Refleksi INTEGEN 2019 dari Unit Tajaan


A) PROGRAM LORONG HAJI TAIB 1 , CHOWKIT

Pada pandangan kami,aktiviti di Lorong Haji Taib 1 tidak memerlukan kos dan tajaan yang banyak.Hal ini kerana semasa Dr.Nora telah memperuntukkan wang berjumlah RM 50 bagi tujuan pelaksanaan program tersebut.Kami unit tajaan terdiri daripada saya Nurhalimatun Bt Buari selaku ketua unit tajaan,Nurul Sakinah,Mohd Fawzan,Priscilla dan juga Sit Husna.Sebelum program ini berlangsung juga kami telah dipecahkan kepada kumpulan yang berasing bagi melaksanakan program ini.Maka,sepanjang program di Lorong Haji Taib 1 ini kami membantu melaksanakan program bersama kanak-kanak dan di sebelah malam pula kamai memberikan khidmat sukarelawan dengan membantu mengagihkan makanan kepada gelandangan-gelandangan yang berada di sekitar Jalan Chowkit.Kami dapati semasa program ini dilaksanakan ianya dapat memberikan kami semangat dalam mencari dana serta tajaan bagi program Jalinan Masyarakat di Sepang,Selanggor.Semasa mengagihkan makanan tersebut kami sempat berkenalan dengan bangsa cina yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memberi dana dan tajaan bagi pengagihan makanan tersebut.

Mereka merupakan insan yang berhati mulia kerana dikatakan hamper setiap minggu mereka akan melakukan aktiviti tersebut dan memberi makanan kepada lebih kurang 2,000 orang yang berada dalam kemiskinan.Mereka turut mengatakan bahawa mereka mempunyai tukang masak yang memasak makanan yang berkonsepkan halal bagi menepati kriteria dan ciri-ciri keislaman sesuai dengan individu-individu yang beragama islam.Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab bagi mencari serta mengumpulkan dana dan tajaan yang mereka dapat daripada pelbagai agensi mahupun NGO-NGO yang turut ingin menyertai.Kami berasa amat berbesar hati kerana dapat berbual dengan lebih rapat dengan mereka.Walaupon mereka merupakan individu yang berbangsa cina tetapi mereka tidak mendiskriminasi bangsa lain bahkan mereka turut melayan mereka dengan baik serta memberikan keperluan harian itu kepada mereka yang berlainan bangsa.Perkara ini jelas memperlihatkan bahawa tiada unsur-unsur diskriminasi yang mereka lakukan terhadap individu-individu yang berlainan bangsa.Mereka menunjukkan sikap yang begitu baik serta berniat ikhlas dalam melalukan khidmat-khidmat sukarelawan tanpa mengira bangsa,agama serta umur dalam menyampaikan khidmat bantuan dan sukarelawan.
            
        Kami juga daripada unit tajaan sempat untuk bertanya tentang program yang akan kami laksanakan di Sepang dan kami mengharapkan mereka bermurah hati ini bagi memberikan tajaan dari segi makanan kepada kami bagi menjayakan program ini.Kami turut bertukar nombor telefon bagi memudahkan urusan kami untuk membuat perundingan berkaitan tentang perkara tersebut.Namun begitu,kita hanya mampu merancang tetapi allah yang menentukan.Kami tidak dapat bekerjasama dengan mereka dan mereka tidak dapat memberikan tajaan dari segi makanan kepada kami.Hal ini adalah kerana waktu yang begitu singkat untuk kami melakukan perundingan bagi pelaksanaan program tersebut dan juga lokasi program yang agak jauh sehingga memakan masa lebih kurang 2 jam telah menjadikan situasi itu lebih sukar kerana bagaimana makanan itu akan diberikan kepada kami dengan batasan jarak yang jauh.Maklum balas daripada pihak mereka yang juga begitu lambat membuatkan kami unit tajaan berada dalam situasi yang agak krisis pada ketika itu untuk mencari tajaan bagi pelaksanaan program.Oleh itu,kami unit tajaan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua pihak kerana tidak berjaya untuk mendapatkan tajaan daripada pihak tersebut.

