang baik pada sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.


(NOR ANISAH BINTI KAMARULZAMAN)
Penolong Setiausaha
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)