Refleksi individu (Yesi)
REFLEKSI INDIVIDU AKTIVITI BUKU JALANAN CHOW KIT DI LORONG HAJI
TAIB 4
Saya bersyukur kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya
yang memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Aktiviti Buku Jalanan Chow Kit diadakan pada 5 April di Lorong Haji Taib 4 bersama
dengan kanak-kanak dan gelandangan. Kami ke sana secara berkumpulan dan kumpulan
kami terdiri daripada Mohd Fawzan, Rivaldo, Anis, Atun, Fitrah, Nurul, Tengku Syariffudin,
Faris dan saya sendiri serta ditemani oleh Dr Nora.
Sebelum kami menjalankan aktiviti, kami mendengar taklimat yang diberikan oleh
pensyarah untuk mengetahui maklumat tentang Buku Jalanan Chow Kit dan persediaan yang
diperlukan sebelum menjalankan aktiviti kami. Kumpulan kami mengadakan perjumpaan
sebelum menjalankan aktiviti tersebut untuk membuat persiapan dan membeli barangan yang
sepatutnya untuk dibawa ke Buku Jalanan Chow Kit. Kemahiran yang telah kami pelajari
akan diterapkan semasa menjalankan aktiviti. Kami juga berkongsi pendapat untuk aktiviti
yang akan dilakukan semasa hari kejadian. Pendapat yang dihasilkan antara kumpulan akan
digabungkan dan kami memutuskan untuk membuat 4 slot untuk aktiviti yang berbeza pada
setiap slot dan membahagikan tugas kami mengikut slot secara adil.
Semasa kami hendak ke sana, kami mengalami masalah iaitu keadaan cuaca yang hujan
menyebabkan kami terpaksa membatalkan aktiviti luar bersama kanak-kanak dan membuat
aktiviti di dalam sebuah bilik Buku Jalanan Chow Kit. Kami melihat kanak-kanak tersebut
bermainan di hujan dan ibu mereka tidak menegur mereka.
Setelah tiba di Buku Jalanan Chow Kit, kami pun memulakan slot yang pertama iaitu
mengajar kanak-kanak tersebut berdoa yang dikendalikan oleh Fawzan dan Arif. Pada
awalnya agak susah kami mengendalikan kanak-kanak di sana kerana mereka agak agresif
tetapi kami cuba meredakan keadaan ketika mereka membuat bising kerana mungkin
menggangu ibu bapa mereka yang sedang belajar mengaji di tempat yang sama. Kami
meneruskan aktiviti dengan slot kedua iaitu menceritakan sebuah cerita yang mengajar nilai-
nilai murni yang dikendalikan oleh Rivaldo. Slot yang ketiga pula diteruskan dengan aktiviti
permainan iaitu kotak misteri. Tujuan permainan tersebut adalah untuk menanyakan soalan
apabila mereka didenda dan salah satu soalan adalah seperti menyuruh mereka membaca doa
makan dan sebagainya. Slot yang terakhir pula adalah aktiviti menghias penanda buku.
Aktiviti ini bertujuan untuk melihat kreativiti mereka menghias penanda buku tersebut dan
menyuruh mereka menyimpan penanda buku tersebut setelah siap untuk dijadikan kenang-
kenangan daripada kami.
Pada sebelah malam pula kami membantu para sukarelawan dari luar untuk
mengagihkan makanan kepada gelandangan di Lorong Haji Taib 4. Kami pergi ke lorong-
lorong yang gelap dan sempit dan melihat sendiri keadaan di sana serta merasakan
pengalaman mengagihkan makanan kepada gelandangan. Ternyata mereka memerlukan dan
menantikan bantuan daripada kami. Selain itu, kami menggunakan kemahiran memujuk untuk memujuk kanak-kanak yang sedih dan menangis semasa aktiviti sedang berlangsung. Kami juga menguasai kemahiran semangat kerja berpasukan di mana kami membahagikan aktiviti secara adil dan semua ahli turut hadir semasa perjumpaan diadakan. Kemahiran berkomunikasi amat berkesan ketika kami menjalankan aktiviti iaitu kami berkomunikasi antara satu sama lain.