Refleksi yang dapat saya rangkumkan disini semasa aktiviti dijalankan di Lorong Haji Taib 1 tersebut adalah berjalan dengan teratur walaupun tidak berjalan dengan begitu lancar seperti yang diharapkan.Kami amat berbesar hati kerana dapat mengenali insan-insan yang telah lama berkecimpung dalam khidmat sukarelawan sehingga dapat mengenali nama-nama gelandangan di sana.Misalnya Kak Akma yang merupakan individu yang telah lama berkecimpung dalam aktiviti khidmat sukarelawan sehingga beliau mengatakan beliau suka dan berasa puas hati kerana dapat melakukan khidmat sukarelawanan ini.Kami juga amat teruja dan berbesar hati kerana dapat mengenali pihak yang menyalurkan bantuan bagi pengagihan makanan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh kami dapat mengembangkan lagi hubungan sosial dan komunikasi kami dengan mengenali mereka semua yang berjaya dalam hidup serta turut berbakti dengan memberikan kembali kepada masyarakat.Perkara ini adalah suatu memori dan kenangan terindah yang sewajarnya terus mekar dalam ingatan kami dan kami juga amat berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah kerana memberikan ruang dan peluang kepada kami dalam melaksanakan program ini kerana dapat menambahkan kemahiran kami dalam khidmat sukarelawan.

LAMPIRAN










B) PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SEPANG,SELANGGOR.
           
Program Jalinan Masyarakat telah mengadakan program tersebut di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang terletak di Sepang,Selangor.Program Jalinan Masyarakat ini juga adalah anjuran Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Usiamas.Program ini menyasarkan golongan warga emas di Sepang,Selangor dan agar kami menyantuni warga emas di sana.Program Jalinan Masyarakat ini juga mendedahkan mahasiswa kepada khidmat kemasyarakatan dan peranan sebagai sukarelawan.Matlamat dan objektif program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan konsep sukarelawan dan hubungan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur.Selain itu,objektif program ini juga adalah bagi mempromosikan warga emas sebagai sebuah asset negara dan memupuk nilai menghormati warga emas menerusi program ini di dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.

Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu (27.04.2019 ) dan Ahad (28.04.2019).Pemilihan lokasi di Sepang adalah cadangan daripada Puan Norhayati yang merupakan Penyelaras Negeri Selangor.Setelah beberapa kali perbincangan dan mesyuarat telah dijalankan akhirnya pihak Universiti Malaya dan pihak Kebajikan Usiamas mencapai kata sepakat dengan memilih Sepang sebagai lokasi bagi kami menjalankan program ini.Pelbagai perbincangan dan perbahasan telah dilakukan bagi mencapai kata sepakat tersebut dan majlis tertinggi serta ketua unit bagi Program Jalinan Masyarakat telah melalui proses berunding yang agak lama dan rumit bersama pihak Usiamas.Pada mulanya program ini dijalankan perbincangan turut dijalankan  bersama rakan sekelas yang telah diadakan pada hari khamis dan semua rakan sekelas hadir bagi memberikan idea dan pendapat tentang perkara tersebut.Ketua unit bertanggungjawab dalam memastikan ahli-ahli mereka melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sepenuh komitmen agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang telah dirancang.

