Refleksi individu (Nurul)

REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT (JM) SEM 2 SESI 2018/ 2019 OLEH
PELAJAR JABATAN PENTADBIRAN DAN KEADILAN SOSIAL

SEBELUM PERLAKSANAAN
Seperti yang diketahui oleh semua pelajar , subjek Jalinan Masyarakat (Social
Engagement) merupakan subjek wajib universiti yang wajib diambil sebelum menamatkan
pengajian di Universiti Malaya. Oleh itu, saya dan rakan sekelas yang lain telah memilih Pusat
Aktiviti Warga Emas (PAWE) ,Pelangi Impian Sepang, Kg. Hulu ChuChoh, Jalan Sri Jaya 3,
43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.dengan kerjasama UsiaMas yang terletak di Sepang,
Selangor untuk menjalankan program jalinan masyarakat kami pada semester ini. Tujuan kami
memilih Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ini ialah untuk mendekati dan mengeratkan
hubungan dengan semua warga-warga emas yang menetap disana. Program ini berlangsung
selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad bermula pada 27.04.2019 sehingga 28.04.2019. Kami
memilih lokasi ini bagi menjalankan program jalinan masyarakat kerana merasakan ianya satu
tanggungjawab yang harus kami laksanakan untuk berbakti dan seterusnya menyumbang sesuatu
kepada warga emas yang selama ini dipinggirkan oleh masyarakat di luar sana. 
Alhamdulillah segala perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut jadual.
Pada mulanya kami bercadang untuk mengadakan program ini pada pertengahan
semester yang lalu namun setelah membincangkan pemilihan lokasi, kos-kos, pembahagian tugas
serta aktiviti-aktiviti yang terlibat kami memilih untuk melaksanakan pada tarikh yang
dinyatakan di atas.

SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG
Pada hari pertama program berlangsung, seawal jam 6.30 pagi kami telah berkumpul
untuk bergerak dari Universiti Malaya dengan menaiki 3 buah van yang disediakan oleh pihak
Fakulti Sains Sosial dan Sastera untuk memudahkan pergerakan kami ke lokasi yang ingin
ditujui. Perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam dan sampai ke PAWE pada
jam 9 pagi. Kami disambut oleh sukarelawan dari pihak UsiaMas dan seterusnya mengambil
sarapan pagi sebelum meneruskan dengan aktiviti pertama kami. Setelah selesai sarapan, kami
memulakan aktiviti pertama kami dengan membahagikan kepada beberapa buah kumpulan
termasuk dengan sukarelawan UsiaMas yang terlibat

Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah Home Helps bersama sukarelawan UsiaMas di
sekitar kawasan kampung yang terdapat di Sepang. Bagi aktiviti Home Helps ini kami menziarah
warga emas yang kurang bernasib baik dengan bertanyakan khabar mereka. Setelah bertanyakan
khabar dan melihat sekitar kawasan rumah kami membantu membersihkan rumah mereka.
Antaranya ialah mengemas dapur dan menyapu kawasan rumah. Sewaktu membersihkan dapu
mereka kami mendapati terdapat juga makanan yang sudah tamat tempoh masa berada di dalam
peti ais mereka. Selesai mengemas kawasan rumah, kami juga memberikan sedikit sumbangan
seperti hamper makanan dan sedikit keperluan lain iaitu sekampit beras dan 2 kotak susu untuk
mereka.
Aktiviti kedua kami diteruskan pada sesi petang iaitu selepas kami selesai check in
homestay dan solat zohor. Kira-kira jam 3 petang aktiviti diteruskan dengan slot ziarah dan
perkongsian dengan orang kampung di sekitar kawasan tersebut. Bagi aktiviti ini kami masih lagi

kekal dengan kumpulan yang terlibat pada sesi pagi tadi. Setiap kumpulan ditugaskan untuk
melawat 3 atau 4 buah rumah. Rata-rata rumah yang kami kunjungi dihuni oleh warga emas yang
tinggal berseorangan dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan. Ada
diantara mereka yang sakit dan baru pulang dari hospital untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
Di slot ini kami lebih banyak berkomunikasi dan mendengar luahan hati mereka ini. Kami cuba
menyelami dan memahami keadaan yang dihadapi oleh mereka. Kunjungan kami ke rumah
mereka juga disertai dengan pemberian hamper makanan juga sekampit beras dan 2 kotak susu
bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka.
Pada waktu malam pula aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan di homestay kami
menetap. Malam kebudayaan ini merupakan program yang dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar
dari Universiti Malaya. Kami telah dibahagikan kepada 3 buah kumpulan untuk mengadakan
persembahan bagi memeriahkan program setelah penat melakukan aktiviti di sebelah siang dan
disertai oleh sukarelawan yang turut hadir pada malam tersebut. Malam kebudayaan itu juga
diserikan lagi dengan kehadiran tetamu VVIP dari pihak UsiaMas iaitu Datuk Noraini selaku
Penaung UsiaMas. Antara persembahan yang diadakan ialah pentonim, lakonan, puisi dan joget
lambak. Semua hadiri yang hadir kelihatan sangat gembira dan menikmati persembahan dan
sajian yang dihidangkan. Kami juga melakukan aktiviti barbeque sebagai makan malam kami.
Semua ahli bekerjasama dan memainkan peranan dengan baik sekali.
Hari kedua kami dimulakan dengan sesi pendaftaran yang dibuka seawal jam 7.30 pagi
hingga 8.30 pagi. Kemudian diteruskan dengan aktiviti senamrobik bersama warga emas dan
sukarelawan di PAWE. Selesai aktiviti senamrobik, program diteruskan dengan permainan
rakyat yang melibatkan warga emas, sukarelawan dan pelajar dengan dibahagikan kepada
beberapa buah kumpulan. Antara permainan yang terdapat ialah musang berjanggut, nenekkun

