Refleksi INTEGEN 2019 dari Unit Multimedia
Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera. Alhamdulillah syukur diucapkan ke hadrat ilahi kerana berakhir sudah
program Jalinan Masyarakat yang dinamakan Integrasi Generasi 2019 di Pusat
Aktiviti Warga Emas, Sepang, Selangor. Terima kasih kepada Dr Zaiton selaku
pensyarah bimbingan yang telah memberi tunjuk ajar selama program berlangsung.
Tidak lupa juga pada barisan Majlis Tertinggi serta barisan ketua biro yang
telah memberikan sepenuh komitmen pada program. Sepanjang program dijalankan
selama 2 hari 1 malam, unit publisiti dan multimedia telah berhempas pulas menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan bagi menjayakan program dengan lancar. Pelbagai ilmu dan
pengalaman banyak ditimba. Tidak kurang juga pada biro-biro lain yang turut
telah menjayakan program tersebut dengan sempurnanya.
Unit publisiti dan multimedia telah dianggotai oleh 4 orang ahli iaitu Noor Syafiqah Hanina Binti Mohd Darus, Muhammad Faris Farahi Bin Zainudin, Nurul Izzah Binti Aznan dan diketuai oleh Tengku Syarifuddin Murdrik Sharifaddeen B. Tengku Shariman Sharifaddeen. Setiap ahli memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Walaupun ahli kurang berpengalaman dan berkemahiran, berkat usaha ingin belajar serta didorongi semangat yang tidak putus, setiap ahli telah membuahkan hasil kerja yang berkualiti untuk program InteGen 2019.
.
Sebelum
program dijalankan, kami unit multimedia telah melakukan pelbagai persediaan
bagi memastikan program dijalankan dengan lancar. Antaranya ialah mereka logo
InteGen 2019. Tag id juga dibuat untuk setiap pelajar tahun pertama dan juga
pada setiap ahli Persatuan Usiamas Kebajikan Malaysia supaya dapat
mengenalpasti antara peserta dengan klien. Beserta tag id, lanyard juga telah
dibeli hanya khas kepada persatuan yang menyertai program kami atas permintaan
mereka sendiri. Kami juga mereka design baju dimana pada mulanya semua ahli mempersembahkan
design sendiri sebelum dibuat undian bagi semua rakan jabatan. Selain itu,
banner juga dibuat dalam ukuran panjang 10 kaki dan lebar 3 kaki supaya program
dapat dipromosikan kepada penduduk kampung. Unit kami juga tidak ketinggalan
mewujudkan pelbagai akaun media sosial seperti Instagram milik pelajar senior,
Google drive, dan Blog. Di Instagram, kami telah memperkenalkan seluruh ahli
tahun pertama jabatan yang terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi, ketua
biro, dan anak-anak biro. Kami juga telah membuat headcount 3 hari sebelum
program berlangsung. Gerak kerja telah dilaksanakan mengikut arahan daripada
majlis tertinggi jawatan kuasa yang memimpin kami membuat persediaan.
Semasa program
dijalankan, kami diamanahkan supaya merakam dan mengambil foto setiap aktiviti
yang dilakukan. Peralatan yang mampu dibekalkan ialah dua biji kamera digital
untuk pengambilan foto dan satu kamera GoPro untuk perakaman video. Kerana
sentiasa kehabisan bateri, alternatif kami yang terakhir adalah telefon pintar
kami sendiri. Semasa program, kami berpecah bersama persatuan yang kami
bekerjasama untuk merekodkan segala yang berlaku. Setiap kumpulan mempunyai
wakil tersendiri untuk sentiasa mengemaskinikan aktiviti di pelbagai lokasi
yang berbeza sepanjang program. Oleh itu, setiap ahli perlu peka dengan keadaan
dan situasi yang berlaku supaya tidak terlepas pandang sebarang aktiviti yang
dilangsungkan. Segala media berbentuk gambar dan video diletakkan dalam
Googledrive yang dibuat. Di laman Instagram pula, kami telah upload
gambar-gambar aktiviti sepanjang program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
Homehelps, Zumba, Rantaian Kasih, Musang Berjanggut, Musang Berjanggut, Gegar
Lidi, Nenekku Rupawan, Forum Integrasi, dan Pemeriksaan Kesihatan. Kami juga
telah menyunting montaj aktiviti pada 27/7/2019 untuk ditayangkan pada majlis
penutupan keesokan harinya namun terdapat sedikit masalah teknikal dalam
memainkan video tersebut. Walaupun sangat sibuk dengan tanggungjawab yang
diamanahkan, kami tetap meluangkan masa dan seronok bersama klien dan ahli
persatuan menjalani program yang dijalankan. Pada waktu malam, kami merekodkan
Malam Kebudayaan yang terdiri daripada sesi lakonan, menyanyi, berjoget, dan
barbeku. Setiap persembahan disertai dengan ahli persatuan suoaya dapat
merapatkan lagi hubungan sesama meskipun program yang dijalankan singkat.
Kesimpulannya, setiap ahli mendapat
pengajaran dan kemahiran baru yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan
sehari-hari. Daripada program yang dijalankan, pelbagai iktibar dan nilai yang
didapati dan disematkan untuk menjadi seorang pelajar yang berfungsi dan
berbakti terhadap keseluruhan masyarakat.
Akhir kata, kami berharap dapat menyertai banyak lagi program membantu
komuniti di luar sana dan semoga sebarang aktiviti yang akan dijalankan pada
masa hadapan dapat dijalankan dengan lebih baik berkat pengalaman dan kemahiran
yang telah diperoleh daripada program InteGen 2019 ini.

Comments
Post a Comment