Refleksi INTEGEN 2019 dari Unit Kebajikan dan Keselamatan
Gerak Kerja
Skop tugasan untuk unit kebajikan adalah merangkumi sebelum program iaitu menyediakan first aid dan menguruskan makanan. Manakala, semasa program pula adalah menguruskan kebajikan fasilitator dan peserta dan juga mendapatkan maklumat tentang kesihatan peserta semasa program. Semua tugasan ini dapat dijalankan dengan baik hasil daripada bantuan dari semua pihak termasuk unit lain.
Untuk penyediaan first aid, kami memperolehinya daripada jabatan. Pihak yang memberi pinjam first aid ini tidak mengenakan bayaran kepada kami. Jadi, kami tidak perlu mengeluarkan dana untuk membeli first aid mahupun menyewa daripada mana-mana badan persatuan.
Semasa hari kejadian, terdapat seorang pihak Usiamas yang mengalami kecederaan di telapak kaki kerana terpijak kaca. Jadi, saya bergegas merawat luka dengan alat-alat dan ubat-ubatan yang disediakan dalam first aid.
Manakala ahli lain mengagih makanan kepada para peserta. Kami juga menjaga makan minum fasilitator dan peserta. Seterusnya, dalam menjaga kesihatan para peserta mahupun fasilitator, kami mengingatkan mereka agar menjaga keselamatan diri pada setiap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kami tidak lupa untuk menanyakan mereka jika ada yang belum makan dan mengalami sakit. Kami memberi ubat seperti panadol kepada fasilitator yang mengalami pening kepala.
Refleksi dan Pengalaman
(SELEPAS PROGRAM)
YESI - Berdasarkan program yang telah dijalankan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara yang mana dapat mengasah komunikasi saya dan menguruskan jika terdapat peserta yang mengalami masalah kesihatan, dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang ada. Selain itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan yang lebih rapat dengan sahabatsahabat seperjuangan. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang telah bertungkus lumus menjayakan program jalinan masyarakat ini dengan saling menolong walaupun berlainan unit.
NURUL – Melalui program jalinan masyarakat yang berlangsung 2 hari 1 malam ini saya mempelajari pelbagai pengalaman yang baru antaranya, saya dapat mengenali rakan-rakan sekelas dengan lebih rapat ketika menjalankan program. Seterusnya, saya dapat meningkatkan keyakinan saya apabila berhadapan dengan warga emas dan mengetahui cara untuk berhadapan dengan mereka.
RIVALDO – Program Jalinan Masyarakat ini banyak memberi impak positif terhadap diri saya. Di antaranya ialah saya dapat berkomunikasi dengan mereka dan rakan-rakan yang lain. Di antaranya ialah saya dapat meningkatkan tahap keberanian untuk bercakap di hadapan orang ramai. Tidak dilupakan juga terhadap semua pihak untuk menyokong baik rakan-rakan, pensyarah serta para peserta.
Harapan
YESI – Hasil daripada program ini, saya berharap para peserta berasa gembira dengan aktiviti dan permainan yang disediakan. Saya berharap, fasilitator sendiri mengambil peluang ini sebagai pengalaman menguruskan program dengan pihak luar agar di lain hari lebih mudah untuk menguruskan program lain.
NURUL – Saya berharap agar para peserta yang telah menyertai program ini adalah supaya mereka lebih bermotivasi dan bersemangat dalam mengharungi hari-hari yang mendatang kerana hidup ini tidak mudah serta mereka dapat menguruskan diri mereka dengan baik.
RIVALDO – Harapan saya adalah agar hubungan yang terbina antara para peserta termasuk para fasilitator kekal sehingga ke akhir hayat dan tidak sekadar terhenti pada hari terakhir program itu. 4. Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman Kekuatan unit kebajikan adalah bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan program Jalinan Masyarakat ini. Kami juga menghadirkan diri semasa perjumpaan Jalinan Masyarakat berlangsung. Kelemahan unit ini adalah tidak dapat menguruskan masa untuk membantu unit lain semasa unit program meminta bantuan membalut hamper. Maklumat yang diberi kurang jelas kerana kurang komunikasi dengan pengarah sebelum program berlangsung. Peluang yang kami dapat adalah mengenali rakan-rakan sekelas dan pensyarah dengan lebih rapat. Ancaman yang diperoleh adalah kami masih belum mempelajari first aid dan kecemasan dengan lebih mendalam lagi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kerana kami cuma sempat mempelajari merawat luka ringan sahaja
Comments
Post a Comment