REFLEKSI INDIVIDU JALINAN MASYARAKAT DI PUSAT AKTIVITI WARGA
EMAS, SUNGAI PELEK, SELANGOR
Sebelum Program Jalinan Masyarakat dijalankan, saya diberi tanggungjawab sebagai
Ketua Unit Kebajikan. Saya belajar cara membahagikan tugas dan membahagikan masa
untuk melaksanakan tugas kami agar tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan
teratur. Saya juga membuat perjumpaan bersama dengan ahli untuk menerangkan tugas-tugas
dan aktiviti Jalinan Masyarakat selepas mendapat maklumat daripada Pengarah program.
Kelemahan yang dihadapi sebelum Program JM dijalankan adalah saya mendapat arahan dan
maklumat yang kurang jelas kerana kurang berkomunikasi bersama pengarah program. Selain
itu, kami bekerjasama antara satu sama lain dengan membantu unit program untuk
membungkus hamper. Kami mengadakan aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sungai Pelek, Selangor pada 27 dan 28 April 2019. Semasa Program Jalinan Masyarakat dijalankan, pihak Usiamas
memberi kerjasama dalam memastikan program bersama warga emas di Pusat Aktiviti Warga
Emas berjalan dengan lancar. Aktiviti kami yang pertama adalah melawat setiap rumah.
Sebelum itu kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan berpecah semasa melawat ke rumah
warga emas. Kami bekerjasama dan membahagikan tugas untuk mengemas dan
membersihkan rumah yang pertama. Setelah itu, kami bergerak ke homestay yang
berdekatan.
Pada sebelah malam pula, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti membuat
persembahan untuk ditonton kepada warga emas seperti pentonim, syair dan joget lambak.
Aktiviti tersebut dijalankan mempunyai kaitan dengan warga emas iaitu mengambit kenangan
pada waktu mereka muda dahulu untuk menghiburkan mereka. Selepas itu, kami memulakan
sesi makan setelah makanan siap dihidangkan sambil membuat open karaoke untuk sesiapa
yang ingin menyanyi.
Pada hari kedua pula, kami memulakan aktiviti permainan iaitu nenekku rupawan,
musang berjanggut, gegar lidi dan untaian kasih. Permainan untaian kasih memerlukan
kerjasama setiap ahli kumpulan untuk menyambung paper clip dan menyelesaikan dalam
masa 3 minit. Seterusnya, permainan musang berjanggut memerlukan ketelitian dan
kerjasama antara pasukan untuk mengasingkan pelbagai jenis biji di dalam dalang. Nenekku
rupawan bertujuan untuk melihat kreativiti memperagakan fesyen dengan dandanan dalam
kalangan warga emas. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi forum bersama dengan
warga emas dan kalangan remaja dan berakhir dengan majlis penutupan Program Jalinan
Masyarakat.Melalui proses menyiapkan tugasan kerja Jalinan Masyarakat ini yang saya laksanakan
bersama rakan-rakan telah membuat hubungan silaturahim antara kami semakin rapat.
Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah, rakan-rakan dan pihak Usiamas bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya
berkomunikasi. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses
menyiapkan tugasan program Jalinan Masyarakat ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan. Saya juga mempelajari untuk memberi kasih sayang kepada warga emas dan berasa
sedih terutama warga emas yang telah ditinggalkan oleh anak sehingga mereka hidup secara
bersendirian di rumah pondok yang kecil.
Secara keseluruhannya, program Jalinan Masyarakat ini telah memberikan banyak
faedah kepada saya. Saya berasa puas hati dan gembira kerana dapat membantu mereka yang
memerlukan. Sikap empati haruslah ada dalam diri dengan meletakkan diri sendiri dalam
keadaan orang lain supaya dapat merasa dan mengetahui keperluan yang diperlukan oleh
mereka. Di samping itu, hindarilah sikap mementingkan diri sendiri sebaliknya kerja bersama
dalam kumpulan penting supaya tugas yang dilakukan dapat dijalankan dengan lancar tanpa
berlaku sebarang perselisihan. Ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr Zaiton yang
memberi tunjuk ajar, rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan program ini dan ibu bapa
yang telah menyokong usaha saya.
(YESI RIONG ANAK TIUS)
Unit Kebajikan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment