Refleksi individu (Sakinah)
REFLEKSI DIRI JALINAN MASYARAKAT
Saya telah mengambil kursus Jalinan Masyarakat bagi semester kali ini dan terdapat pelbagai
proses yang telah dilalui sama ada sebelum, semasa dan selepas. Sebelum berlakunya
program Jalinan Masyarakat ini, pelbagai persediaan dari segi mental dan fizikal telah
dipersiapkan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa unit untuk melancarkan gerak kerja
kami dimulai dengan ahli-ahli majlis tertinggi iaitu pengarah, timbalan pengarah, setiausaha
dan bendahari. Bagi sokongan pula terdapat unit kebajikan dan logistik, unit tajaan dan
hubungan luar, unit protokol, unit kebajikan dan keselamatan, unit publisiti dan multimedia
dan tidak dilupakan unit logistik. Sebagai ahli dalam unit tajaan dan hubungan luar, kami
telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan dana bagi memastikan program jalinan
masyarakat ini dapat dilaksanakan. Proses permulaan kami dimulai dengan penyenaraian
pihak yang berpotensi untuk memberi sumbangan atau tajaan dan seterusnya kami
bekerjasama antara ahli untuk menyiapkan kertas kerja pemasaran tajaan. Ini merupakan
pengalaman yang berharga dan amat mencabar bagi kami kerana kebanyakan daripada ahli
tidak pernah terlibat dalam proses mendapatkan tajaan dan ini merupakan pengalaman kami
buat kali yang pertama.
Jadi inisistif yang kami lakukan untuk mengetahui gerak kerja unit tajaan dan hubungan luar
ialah dengan bertanya kepada senior yang telah melalui pengalaman mengendalikan program
Jalinan Masyarakat sebelumnya. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan
saya iaitu Amir Firdaus bin Eddie Rosyadie daripada Fakulti Kejuruteraan yang telah menjadi
mentor saya untuk menyiapkan kertas kerja pemasaran tajaan. Kertas kerja pemasaran tajaan
merupakan antara perkara yang paling penting dilakukan sebelum meneruskan langkah
seterusnya untuk mencari tajaan. Tidak lupa juga kepada rakan baik saya iaitu Tengku
Sharifuddin Mudrik Sharifadden daripada unit publisiti dan multimedia yang telah membantu
mendapatkan tajaan daripada Yayasan Bank Rakyat . Beliau dan beberapa rakan saya
daripada unit lain juga telah sama-sama membantu unit tajaan meraih sumbangan orang
ramai yang dinamakan sebagai “Flat Hunting “di kawasan Pantai Dalam. Antara gerak kerja
yang telah dilakukan oleh unit tajaan ialah menghantar email kepada syarikat-syarikat yang
dirasakan berpotensi untuk memberikan dana. Seterusnya kami meneruskan usaha sampingan
iaitu dengan melakukan “Flat Hunting” di mana saya dan rakan-rakan telah meminta
sumbangan orang ramai di rumah -rumah flat terpilih di kawasan Pantai Dalam.
Ini merupakan pengalaman yang mencabar dan berharga buat kami kerana usaha ini
memerlukan kami untuk bijak dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai
berkenaan program yang kami jalankan. Pada awalnya, kebanyakan daripada kami tidak
mempunyai keyakinan untuk meminta sumbangan disebabkan rasa malu dan kurang yakin,
akan tetapi kami cuba untuk bersikap positif dan kami perlu mencabar diri kami untuk
melakukan perkara tersebut.Dengan usaha tersebut, saya dapat membina kemahiran
komunikasi saya melalui interaksi dengan masyarakat di luar sana.Antara usaha lain yang
telah kami lakukan bersama rakan- rakan seperjuangan yang lain ialah dengan membuat
jualan makanan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.Kami menggunakan keuntungan yang
diperoleh untuk menampung perbelanjaan program Jalinan Masyarakat .Kami juga ada
melakukan inisiatif mengunjungi lot-lot kedai untuk meminta tajaan tetapi usaha kami tidak
berhasil kerana kebanyakan daripada pemilik kedai tidak berada di kedai mereka. dan jika
ada sekalipun, mereka cenderung untuk menolak sebelum mendengar penerangan daripada
kami. Walaubagaimanapun, perkara tersebut merupakan pengalaman yang berharga di mana
kami belajar untuk bersabar dalam menghadapi cabaran.
Bagi sesi perlaksanaan Jalinan Masyarakat pula, kami telah mengadakan program ini bersama
warga emas di kawasan Sungai Pelek, Sepang.Dengan kerjasama daripada pihak Usiamas,
kami telah berjaya melaksanakan misi tersebut walaupun mengalami beberapa kekangan.
Antara kekangan yang kami hadapi semasa hari pertama program ialah berkaitan dengan
kelewatan ahli untuk tiba di lokasi menunggu van yang akan membawa kami ke lokasi
program. Kami berasa agak risau pada waktu tersebut kerana memikirkan risiko program
akan berjalan lewat disebabkan kelewatan ahli.Walaubagaimanpun, kami masih dapat
mengawal perasaan dan berfikiran positif dalam menangani situasi tersebut dan program
masih dapat diteruskan pada waktu yang telah ditetapkan. Aktiviti yang kami lakukan pada
hari pertama ialah khidmat bantu rumah di mana kami telah menziarahi rumah warga emas
yang terpilih dan memberi sedikit sumbangan. Kami dan para sukarelawan telah bekerjasama
membersihkan dan mengemas kediaman warga emas tersebut.
Dengan melakukan aktiviti tersebut, saya telah mendapat kepuasan melihat kegembiraan
orang lain dan mengajar saya erti bersyukur dengan apa yang saya miliki pada masa kini.
Aktiviti kedua yang saya dan rakan-rakan lakukan ialah malam kebudayaan di mana kami
telah diberi tugasan untuk membuat persembahan bersama warga emas dan sukarelawan
seperti puisi, lakonan, pentomin dan joget lambak. Saya telah menyertai pentomin dan ia
merupakan pengalaman yang menarik bagi saya memandangkan saya adalah seorang yang
tidak gemar melakukan persembahan di khalayak ramai.Jadi, dengan peluang tersebut saya
mencabar diri saya untuk melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan dalam hidup saya.
Keesokannya, kami telah bertolak ke Pusat Aktiviti Warga Emas untuk melakukan aktiviti
seterusnya. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah senamrobik bersama warga emas.
Keadaan pada masa tersebut sungguh meriah kerana warga emas yang hadir memberi
kerjasama yang baik untuk menyertai senamrobik tersebut. Seterusnya, aktiviti diteruskan
dengan pelbagai permainan yang telah dirancang oleh unit program dan antaranya ialah
Musang Berjanggut, Rantaian Kasih, Nenekku Rupawan,Datukku Tampan dan Gegar Lidi.
Sesi seterusnya bersambung dengan acara forum di mana antara ahli panel yang terlibat ialah
juara tilawah Al-Quran antarabangsa iaitu Nor Farhatul Fairuzah Panut dan tajuk yang
dibincangkan dalam forum adalah berkaitan dengan warga emas . Sesi forum berjalan
dengan lancar dan saya berasa teruja dengan penampilan juara tilawah Al-Quran tersebut
kerana beliau mendapat pencapaian yang hebat dalam usia yang muda. Beliau menjadi
inspirasi kepada saya untuk turut sama mencipta kecemerlangan dalam lapangan saya
sendiri.Setelah sesi forum berakhir, majlis diteruskan dengan perasmian majlis
penutup,penyampaian hadiah serta sumbangan “Back to School” bagi kanak-kanak yang
terpilih oleh ADUN Tg Sepat iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Borhan b Aman Shah.
Pada waktu makan tengahari, kami telah dihidangkan dengan makanan tradisional Jawa iaitu
Nasi Ambeng yang diletakkan di dalam dulang yang besar dan kami perlu menikmatinya
bersama- sama warga emas dan sukarelawan.Pada mulanya,saya dan rakan-rakan yang lain
berasa kekok untuk menikmati juadah tersebut tetapi kami perlu berusaha untuk
menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan sesuatu yang baru. Tanpa disedari, hikmah yang
diperoleh daripada aktiviti makan di dalam talam tersebut ialah kami dapat merapatkan
hubungan di antara kami dan semestinya perkara tersebut amat baik untuk diserap. Setelah
majlis selesai, kami telah bekerjasama mengemas tempat aktiviti dan seterusnya berangkat
pulang. Setelah selesai Jalinan Masyarakat, saya dapat merasai nikmat dan kepuasan setelah
berpenat-lelah membuat persediaan bagi menjayakan program ini . Saya berharap agar dapat
memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada program ini dan akan
terus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan kerana saya percaya aktiviti sebegini
dapat menghidupkan jiwa saya. Semoga segala usaha saya dan rakan-rakan yang lain dapat
memberi impak yang mendalam terhadap pihak yang terlibat dalam menjayakan proram
Jalinan Masyarakat Integrasi Generasi 2019 (Integen19).
(NURUL SAKINAH BINTI ZAINAL RASHID)
Unit Tajaan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment