Refleksi individu (Priscilla)

Saya berasa amat bersyukur kerana telah diberikan ruang dan peluang untuk membuat
program bersama dengan masyarakat bagi kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat pada semester
2 tahun satu. Kami telah selasai dan berjaya melaksanakan dua program bersama dengan
masyarakat yang bertempat di Chow Kit dan Kampung Pelek, Sepang, Selangor, pada 22 Mac,
29 Mac, 5 April, 27 April & 28 April 2019. Penasihat bagi program ini adalah Dr Zaiton Binti
Azman, iaitu merupakan seorang yang sentiasa memberikan 100% komitmen kepada kita
dalam aktiviti Jalinan Masyarakat di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti
Malaya. Kami merupakan kumpulan 35 yang terdiri seramai 25 orang ahli kumpulan.
Sepanjang perjalanan kami menyiapkan tugasan untuk kursus tersebut, terdapat berbagai-bagai
rintangan dan dugaan yang telah kami harungi bersama demi komitmen untuk menjayakan
program yang telah diamanahkan kepada kumpulan kami.

Sebelum Program dilaksanakan
Penjumpaan kali pertama bersama dengan pensihat dan ahli kumpulan telah diadakan pada
akhir bulan Februari. Pada hari tersebut, pengerusi kami telah memberi beberapa cadangan
program seperti program berkaitan dengan kanak-kanak di sekolah, program mengunjungi
diablebility, program perkampungan, program berkaitan dengan warga emas dan sebagainya.
Setelah berbincang bersama dengan penasihat dan ahli kumpulan, kami sepakat bersama untuk
membuat program dengan kanak-kanank yang kurang bernasib baik di Chow Kit dan program
bersama dengan warga emas di kampung sungai pelek, sepang. Setelah mendapat persetujuan
semua, kami diberi tempoh selama seminggu untuk menyiapkan kertas kerja projek tersebut.
Setelah kertas kerja projek tersebut disiapkan, maka bermulakan gerak kerja telah dilakukan
sebelum program dijalankan. Dalam 1 1⁄2 bulan gerak kerja telah dilakukan sebelum program
diadakan, pelbagai kesukaran dan masalah yang telah kami hadapi bersama dengan ahli
kumpulan. Contohnya, masalah kewangaan, masalah surat menyurat, masalah tarikh yang
sentiasa berubah-ubah. Dari segi kewangan, untuk mengatasi masalah ketidakcukupan sumber
kewangan, bendahari telah menyediakan anggaran pendapatan perbelanjaan dan unit tajaan
telah berusaha untuk mendapat wang bagi perbelanjaan program tersebut dengan melalui cara
flat hunting, shoplot hunting, permintaan pertolongan daripada pensyarah dari jabatan kita
tersendiri dan sebagainya. saya sebagai seorang ajk unit tajaan dalam program ini, permintaan
untuk tajaan yang amat susah tetapi sebagai peranan ajk unit tajaan, saya bersedia untuk
menghadapi kesusahan dengan unit tajaan ahli kumpulan untuk mendapat wang yang banyak
bagi program ini untuk belanja.Selain itu, dalam fasa sebelum program, beberapa komuniti
juga pergi ke tempat program Usiamas untuk bertemu dengan komuniti disana dan
mengenalkan kawasan tersebut.

Semasa dan Selepas Program dilaksanakan
Kami memulakan perjalanan ke tempat Sepang dari kolej kediaman 3 pada jam 6:30am
pagi. Terdapat 3 van yang telah membawa 25orang juga membawa hadiah-hadiah dan peralatan
yang dikehendaki ke tempat program tersebut. Mengikut perancangan,bersyukur juga kepada tuhan
merancang sebaik-baik dengan mengikut perancangan tersebut. Kami telah sampai di sana pada
pukul jam 9 pagi. Seterusnya, program pada hari pertama tetap berjalan sebagimana yang
dirancang walaupun sedikit kekalutan dan kekurangan daripada kami. Selepas kami bersarapan
dengan sukarelawan USIAMAS, kami telah berkumpulan dengan 3 kumpulan dan seterusnya
menjalankan aktiviti gotong-royong di rumah warga tua yang susah untuk mengemaskan
rumahnya. Kemuncak bagi program kami yang bermula pada malam hari pertama. Sambutan
sangat seronok seperti BBQ menggalakkan bersama dengan sukarelawan, menjalankan
karaoke, menjalankan aktiviti permainan bersama-sama dengan ahli kumpulan dan
sukarelawan USIAMAS. ‘I swear, this is my really awesome day in my life’. Program pada
hari kedua ialah majlis penutup yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Borhan B.Aman Shah.
Secara ringkasnya, banyak pengetahuan yang saya dapat dan dapat dipratikkan nanti. Sebagai
mahasiswa, belajar bukan sahaja di kelas. Kita perlu bijak untuk mencari peluang dan
pengalaman atau berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling. Hal ini amat penting kepada
kita untuk berhubung dan berkomunikasi serta menghadapi masalah di luar sana bersama
dengan masyarakat.
Saya amat berucap dengan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang
memberikan komitmen yang amat tinggi kepada program tersebut dan amat menghargai
kepada penasihat kita, iaitu Dr Zaiton Binti Azman kerana beliau telah meluangkan masa

dirinya untuk membantu kita semasa kita menghadapi masalah dan sentiasa memberi nasihat
yang terbaik kepada kita.
Sekian, Terima Kasih.


(PRISCILLA NG YOONG KEI)
Unit Tajaan
Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial
Universiti Malaya


Comments

Popular posts from this blog

Refleksi individu (Izzah)

Refleksi individu (Fitrah)

Refleksi individu (Siti Husna)