Refleksi INTEGEN 2019 dari Unit Logistik dan Teknikal
Pengenalan
Unit teknikal dan logistik merupakan
unit yang bertanggungjawab terhadap peralatan-peralatan teknikal dengan menyediakan
dan mengendalikan kemudahan teknikal dan peralatan yang diperlukan dalam
majlis. Unit ini juga bertindak sebagai penyelaras segala hal berkaitan
teknikal untuk memastikan kelancaran sesuatu majlis. Bidang tugasan Unit Teknikal termasuk juga mengawal
dan mengendalikan PA Sistem dalam majlis, menyedia dan menyelia peralihan
muzik-muzik yang bersesuaian semasa program berlangsung. Sebagai contoh, bagi program jalinan
masyarakat yang telah berlangsung, Unit ini bertanggungjawab menyediakan segala
muzik-muzik semasa yang bersesuaian
dengan perlangsungan majlis sama
ada muzik iringan, muzik sebelum majlis bermula mahupun selepas bermula. Iringan muzik-muzik ini adalah bertujuan untuk
menaikkan dan melengakapkan seri majlis. Berbeza pula dengan skop tugasan
logistik iaitu tanggungjawab adalah lebih tertumpu kepada penyediaan tempat
perlaksanaan majlis, menyediakan fasiliti dan memastikan semua peralatan yang diperlukan
semasa perlaksanaan program lengkap serta menyediakan kenderaan bagi memudahkan
pelajar bergerak ke tempat program. Penyediaan kelengkapan tempat telah dibuat
secara terperinci dan mengikut kesesuaian majlis. Tempahan tempat bagi
melaksanakan majlis ini dilakukan mengikut kaedah perundingan dengan mengambil
kira kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab
menjaga tempat tersebut supaya dapat membantu melancarkan perjalanan program. Berkenaan
dengan pengangkutan kenderaan yang membawa pelajar ke tempat perlaksanaan
program, telah dipertanggungjawab sepenuhnya kepada Unit Logistik &
Teknikal ini. Sebelum kenderaan dipilih untuk ditempah, kami
unit logistik telah membuat perbandingan harga dari pelbagai agensi yang
menawarkan khidmat sewa kenderaan. Kenderaan yang dipilih telah dititikberatkan
berkenaan dengan kos, fasiliti yang disediakan dan keselesaan. Hal ini penting supaya dapat membantu
menjimatkan tanggungan perbelanjaan di samping mengekalkan keadaan yang selesa
bagi semua pelajar sepanjang perjalanan.
Berikut adalah senarai
nama ahli Unit Logistik dan Teknikal:
1 1) Muhammad
Mustaqim bin Mazlan (Ketua)(AIJ180025)
2 2) Nurul
Fitrah binti Mohd Fadli (AIJ180016)
3) Annis
Arisya binti Rosmandi (AIJ180002)
Untuk pengetahuan,
sebelum program jalinan masyarakat berlangsung, kami telah membuat pembahagian
tugasan bagi memastikan peranan unit ini dapat dijalankan dengan baik. Berikut adalah contoh pembahagian tugasan
bagi sebelum, semasa dan selepas program berjalan mengikut ahli:
1 Muhammad Mustaqim bin
Mazlan (Ketua Unit Logistik dan Teknikal)
·
Mencari maklumat tentang
penyewa kenderaan seperti van
·
Membawa ahli majlis
tertinggi ke tempat mesyuarat bersama pihak Usiamas
·
Berunding dengan pihak
Jabatan bagi mendapatkan kenderaan pengangkutan ke tempat program
·
Membantu unit Tajaan
mencari dana untuk menampung program JM
·
Membantu unit Program
dalam membeli dan membawa barang keperluan JM
·
Sentiasa berhubung dengan
ahli logisitik yang lain berkenaan dengan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
oleh unit Logistik dan Teknikal
·
Membantu unit-unit yang
memerlukan bantuan daripada unit Logistik dan Teknikal
2 Nurul
Fitrah binti Mohd Fadli
·
Mencari maklumat tentang
kenderaan untuk disewa dan membuat perbandingan harga dari pelbagai agensi
·
Berunding dengan pihak
jabatan untuk mendapatkan kenderaan iaitu van
·
Membantu unit program dalam
menyediakan cenderahati
·
Memgumpul peralatan
program dan mengira jumlah bagi setiap barang yang akan dibawa ke tempat
program
·
Memastikan semua
peralatan yang dibawa lengkap
·
Memastikan tempat program
berada dalam keadaan baik
·
Membantu unit program
dalam menguruskan majlis
