Refleksi individu (Khairani Husna)
REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT 18/19
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya, Nur Khairani Husna
binti Omar selaku Biro Program dan Protokol bagi Program Jalinan Masyarakat Integrasi Generasi
(INTEGEN) 2019, Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, terlebih dahulu ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaan-Nya, kami telah berjaya mengendalikan program INTEGEN dengan jayanya. Program Jalinan Masyarakat merupakan subjek universiti yang wajib diambil oleh semua mahasiswa di Universiti Malaya. Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019, telah berlangsung di dua buah tempat iaitu Lorong Haji Taib, Jalan Chow kit dan Sepang, Selangor.
SEBELUM JALINAN MASYARAKAT
Bagi pengetahuan semua, program ini dijalankan pada semester 2 sesi 2018/2019. Sebelum itu, kami
telah dibahagikan kepada beberapa unit untuk mengendalikan program ini pada semester 1.
Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja dilakukan. Dengan itu, saya telah dipilih sebagai biro
program dan protokol. Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam melakukan
tugas sebagai biro program dan protokol. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana rakan-rakan
yang lain turut membantu saya sekiranya saya menghadapi masalah. Perkara yang saya dapat
sebagai biro program dan protokol ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan
dan pengelolaan sesuatu tugasan serta dapat membina hubungan baik di antara ahli kumpulan.
Sebagai biro program dan protokol, banyak perancangan yang perlu dibuat untuk memastikan
program pada hari kejadian berjalan dengan lancar. Namun, sepanjang perancangan dibuat juga,
terdapat beberapa masalah dan halangan yang kami terpaksa hadapi yang mana kami terpaksa
menukar tentatif program atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimana pun, kami menganggap ia
sebagai pengalaman dan menerimanya dengan positif. Selain daripada masalah perancangan
program, masalah dengan ahli-ahli kumpulan juga wujud. Bagi saya, itu normal apabila bekerja
dalam kumpulan. Masalah ketidaksefahaman itu sering berlaku disebabkan kemahiran komunikasi
antara kami yang tidak berapa baik. Namun, setelah kami duduk berbincang, masalah itu dapat
diatasi dengan baik.
SEMASA JALINAN MASYARAKAT
Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019 telah berlangsung pada hari Jumaat, 22, 29 Mac dan 05
April 2019, di Lorong Haji Taib, Jalan Chow Kit dan Sepang. Program di Lorong Haji Taib, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Tugasan kami adalah menjalankan program bersama kanak-
kanak di sana. Semasa program berlangsung, aktiviti yang dirangka, tidak berjalan dengan lancar
kerana terdapat beberapa masalah. Program bersama kanak-kanak agak mencabar bagi kami. Ramai
di antara mereka yang sangat aktif pergerakannya dan sukar untuk dikawal. Walaubagaimanapun,
dengan kerjasama ahli-ahli lain, kanak-kanak disana dapat dikawal dengan baik. Saya mendapati
bahawa, program bersama kanak-kanak memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi dan juga
kesabaran yang tinggi. Selain itu, apa yang saya dapat ialah bahawa ramai kanak-kanak yang kurang
bernasib baik di luar sana yang memerlukan perhatian dan tunjuk ajar yang baik. Saya berharap
mereka membesar dengan baik dan menjadi insan yang berguna untuk diri mereka sendiri, keluarga,
agama dan bangsa serta negara. Seterusnya, Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019 juga diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pelangi Impian Sepang, Kampung Hulu Chucoh, Sungai Pelek, Selangor pada 27 dan 28 April 2019. Program ini dijalankan bersama warga emas di sana. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa di sana ialah slot bantu di rumah (home helps), slot lawatan dan sesi perkongsian, malam kebudayaan, senaman kampung, slot permainan rantaian kasih, gegar lidi, musang berjanggut, slot nenekku rupawan dan datukku tampan dan forum INTEGEN 2019. Sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut berjalan, banyak perkara dan pengalaman yang saya dapat. Sebagai contoh, untuk slot Home Helps dan slot lawatan dan sesi perkongsian, banyak perkara yang menyedarkan saya bahawa golongan warga emas memerlukan perhatian dan kasih saying daripada anak mereka. Oleh hal yang demikian kerana, kebanyakkannya warga emas di sana tinggal bersendirian tanpa anak dan cucu, ada yang sakit, ada yang tinggal bersama anak OKU dan banyak lagi. Ini telah membuka mata saya, hargailah ibu bapa anda selagi mana mereka bernafas. Tanpa mereka, siapalah kita. Selain menjadi ahli biro untuk program ini, saya juga telah menjadi pengacara majlis penutupan program INTEGEN 2019. Sejujurnya, bagi saya, menjadi pengacara majlis bukanlah mudah. Alhamdulillah, tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang membantu dan memberi semangat kepada saya dan saya juga banyak belajar perkara baru terutamanya tentang protokol majlis. Saya agak susah untuk bercakap di hadapan khalayak namun saya menyahut cabaran dengan menjadi pengacara majlis untuk saya buang perasaan malu dan lebih yakin. Saya juga memohon maaf kepada rakan-rakan lain serta kepada Dr. Zaiton sendiri kerana kesilapan saya semasa menjadi pengacara. Saya akan memperbaiki diri saya supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi.
SELEPAS JALINAN MASYARAKAT
Alhamdulillah, Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019 telah melabuhkan tirai. Jutaan terima
kasih dan mohon maaf saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini
terutamanya kepada penyelia kami, Dr. Zaiton binti Azman, yang banyak membantu dan memberi
kata-kata semangat yang tidak putus-putus kepada kami, pengarah program, Ahmad Zairun bin
Sulaiman bersama timbalan pengarah iaitu Hamimi Amirah binti Zulkifli yang bertungkus lumus serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi komitmen yang begitu baik untuk menjayakan program ini bersama. Selain itu, sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak USIAMAS dan pihak PAWE yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program INTEGEN 2019 selama dua hari berlangsung. Pengalaman dalam mengendalikan program ini bersama yang lain begitu bermakna dan banyak perkara yang saya
pelajari daripada program ini. Saya berharap hubungan antara pelajar Jabatan Pentadbiran dan
Keadilan Sosial 2019 semakin utuh hingga ke akhirnya.
Sekian, terima kasih.
( NUR KHAIRANI HUSNA BINTI OMAR)
Unit Aturcara dan Protokol
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments
Post a Comment