rupawan datukku tampan, gegar lidi dan rantaian kasih. Kesemua permainan ini mendapat
sambutan baik daripada semua yang terlibat.
Aktiviti yang terakhir pada hari kedua diakhiri dengan majlis penutupan bagi program
jalinan masyarakat. Dalam majlis ini juga terdapat slot lain yang dijalankan iaitu tedtalk yang
diwakili oleh seorang pelajar Universiti Malaya, wakil daripada warga emas, wakil belia remaja
dan wakil sukarelawan. Mereka diminta untuk memberi perkongsian mengenai warga emas.
Kami akhiri majlis dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam sesi
cabutan bertuah dan permainan. Majlis penyampaian hadiah diserikan dengan kehadiran oleh
ADUN kawasan tersebut.

SELEPAS PROGRAM
Setelah tamat upacara penyampaian hadiah, kami bekerjasama untuk mengemas semula
tempat dan menyusun segala peralatan yang digunakan untuk peluang semula ke Universiti
Malaya. Selesai semua tugasan ka,I pulang ke homestay untuk solat zohor dan berehat sebelum
bergerak balik dengan diambil oleh van yang kami naiki untuk sampai ke sini. Jam 6 petang
kesemua pelajar selamat sampai ke kolej masing-masing.

REALITI KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
Melalui program jalinan yang telah dijalankan maka dapatlah dirumuskan bahawa terdapat
banyak lagi yang perlu saya beri tumpu khususnya aktiviti yang melibatkan warga tua. Pendapat
peribadi yang boleh saya berikan selepas menjalankan program jalinan masyarakat ini ialah
seharusnya kesedaran terhadap warga tua ini harus diberikan perhatian yang lebih kerana tanpa
mereka, tiadalah kita harini. Salah satu perkongsian yang amat menyedihkan melalui slot ziarah
dan perkongsian yang saya kunjungi terdapat seorang warga tua yang tinggal berseorangan

selepas kematian arwah abangnya, nenek tersebut menghadapi masalah kesihatan yang agak
teruk bagi saya untuk peringkat umut tersebut. Sewaktu kunjungan dibuat nenek tersebut baru
sahaja pulang dari hospital selepas 14 hari mendapatkan rawatan. Nenek tersebut turut
menceritakan bahawa rahim disebelah anggota kanan nya telah ditebuk. Beliau menyara
kehidupan dengan menjual rempeyek sebanyak 1kilo dengan harga rm20 sepaket sekiranya
mendapat tempahan. Sebelum pembedahan dibuat, beliau juga menceritakan dia berbasikal untuk
pergi ke pasar malam. Kadangkala anak saudara beliau datang hujung minggu untuk melihat
keadaan diri nya yang tinggal keseorangan. Walaupun masih penat lagi tetapi kunjungan kami
tetap disambut dengan mesra oleh nenek tersebut. Beliau seorang yang sangat ramah dan murag
dengan senyuman yang manis. Melihatkan reaksinya sebegitu tiada siapa yang boleh menduga
beliau mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Sewaktu hendak pulang, beliau sempat
mengajak saya untuk duduk bersama beliau. Ini kerana beliau sudah lama tidak mendapat tetamu
yang ramai tambahan pula kami iaitu anak muda yang meningkat naik ini selain berasa sunyi.
Beliau juga sempat berpesan supaya datang menziarahi lagi sekiranya berkesempatan.
Pengalaman ini sangat menyentuh dan mematangkan diri saya supaya lebih menyayangi dan
menghargai ibu bapa saya selagi mereka masih hidup. Ini lebih memberi semangat kepada saya
supaya menjaga mereka sebaiknya apabila tua kelak.
Impak lain yang boleh dikongsikan ialah tentang pengalaman untuk berinteraksi dan
bersosial dengan mereka tinggal di kampung. Ini adalah kerana saya tidak mempunyai datuk
nenek dan juga kampung halaman. Setiap aktiviti yang dilakukakan bersama mereka amat saya
hargai dan akan sentiasa dikenang. Ianya merupakan kenangan yang bermakna dan baru buat
saya.

Dalam erti kata lain, melalui program ini saya mempelajari tentang bekerja dalam
berpasukan. Diakui walaupun setiap dari kami mempunyai pandangan yang berbeza dalam
menyampaikan atau melakukan tugasan kami cuba sedaya upaya untuk bertoleransi dan
membentuk satu kumpulan yang mantap. Setiap komitmen yang diberikan oleh ahli pasukan
amat mengagumkan saya terutamanya dalam membahagikan masa mereka bagi menjayakan
program ini. Saya amat gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada ahli pasukan yang
sangat komited dan bersikap positif dalam menangani setiap tekanan dan masalah yang kami
hadapi. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Penyelaras Jalinan Masyarakat bagi
semester kali ini iaitu Dr Zaiton binti Azman yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan
memantau kami dalam menjalankan program ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah
Program, Timbalan Pengarah Program, semua ahli jawatan tertinggi dan rakan sekelas yang
terlibat dalam menjayakan program jalinan masyarakat ini. Segala input-input dan kenangan
yang dikumpul dalam menjayakan program ini akan saya ingat sebagai salah satu kenangan yang
manis dalam hidup. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk turut serta menyumbang
kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan.


(NURUL FAREHAH BINTI RIDZUAN)
Unit Kebajikan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)