Sebelum program ini dilaksanakan kami unit tajaan telah memikirkan idea dan solusi terbaik dalam mencari dana dan tajaan daripada syarikat mahupun orang awam.Pada pertengahan bulan March kami telah menyiapkan marketing proposal bagi program ini bersama-sama.Setelah itu kami menghantar marketing proposal tersebut kepada Pengarah dan Timbalan pengarah Program Jalinan Masyarakat ini bagi tujuan pemeriksaan dan pembetulan sekiranya terdapat kesalahan dari segi pakej yang ditawarkan kepada syarikat yang kami ingin meminta dana dan tajaan.Selepas itu,kami menunjukkan marketing proposal tersebut kepada Dr Zaiton bagi tujuan pemeriksaan dan pembetulan.Dr Zaiton memeriksa marketing proposal tersebut dan membuat sedikit pembetulan bagi tujuan penambahbaik kepada marketing proposal tersebut.Apabila marketing proposal tersebut mendapat kelulusan daripada semua pihak kami unit tajaan telah menghantar email kepada syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menaja program kami.Misalnya,syarikat Adabi,Scot Emulsion,7-eleven,Faber Castel,Nestle,Jalen,Print Expert,Fair and Lovely,Kotex dan Spritzer.Ini adalah antara syarikat yang telah kami hubungi dan menghantar email kepada mereka.

Namun begitu,setelah menunggu selama seminggu untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka ternyata kami tidak mendapat sebarang maklum balas mengenai perkara ini.Kami telah mencuba untuk menghubungi syarikat-syarikat tersebut namun tiada maklum balas malah terdapat syarikat yang terus menolak mentah-mentah marketing proposal kami dengan menyatakan tidak berminat untuk menaja.Kami unit tajaan tidak mengambil perkara tersebut sebagai suatu perkara yang negatif sebaliknya kami akan terus berusaha bagi mencari dana dan tajaan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.Pada awal bulan April,kami sekali lagi telah mengerah idea dan keringat dengan memikirkan alternatif terbaik dan pantas bagi mendapatkan dana dan tajaan daripada orang awam.Oleh itu,kami telah melakukan gerak kerja untuk mendekati orang awam dengan cara seperti pergi ke pintu-pintu flat untuk mendapatkan sumbangan ikhlas daripada orang awam.Kami menamakan aktiviti ini sebagai “Flat Hunting”.Idea ini tercetus apabila terdapat banyak flat-flat di sekitar Petaling Jaya bagi kami mendapatkan sumbangan ikhlas tersebut.


Pada peringkat awal,kami melakukan aktiviti flat hunting ini melalui dua sesi.Sesi yang pertama telah dilakukan oleh kami bersama dengan ahli unit lain yang turut ringan tulang untuk membantu.Pada peringkat awal kami hanya pergi empat orang sahaja dengan memulakan misi pertama di flat bersebelahan dengan KL Gateaway Mall.Pada permulaannya,meminta sumbangan  tersebut ternyata bukan suatu perkara yang mudah kerana kami telah ditolak mentah-mentah dengan tidak memberikan sebarang sumbangan ikhlas.Akan tetapi berkat kesabaran kami,kami telah berjaya mendapatkan sumbangan yang pertama berjumlah RM 20 daripada Puan yang begitu bermurah hati.Apabila kami telah berjaya menyakinkan orang awam dan mendapat sumbangan ikhlas yang pertama kami begitu bersemangat untuk meneruskan perkara ini.Seterusnya kami turut meminta sumbangan daripada pintu ke pintu rumah flat dan ada di antara mereka yang begitu bermurah hati dengan mendermakan sebanyak RM 50 kepada kami untuk tujuan pelaksanaan program.Sebanyak lebih kurang 30 buah rumah yang kami telah pergi bagi mendapatkan sumbangan tersebut.Kami telah berjaya mendapatkan lebih kurang RM 200 semasa kami melaksanakan aktiviti flat hunting tersebut.

