Refleksi individu (Mustaqim)

REFLEKSI PROGRAM JALINAN MASYARAKAT INTEGEN DSAJ 2019

Sebelum berlangsung hari program
Saya dilantik sebagai ketua unit Logistik dan Teknikal dan dibantu oleh empat orang tenaga
dibawah saya iaitu Nurul Fitrah, Annis Arisya, Nur Khairunnisa dan Nur Nabihan. Sepanjang
proses daripada awal hingga akhir program ini hanya kami bertiga sahaja yang menjalankan
tanggungjawab dan tugas sebagai unit logistik. Hal ini kerana saya kehilangan dua orang tenaga
unit logistik iaitu Nur Khairunnisa dan Nur Nabihan. Walaupun kami kekurangan ahli, tetapi
kami berjaya membuat persiapan dari segi mendapatkan pengangkutan untuk pelajar ke tempat
program dan saya membawa ahli majlis tertinggi ke tempat bermesyuarat bersama pihak
Usiamas. Pada pendapat saya, kerjasama sesama ahli amatlah penting dan kami berjaya
membuktikan kami mampu melaksanakan tugas kami dengan baik.

Semasa berlangung hari program
Sepanjang berlangsungnya program jalinan masyarakat ini, saya perlu menguruskan P.A sistem
dan menguruskan pemasangan mikrofon serta speaker bagi memastikan segala keperluan yang
diperlukan semasa program kami harus berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kecacatan. Ini
adalah pengalaman dan ilmu baru bagi saya kerana saya tidak pernah menguruskan bahagian
teknikal ini akan tetapi diberi peluang untuk belajar semasa di hari pelaksanaan program kami.
Pengalaman ini sangat penting untuk saya kerana ilmu ini sangat berguna untuk digunakan pada
masa hadapan jika saya sekali lagi dilantik untuk menguruskan bahagian teknikal ini. Segala
pendedahan yang diberi ini mampu saya praktikkan pada pelaksanaan program akan datang dan
mampu membuat lebih baik serta memperbaiki kecekapan kami sebagai unit Logistik dan
teknikal.

Selepas berlangsung hari program
Kesimpulan yang saya dapat simpulkan hasil daripada semua proses sama ada pada peringkat
sebelum sehingga selesai program kami adalah komunikasi atau interaksi antara semua unit-unit
yang lain serta bersama ahli majlis tertinggi amatlah penting kerana kita semua adalah keluarga.
Segala permasalahan yang berlaku haruslah dibincang bersama dan perlu mendengar kepada
kedua-dua belah pihak dan tidak terus mengadili dan menghukum. Komunikasi yang baik dan
berkesan akan membuatkan segala perjalanan proses dari segi membuat keputusan, pembahagian
tugasan, pengurusan masa akan dapat berjalan dengan lancar serta memudahkan segala urusan
berkaitan dengan program ini. Saya berharap agar program yang seterusnya, saya dan rakan-
rakan semua dapat memperbaiki lagi dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih telus dan
lebih baik daripada sebelumnya.


(MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MAZLAN)
Unit Logistik dan Teknikal
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)