Refleksi individu (Syamiera)


Refleksi

Sukacita saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zaiton bt
Azman kerana telah memberi bimbingan dan nasihat sehingga Program Jalinan
Masyarakat INTEGEN 2019 dapat dijalankan dengan jayanya. Begitu juga kepada
semua ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Saya, Rabiatul Intan Syamiera Mohd Rizman merupakan Bendahari bagi
Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019. Saya bertanggungjawab dalam
menjaga dana-dana untuk program ini. Terdapat banyak dugaan dan cabaran yang
telah saya lalui sepanjang menjalankan tugas bagi menjayakan program ini. Pada
mulanya, saya mula mengutip duit sebanyak RM50 seorang bagi memastikan kami
mempunyai dana yang cukup untuk program ini. Saya berjaya mengutip sejumlah
RM1,300 bagi setiap 26 orang ahli kelas saya. Kami juga turut bersama-sama
menjalankan flat hunting dimana kami pergi dari rumah ke rumah untuk
mempromosikan program jalinan masyarakat jabatan kami kepada penduduk di
sekitar PPR Kerinchi. Kami juga telah berjaya mengumpul lebih daripada RM1,000
dari penduduk-penduduk prihatin yang amat baik hati dalam membantu menjayakan
program ini. Saya turut rasa bersyukur kepada para penaja yang juga amat
membantu dalam merealisasikan program ini kerana tanpa mereka, kami tidak
mampu untuk menampung kewangan yang amat tinggi untuk kami penuhi.

Terdapat pelbagai perkara yang telah saya pelajari sepanjang program jalinan
masyarakat ini berlangsung. Pada hari pertama, kami dipecahkan kepada tiga
kumpulan untuk bergerak ke rumah yang telah ditetapkan kepada kumpulan untuk
menjalankan home helps. Kami juga turut membawa buah tangan untuk warga emas
sebagai tanda menghormati mereka. Pada sesi petang pula kami bergerak untuk
menziarahi rumah-rumah warga emas yang terpilih. Pelbagai kerenah dan ragam
serta kondisi orang tua yang telah saya perhatikan. Terdapat sebuah rumah yang
saya ziarahi dimana rumah tersebut amat uzur dan kosong seperti tiada siapa yang
tinggal di situ. Hati saya tersentuh apabila melihat keadaan rumah tersebut yang
teramatlah uzur dan saya rasa bahawa tiada sesiapa pun berhak untuk tinggal di
rumah seuzur itu. Seorang datuk tinggal di rumah tersebut sebatang kara. Beliau
juga turut beritahu saya bahawa beliau sudah 26 hari tidak mandi kerana adik-
adiknya tidak mahu menjaga beliau di situ. Saya amat bersimpati kepada datuk
tersebut dan saya berazam untuk tidak membuat perkara sedemikian kepada mana-
mana sahaja ahli keluarga saya ketika mereka tua nanti.

Selepas program ini berlangsung, saya telah dapat memantapkan kemahiran
interpersonal saya seperti kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini telah membantu
saya mendekatkan diri dengan warga emas dan telah meningkatkan keyakinan diri
saya untuk berucap dikhalayak ramai. Program Jalinan Masyarakat INTEGEN 2019
juga telah banyak merapatkan hubungan kami sebagai rakan sekelas. Saya
berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang
bagi memberi pengalaman yang berharga kepada pelajar kerana program ini telah
banyak memberi pengalaman bermakna yang tidak akan saya lupakan.


(RABIATUL INTAN SYAMIERA MOHD RIZMAN)
Bendahari
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)