Kemudiannya,kami berehat sebentar untuk mengisi perut yang kelaparan dan juga menunaikan solat Zuhur.Selepas itu,kami meneruskan aktiviti tersebut di flat yang berdekatan dengan Pantai Hillpark.Kami meneruskan untuk meminta sumbangan ikhlas daripada orang awam dan berjaya mendapatkan RM 220 pada sebelah petang.Walaupun kami berdepan dengan cabaran dan kekangan cuaca pada ketika itu dengan cuaca yang tidak mengizinkan iaitu hujan lebat dan kilat petir sambar menyambar tidak sesekali mematahkan semangat kami sehingga jumlah akhir yang kami dapat kumpulkan pada hari tersebut berjumlah RM 440.Bagi kami ianya adalah suatu perkara yang dapat kami banggakan kerana kami dapat mengumpulkan jumlah wang yang begitu banyak hanya dengan tempoh sekali percubaan sahaja walaupun pada peringkat awal ianya agak perlahan.Setelah itu,kami meneruskan misi ini lagi dengan sesi yang kedua,sesi kali ini mendapat sokongan daripada rakan kelas yang lain bahkan Ahmad selaku Pengarah dan Hamimi selaku Timbalan Pengarah telah turun padang untuk turut memberikan pertolongan kepada kami dalam melakasanakan misi ini.Dengan bantuan yang ramai pada sesi kedua ini alhamdulilah akhirnya kami berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM 1,000 pada sesi yang kedua.Hal ini kerana kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan dan beberapa tempat bagi menjimatkan masa.

Jumlah keseluruhan yang telah kami berjaya kumpulkan adalah RM 1,400.00.Ini semua adalah sumbangan ikhlas masyarakat yang begitu prihatin dan bermurah hati dalam memberikan sumbangan kepada kami untuk tujuan pelaksanaan program jalinan masyarakat ini.Kami amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat mengumpulkan wang yang begitu banyak dan kami sememangnya tidak menetapkan sebarang jangkaan terhadap misi ini kerana faktor sara hidup yang tinggi di bandar Kuala Lumpur.Maka itu kami tidak menetapkan sebarang jumlah yang sewajarnya orang awam memberikan sumbangan.Sebaliknya,kami ingin orang awam memberikan sumbangan tersebut dengan seikhlas hati mereka.Dengan adanya aktiviti seperti ini sebenarnya dapat mengasah bakat kami untuk berkomunikasi dengan cara yang sopan santun bagi menarik keyakinan dan minat orang awam bagi memberikan sumbangan kepada kami.Sememangnya ia adalah suatu perkara yang amat membantu kami dalam kami menjayakan program ini.Menerusi sumbangan ikhlas ini mengubah persepsi kami terhadap masyarakat Malaysia yang ternyata begitu pemurah dan baik hati dalam menghulurkan apa jua bantuan tidak kisah dari segi kewangan mahupun tenaga mereka.

Selain itu, kami turut menghantar email kepada YB Sepang dan juga YB Pantai dalam.YB Pantai Dalam adalah usaha dan bantuan daripada Suhaili Ishak untuk berhubung dan berunding dengan YB tersebut bagi mendapatkan dana dan tajaan.Dalam hal ini berlaku sedikit konflik apabila pada awalnya YB Pantai Dalam begitu teruja dan berbesar hati untuk memberikan tajaan kerana lokasi program yang masih lagi berada dibawah bidang kuasa dan seliaan beliau.Namun begitu,akibat pelbagai pertukaran yang berlaku dan Suhaili telah bersusah payah untuk berunding dengan YB tersebut akan tetapi disebabkan pertukaran lokasi program yang berlaku secara pantas telah menyebabkan permohonan bagi mendapatkan tajaan tersebut berakhir dengan kegagalan.Suhaili telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam membantu kami unit tajaan untuk berurusan dengan YB tersebut bagi memohon tajaan.Namun begitu,ianya adalah suatu usaha yang sangat baik dan harus dipuji oleh kami.Kami amat berterima kasih kepada Suhaili kerana memberikan pertolongan dan bantuan kepada kami untuk turut mendapatkan dana dan tajaan.YB Sepang juga telah dihubungi dan kami telah menghantar email kepada penolong YB tersebut.Namun begitu,apabila dihubungi penolong beliau mengatakan akan menyemak dan mengambil masa tidak lama.Sehingga kini kami tetap tidak mendapat sebarang maklum balas.



LAMPIRAN







Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)