·
Mengumpul dan menyimpan
semula peralatan untuk dibawa pulang
Annis
Arisya binti Rosmandi
·
Mencari maklumat tentang
kenderaan untuk disewa
·
Membantu unit Tajaan
mencari dana untuk program JM
·
mencari lagu bagi sesi
karaoke dan muzik-muzik semasa majlis berlangsung sama ada muzik iringan, muzik
sebelum majlis bermula mahupun selepas bermula
·
Mengendalikan PA sistem
semasa program berlangsung
·
Memastikan barang dan
peralatan lengkap untuk dibawa ke program
·
Memastikan lagu-lagu
penting seperti lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Universiti Malaya dimainkan
dengan lancar
Cara Proses Kerja Dijalankan
Sebelum
program berlangsung:
·
Kami mencari maklumat
tentang penyewa kenderaan untuk pengangkutan ke tempat program
·
Kami perlu membandingkan
harga penyewa kenderaan bagi mendapatkan harga yang berbaloi dan menjimatkan
kos. Kami berjaya menyewa sebuah van memuatkan 18 orang pelajar
·
Kami juga berunding
dengan Puan Ayu di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial bagi mendapatkan dua
buah van untuk menampung pelajar ke tempat program serta membawa barang-barang
keperluan JM
·
Kami pihak logistik juga
perlu memastikan jumlah barang yang dibawa ke tempat program lengkap dan cukup.
Contoh barang seperti barang-barang slot aktiviti, makanan, minuman dan
lain-lain
·
Kami membawa komputer
riba, pemancar LCD serta lagu-lagu yang diperlukan untuk dimainkan ketika
berlangsungnya program
·
Kami membantu unit program
dalam membuat cenderahati
·
Kami membawa ahli majlis
tertinggi ke tempat mesyuarat bersama pihak Usiamas
Semasa
program berlangsung:
·
Sebelum bertolak, kami
memastikan semua pelajar hadir dan mengambil kehadiran mereka seramai 25 orang
pelajar
·
Barang-barang JM kami
kumpulkan dan membuat senarai semak sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan untuk
dibawa ke tempat program
·
Memasang dan menguruskan
PA sistem sepanjang program berlangsung.Memastikan lagu dan video berjalan
dengan lancar
·
Membantu unit program
dalam menyusun dan menyediakan keperluan yang diminta oleh mereka
·
Membantu pihak Usiamas
dalam menguruskan majlis tersebut
Selepas
program tamat:
·
Mengemas dan menyusun
tempat program
·
Memastikan peralatan yang
dibawa adalah cukup dan dibawa pulang
·
Memastikan tempat program
dan homestay berada dalam keadaan yang kemas dan bersih
·
Sebelum berangkat pulang
ke UM, kami memastikan pelajar cukup di dalam van dan membawa barang keperluan
masing-masing dan dimasukkan ke dalam van
Kesimpulan
Walaupun terdapat pelbagai cabaran
sepanjang memegang tanggungjawab sebagai unit teknikal dan logistik seperti sukar
mendapatkan kenderaan yang menawarkan harga sewa yang murah, lewat mendapatkan
kenderaan kerana tidak mendapatkan lokasi program yang tetap dan banyak lagi,
namun atas kerjasama yang diberikan sepenuhnya oleh ahli dalam unit teknikal
dan logistik, kami berjaya menyempurnakan tugasan sehingga program ini selesai
dengan jayanya. Walaupun tugasan kami
ini tidak dilakukan dengan begitu sempurna, tetapi kami berasa puas hati kerana
dapat melaksanakanya mengikut kemampuan kami.
Kami juga gembira kerana dapat memberikan kerjasama kepada unit lain
terutamanya unit program bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Melalui program jalinan masyarakat ini, kami
semua dapat meningkatkan kesedaran kepada diri kami bahawa bertapa pentingnya
sikap bekerjasama dan saling melengkapi sesama unit bagi mencapai suatu
matlamat program. Begitu juga dengan
sikap peribadi seperti ketidaksefahaman, pentingkan diri sendiri dan semua
sikap yang tidak baik harus diketepikan agar tidak bercampur dengan proses
perlaksanna program. Banyak pengajaran
yang telah kami pelajari dalam program ini dan melatih diri kami menjadi insan
yang lebih baik dan berguna.
Comments
Post a Comment